PHOTOGRAPHY

Assalamualaikum..

Terlebih dahulu ita ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pengunjung setia masam Manis yang sentiasa setia dan menyokong perkembangan Masam Manis.

Ita banyak dapat pertanyaan tentang gambar yang ita ambil. Sebenarnya gambar ita biasa aje.. gambar dari seorang surirumah yang baru cuba-cuba nak jadi camera women.. ya adoo..
Tak hebat mana pun... banyak lagi mereka diluar sana yang mampu merakamkan gambar dengan cantik dan cukup pengcahayaannya.. kaedah yang ita gunakan pun.. segan nak cerita.. hanya guna teknik DIY kalau orang  tengok pun alahaiii.. kesiannya.. huhu tapi ita selesa dengan cara begitu.. ^_^

Ita tidak mempunyai pendidikan yang formal dalam photographer. Ita pernah belajar teknik menggunakan camera DSLR sewaktu ita membelinya dahulu. Selepas itu ita banyak membuat rujukan dengan membaca bahan bacaan tentang dunia photographer dari buku atau internet. Apa yang selalu ita lakukan ialah mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan hasil gambar yang dapat memuaskan hati.

Rasanya dah banyak kali juga ita terangkan bagaimana kaedah ita dan cara ita ambil gambar. Setiap orang mungkin ada cara mereka yang tersendiri. Bila dah rasa selesa dengan cara kita tu teruskan. Barulah kita dapat sentuhan kita dan bila orang tengok gambar tu , mereka dah tau yang itu style kita.

Ita masih lagi guna kaedah yang sama sebagaimana yang ita pernah cerita pada N3 ita yang lepas-lepas di SINI. Tempat yang sama juga.. kat tepi rumah, tepi kolam ikan ita tu lah.. sebab hanya kat situ sahajalah ita dapat cahaya yang mencukupi untuk ambil gambar dan ita juga mudah untuk kontrol cahaya. Hingga ada suatu hari kawan ita seakan tak percaya.. "ye ke ambil kat situ.. kan sempit tempat tu.." tapi itulah hakikatnya.. tempat yang ada cahaya tapi tersorok dari pandangan jiran-jiran.. kalau yang tengok pun kucing dan ikan dalam kolam tu aje le..


Ok lah kita berbalik kepada tujuan asal kita.. Sebenarnya ita bukan tak mau kongsi cara ita ambil gambar.. tak ada rahsia antara kita sebenarnya.. tapi ada satu peristiwa yang pernah terjadi yang membuatkan ita lebih berhati-hati kerana ita takut setiap perkongsian yang ita lakukan di salah ertikan.. ada yang kata ita nak tunjuk pandai, atau tunjuk harta karun..  tapi sebenarnya ita tiada niat pun.. ita sekadar ingin kongsikan cara ita sahaja... apa bahan yang ita guna untuk ambil gambar, sekadar berkongsi apa yang ita buat, kerana ramai sangat yang bertanya dan selalu buatkan ita serba salah. Ita jenis tak sampai hati nak menghampakan permintaan mereka yang bertanya. Ianya sebenarnya ibarata kata orang ' ditelan mati emak dan diluah mati bapa" dan rasanya kaedah ita tu pun tidak tepat.. berbanding cara pro photographer yang hebat.. ita masih dalam proses belajar dan masih dalam teknik try and error.

Jadi sekiranya  ada kaedah yang ita guna pakai ini tidak betul ita sedia menerima teguran dan tunjuk ajar..
Apa yang ita ceritakan di sini juga hanyalah sekadar berkongsi ilmu dan pengalaman.. dan janganlah ianya di salah tafsir.. Tak ada sekelumit pun dalam hati ita nak tunjuk hebat.. Ita sekadar kongsikan cara ita untuk rujukan adik-adik yang selalu bertanya dan yang mempunyai minat yang sama..

Kita mulakan dengan kamera.
Kalau nak ambil gambar mestilah ada camera. Ita rasa ramai antara adik-adik dan kawan -kawan yang telah pun memiliki camera DSLR.
Ita mempunyai 2 camera DSLR berjenama Canon

Canon EOS 550D
Canon EOS 5D Mark 11


Ita banyak menggunakan 550D untuk rakam gambar masakan ita, ianya ringan dan mudah dikendalikan.  Tapi sejak ita beralih kepada  Mark 11 ita lagi seronok menggunakan Mark 11 kerana ia full frame. Walaupun agak besar dan berat , tapi bila dah guna seakan tak mau tukar kepada yang lain. Masih banyak lagi kegunaan dalam camera ini yang ita tak berapa pasti lagi penggunaannya. Untuk menggunakan camera ni pun ita banyak bertanya pada kawan-kawan yang mahir dan ada kala ita rujuk pada internet.

