ABOUT

    

Assalamualaikum..

Selamat datang ke blog Masam Manis. Blog di mana terhimpun pelbagai resepi yang telah dicuba, dihimpunkan untuk di jadikan sebagai panduan dan rujukan bagi anak-anak dan generasi akan datang. 

Hai!!!
Nama saya Nor Azlita Binti Abdul Aziz. Dikalangan keluarga saya lebih di kenali sebagai Intan. Tapi saya lebih selesa di panggil Ita di kalangan raka-rakan. Saya berasal dari Johor Bahru, Malaysia. Dilahirkan 23 hb June 1971, dan dibesarkan di bumi Darul Takzim, yang aman dan makmur ini.
Saya merupakan ibu kepada 3 orang cahaya mata yang sedang meningkat remaja. Seorang isteri kepada seorang suami yang sangat penyayang. 


Setinggi-tinggi syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah kurnia Nya, Blog ini dapat direalisasikan. Impian untuk merelisasikan sebuah blog peribadi bertemakan resepi harian keluarga, hobi dan pengalaman hidup akhirnya menjadi kenyataan. Sebenarnya idea untuk mengilhamkan blog ini tercetus apabila anak-anak mencadangkan, di atas pemerhatian mereka akan minat ibu mereka dalam dunia masakan, hiasan dalaman dan photografi. 

Sehubungan dengan itu, saya berusaha menghimpunkan segala resepi pilihan keluarga, resepi yang sedap pada selera kami sekeluarga, resepi dari koleksi rakan-rakan seperjuangan dan juga resepi dari buku-buku masakan. Ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada semua golongan sebagai satu bahan rujukan dan yang utamanya sebagai rujukan anak2 dan diri saya sendiri. Mudah-mudahan usaha yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua dan yang lebih penting lagi kita sama-sama beroleh keberkatan daripada Ilmu Allah s.w.t.

Memandangkan saya masih baru setahun jagung dalam dunia bloging, masih ada banyak yang perlu diperbaiki dan diperkemaskan lagi. Saya dengan penuh rasa rendah hati mengalu-alukan sumbangan idea, komen, teguran, dan apa sahaja yang sesuai demi memenuhi usaha dan memperbaiki lagi mutu dan kualiti blog ini.

Mungkin juga ada pandangan, idea atau  penulisan dalam blog ini yang tidak disenangi dan dipersetujui. Paling penting kita semua saling belajar antara satu sama lain dan saling tegur menegur untuk sebuah kebaikan..
Sebarang teguran, pandangan atau apa-apa permasalah boleh lah email saya di:
azlita_aziz@yahoo.com

Akhir sekali, saya memohon kehadrat Allah s.w.t semoga usaha kecil ini diterima oleh Allah s.w.t sebagai amal jariah dan mendapat keredaan Nya di dunia dan akhirat.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud :
' Sesungguhnya engkau tidak akan dapat memberikan kelapangan kepada orang dengan harta bendamu, tetapi kamu dapat memberi kelapangan kepada mereka dengan muka yang berseri-seri dan budi pekerti yang baik'
Riwayat Abu Ya'la




Hello my dearest readers. My name is Azlita and I'm a Malaysian. I am a housewife and a mother of 3 lovely children.

I love cooking as much as I adore photography. Therefore I capture, translate and share with you my loves and affections, my views and thoughts, my aspirations and inspirations, my imaginations and my feelings thru my small cyber window, Masam Manis.

I would love to hear from you. If you have any comments, question or suggestions, please drop me an email on :  azlita_aziz@yahoo.com 

Thank you to all my friends and readers for their support.
And a big thank for visiting this little blog.
Enjoy....