DECO

Tips dan penggunaan nozel dari Wilton

Round Decorating tips

Open Star Decorating Tips


Close Star Decorating Tips

Multi Opening Decorating Tips

Basketweave Decorating Tips

Leaf Decorating Tips

Ruffle Decorating Tips

Drop Flower Decorating Tips

Petal Decorating Tips


Left Handed Petal Tip Set



Left Handed Drop Flower Tip Set


Couplers


Using Couplers


Step 1
Tanggalkan ring daripada Coupler
Masukkan dalam piping bag hingga hujung
Tandakan bahagian yang hendak digunting
Step 2
Keluarkan coupler
Guntingkan bahagian yang telah ditandakan
Step 3
Masukkan semua coupler
Tolak coupler hingga ke hujung piping bag
Step 4
Masukkan nozel
Kemudian pasangkan atau skrukan semula ring pada coupler




Cara-cara mengisi krim dalam piping bag




Step 1
Pegang piping bag dengan tangan kiri
Kelepetkan bahagian mulutnya ke bawah dengan tangan kanan

Step 2
Dengan menggunakan spatula, masukkan cream ke dalam piping bag
Step 3
Keluarkan spatula dari bag dengan tangan kiri memegang spatula supaya krim masuk semuanya dan spatula keluar dari piping bag dengan keadaan bersih

    Step 4
    Tutup kemas piping bag dengan memulas hujungnya






Cara-cara memegang piping bag


 90 darjah : Kedudukan tegak
Biasanya digunakan untuk membuat corak bintang, bunga leper dan ros



45 darjah : Sendeng 
Menyendeng sedikit dengan 2 jari memegang hujung untuk control piping bag.
Biasanya digunakan untuk menulis, membuat border, kudup bunga atau lain-lain 

Kaedah memotong kek kepada kepingan

Beberapa kaedah untuk anda memotong kek kepada kepingan

  • Menggunakan alat khas untuk memotong
  • Menggunakan benang, tandakan dahulu dengan lidi
  • Menandakan bahagian yang hendak dipotong dengan lidi dan kemudian memotong dengan pisau
  • Menandakan atau memotong dahulu sekeliling bahagian kek ( anggaran 1 inc) yang hendak dipotong, kemudian potong perlahan-lahan mengikut tanda potongan yang telah di buat
Kaedah meletakkan krim dan melempa kek




Kaedah meletakkan garnache


  • Letakkan kek yang telah di salut krim atas redai. 
  • Pastikan kek yang bersalut krim itu telah di sejukkan sehingga krimnya mengeras terlebih dahulu.
  • Alas redai dengan loyang yang lebih besar supaya lebihan garnache akan jatuh ke dalamnya.
  • Tuangkan garnache atas kek, di tengah dahulu dan kemudian di tepi hingga ia mengalir dan menutupi keseluruhan kek
  • Hentak-hentakkan redai supaya garnache rata 

Kaedah mengalihkan kek dari redai ke atas lapik kek


Sediakan 2 kek spade, satu yang besar tapaknya yang biasa digunakan untuk mengangkat slice cake dan satu lagi yang  digunakan untuk meratakan cream pada kek
 

Letakkan lapik kek berhampiran dengan loyang kek yang di letak kek berganache tadi
 

Masukkan atau selitkan ke dua-dua kek spade tadi di bawah kek, yang ni bergantung pada keselesaan yang mana spade nak diletakkan sebelah kanan atau kiri
 

Bila dah kukuh kedudukannya angkat kek perlahan-lahan dan rendah sahaja dan terus letakkan atas lapik kek



Angkat cake spade yang kecil dan dengan perlahan tarik keluar cake spade yang besar dari bawah kek


Letakkan rapat kek atas lapik kek dengan kemas, kemudian dengan perlahan tarik keluar kek spade yang kecil

Kaedah memotong kek cara ita


Untuk mendapatkan potongan kek yang cantik, terutamanya untuk kek krim, berganache, berkeju atau mousse cake.Ita menggunakan 2 pisau di atas, anda tidak semestinya membeli pisau yang sama brand cukup sekadar sama dari segi bentuknya. Biasanya pisau bentuk bergini ada dijual di kedai jual bahan kek atau di pasaraya.

Ita lebih suka gunakan pisau yang halus sebelah kiri . Kerana permukaannya yang kurang geseran buatkan kek lebih cantik bila di potong.
Pisau harus tajam dan nipis.

Dalam gambar ini ita hanya menggunakan kek biasa. Tapi kaedah ini adalah untuk memotong kek yang ita senaraikan di atas.

  
1. Mula-mula kita panaskan pisau atas api. ( dalam gambar ita gunakan lilin, tapi sebaiknya anda panaskan atas dapur) jangan terlalu panas sampai merah pula pisau tu.. cukup sekadar menghangatkan mata pisau.


2. Letak pisau atas kek


3. Tekan pisau ke bawah


4. Jangan di sorong tarik pisau , tekan terus sampai bawah.

5. Bila dah capai dasar lapik kek baru tarik terus pisau keluar.

Pastikan anda mengelap mata pisau dengan tuala basah atau kitchen towel setiap kali hendak memotong potongan yang ke dua dan seterusnya.
Ini mengelakkan kek anda comot.