Gambar ini ita rakamkan dengan camera Canon EOS 5D Mark 11
Canon Zoom Lens EF 70 - 200 mm 1:4 L


Gambar ini ita rakamkan dengan camera Canon EOS 550D
Canon Zoom lens EF 24 - 105 mm 1:4 L
 Tak banyak beza kan????

Oleh itu  jangan bimbang kamera apa pun yang kita gunakan ia ada keistimewaan masing-masing. Apa yang penting kita faham cara nak menggunakannya, alami dan terokai lah pasti kita akan berpuas hati dengan hasilnya..

Untuk dapatkan gambar yang cantik, pada ita penggunaan lens adalah cukup penting dan memainkan peranan yang sangat besar. Setiap lens itu di cipta untuk tujuan yang berlainan. Ita ada beberapa koleksi lens. Dan setiap gambar yang ita ambil ita menggunakan lens yang berbeza-beza.

Canon lens EF 50 mm 1. 2 L
Canon Zoom lens EF 24 - 105 mm 1:4 L
Canon Zoom Lens EF 70 - 200 mm 1:4 L
Canon Macro Lens EF 100 mm 1:2.8
Canon EFS 18 - 200 mm

Lens ni pun kita kena tau gambar macam mana yang disesuaikan dengan lens tersebut.  Bila dah biasa guna kita dah tahu dah lens mana yang kita nak gunakan untuk ambil gambar yang bagaimana.

  • Canon lens EF 50 mm 1. 2 L misalnya mempunyai bokeh yang bulat-bulat dan cantik! Sesuai untuk gambar gelap dan putih. Sebenarnya lens ni sangat cantik untuk ambil gambar potret.
Canon lens EF 50 mm 1. 2 L
  • Canon Zoom lens EF 24 - 105 mm 1:4 L pula biasanya ita guna untuk ambil gambar putih, ianya nampak segar dan lembut.
Canon Zoom lens EF 24 - 105 mm 1:4 L

  • Canon Zoom Lens EF 70 - 200 mm 1:4 L. Ini adalah lens yang kerap ita gunakan terutamanya untuk gambar gelap. Ianya sebenarnya bukanlah untuk ambil gambar food photography, tapi ita kerap gunakan kerana effect shiningnya sangat cantik! Macam-macam ita boleh buat gambar yang ita hendak dengan lens ni.. Ada masa kita boleh dapat effect ton pelangi pada background. Ita guga boleh dapatkan effect gelap pada sekeliling gambar (Vignette) yang biasa orang akan aply masa edit, juga effect Edge blur yang berkabus di tepi gambar. Kalau  guna lens ni tak payah edit atau nak aply sebab kita boleh campture dari lens ni.
Canon Zoom Lens EF 70 - 200 mm 1:4 L
  • Canon Macro Lens EF 100 mm 1:2.8 ni pula untuk ambil gambar dekat dan sharp. Effect bokeh ia juga cantik!
Canon Macro Lens EF 100 mm 1:2.8

  • Canon EFS 18 - 200 mm ni adalah lens yang mula-mula ita guna untuk ambil gambar. Lens ni pun ok juga tapi tak lah hebat seperti lens yang di atas. Tapi banyak juga jasa lens ni  pada ita di Masam Manis, kerana dengan lens ni lah buatkan ita semakin bersemangat nak belajar untuk ambil gambar.
Canon EFS 18 - 200 mm

Apa peralatan lain yang ita perlukan


Ita tidak menggunakan sebarang lighting untuk ambil gambar. Semua gambar ita hanya menggunakan natural light ( cahaya matahari)

Ita tak berapa pandai edit gambar sebenarnya, Jika cuaca masa ita ambil gambar terlalu gelap atau dah terlalu petang, atau kala hari hujan barulah ita terangkan atau gelapkan mana yang perlu dengan Pic Monkey. Untuk letak watermark dan collage gambar juga ita guna Pic Monkey. Dulu ita guna Picnic tapi sejak Picnic dah tutup ita beralih pula pada Pic Monkey.

Oleh itu jangan tanya ita bagaimana cara nak edit kerana ita memang tak tau.. sebenarnya ita ada Adobe Fotoshop tapi puas ita belajar ita memang tak faham.. hihi dah berkarat kot otak ita ni.. Lagi satu mungkin masa edit yang lama menggunakan Adobe Fotoshop buatkan ita cepat bosan..

Kebiasannya ita akan set betul-betul di camera, Kelvinnya,  appcuture, ISO dan s/speednya. Bila dah ok baru ita capture gambar. Oleh kerana itu ita lebih selesa menggunakan M mode. Ita juga akan pastikan cahaya dari mana ita perlukan dan bayang macam mana yang ita inginkan dalam setiap gambar ita nanti. Semuanya menggunakan kaedah DIY ^_^

Semoga apa yang ita jelaskan disini dapat menjawab segala pertanyaan yang kerap diutarakan.

http://fromintankitchen.blogspot.com/search/label/PHOTOGRAPHER