Dan setiap kali hendak memotong kepingan yang lain, mata pisau hendaklah di panaskan lagi, bergitulah seterusnya.


35 comments:

Dayang Christina said...

sangat-sangat membantu...thanks k ita

Gya DuniaKu said...

terima kasih kak ita atas perkongsian ini... didoakan semoga kak ita lebih sukses lagi selepas ini..

lala hh said...

bestnya kak..saya baru jmpa blog akak..sgt2 best..thanks:)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

t.kasih di atas perkongsian ni ye ita..
akak selalu tak confident bab nak pindahkan kek yg siap dituang ganache ke atas lapik kek.. risau sgt kalau2 ganache tersopak masa proses pemindahan tu.. samada masa nak sodok kek atau masa nak tarik spade tu.. hehe.. nnt akak cuba lagi & lagi ye.. tq ita..

Nor Kassim said...

Mohon share diblog saya ye kak ita sebagai rujukan sendiri.Senang tak tercari2 dalam blog kak ita.Apa2 pun saya akan link ke blog kak ita sebagai kredit atas usaha kak ita ini.terima kasih daun keladi kak ita.

hanum hassim said...

good info to learn lah k.ita.. terima kasih

Zue said...

terima kasih aaatas perkongsian...mmg sgt berguna...

Carol said...

I always enjoy reading your blog, your creation and photos are always breath taking. ~~ Carol Lee

Carol said...

I always enjoy reading your blog. Your creation and photographs are all breathtaking...

Syaza Farhani said...

suka blog akak! Inspiring sangat tuk beginner macam saya! Thanks akak :) Keep it up!

qaseh abadi said...

Assalaamualaikum. I just to say thank you very much for sharing the knowledge online. I enjoyed scrolling and above all learning various style in cooking and baking. Don't feel down with what others did to you. I do feel how it upset and hurt you but it shows that you are one talented person that people envy and wanted to have that credit and achievement. Above all... Never Give Up! and ALlah is always there for us and May ALlah bless you and your family. Wassalam.

Nur Zulaikha Nazlan Remy said...

Assalamualaikum... Alhamdulillah.. selepas dah explore dah tau mcm mana nak alihkan kek ke pelapik.. suka suka suka sangat sangat..... !! :) TQ Kak... suka sangat2 lah....

pengarang tulisan said...

Blog yg sgt mbantu sy yg baru nk knl dunia home made kek :)

pengarang tulisan said...

Blog yg sgt mbantu sy yg baru nk knl dunia home made kek :)

VARIASI MALAYSIA said...

salam kak ita.. mohon share di blog VM dan kredit to kak ita untuk hasil kerja yg sgt awesome

dafina's store said...

Tq ita for sharing such a useful info and tips..

melati seri said...

wow... very helpfull ... thanks kak

chiaky said...

akak t.kasih banyak kak..semoga ilmu yg dikongsi diberkati Allah

Qaseh Mama said...

trima kasih k.ita kerana sudi berkongsi ilmu..

wawa dhiya said...

akak,sy nak belajar dgn akak boleh ?

Rose@QasehNurlisa said...

Time kasih k.ita.sya doakn akk skluarga bbahagia selalu.tq4 sharing

mamadanish said...

Bru tahu..thanks Ita..benar2 membantu orang baru nak belajar macam akak..

Suhailas said...

Nak guna piping bag pon xconfident,Thanks akak sgt suka jadikan blog akak rujukan tuk beginner macam saya!

NurAmira Dali said...

Terbaikkkk... Suka sangat ;)

zalila said...

terima kasih kerana berkongsi ilmu.

Damia kitchen said...

kak ita mcm mn pula nk potong kek yg lebih besar seperti 4 segi kalau guna kaedah pisau tu ye...

Damia kitchen said...

salam kak nk tnya mcm mn nk potong kek yg lebih besar seperti kek russin blk n white tu ye kalau guna kaedah pisau tu. tk

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

Tabarakaallah...thanks ita..tips yg membantu sgt.... :)

LISA HOMEMADE CAKE & COOKIES said...

Tabarakaallah...thanks ita..tips yg membantu sgt.... :)

UMMI ZARAH-SWEET.CORNER CAFE... said...

Aslmkum,tq so much kpd akak kerana sudi berkongsi tip ini,ianya sangat2 membantu saya di dlm mendalami ilmu,hanya allah saja yg dapat membalasnya,semoga akak sentiasa success dan di murahkn rezeki,Amiin.

QasehAyuni said...

Terima kasih Kak Ita..sgt2 membantu bagi saya yg baru nk belajar utk decorate kek ni..

Liza Habib said...

Saya suka blog akak byk tips yg sgt membantu bagi sy baru nk cuba2 dalam deko2 kek ni...mekasih byk2 ye..

Siti Hafizah Zainal Abidin said...

Terima Kasih. Tips di atas banyak membantu...

Lia Hussain said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi tips.

Leyza Jamil said...

i love very much this blog. Tq Sis Ita. Banyak sharing tak lokek ilmu.