Jan 11, 2017

Mee Udang Kuala Sepetang


Menjadi seorang blogger masakan  berlansung sebagai suri rumah tangga, adakalanya menjadi terlalu sukar untuk menyediakan hidangan masakkan. Adakah perlu memenuhi keinginan setiap pembaca blog atau memilih selera keluarga sebagai keutamaan ?

Ita lebih mengutamakan selera keluarga , kerana kami juga yang bakal menghabiskan setiap hidangan yang di masak. Sudah tentulah selera anak-anak dan suami yang menjadi keutamaan ita. Ada kalanya ita cuba juga penuhi setiap permintaan follower Masam Manis, namu pastilah ianya juga selari dengan kehendak kami sekeluarga.

Hari ini ita sediakan mee udang untuk santapan kami sekeluarga. Sebagaimana yang pernah ita beritahu sebelum ini, anak-anak ita lebih mengemari makanan yang berkuah, contohnya mee, soto, atau apa-apa hidangan yang mudah dan ringkas. Kebetulan anak ita Azrul masih bercuti semester, jadi kepulangan Azrul membuatkan ita seronok nak masak kerana Azrul pencinta makanan. Apa sahaja yang di masak oleh ita , cukup berselera di nikmati.



Berasaplah dapur seminggu dua ni... bila Azrul pulang nanti... pasti sunyilah dapur ita dari haruman semerbak rempah tumis dan aroma dari dapur ketuhar. Kalau dah tinggal bertiga, kurang sikit nak masak.. kalau masak pun bila makan masing-masing saling berpandangan.. macam tak cukup korum.. aje rasanya.. selera pun seakan terbatut.

Mee Udang, adalah hidangan yang cukup popular di sebelah utara tanahair, dan yang paling popular pastilah mee udang Sungai Dua. Tapi hari ini ita sediakan mee udang Kuala Sepetang untuk hidangan kami sekeluarga. Walaupun ita tak pernah lagi merasa mee udang ori dari Kuala Sepetang, namun resepi yang di kongsikan ini tidak kurang juga hebatnya, mudah dan ringkas untuk di sediakan dan semestinya rasanya menambat selera kami sekeluarga.

Pada yang nak merasa bolehlah mencuba. Ita ada ubah suai sana sikit sini sikit bersesuaian dengan selera kami yang sukakn mee yang sedikit pedas dan manis kuahnya. jom ikut ita kita lihat apakah bahan-bahan yang kita perlukan.


MEE UDANG KUALA SEPETANG
Resepi Oleh  : Koleksi Resepi Terhebat Nusantara

Bahan-Bahan1 kg mi kuning
½ kg udang basah - bersaiz sederhana
2 biji kentang ~ kupas kulit hiris nipis dan goreng ( ita tambah untuk pekatkan kuah )

Bahan Kisar
10 tangkai cili kering - dikisar ( ita lebihakn sikit untuk sedikit pedas )
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Sedikit belacan
3 sudu besar udang kering ~ ita tambah

3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir ~ ita letak 1 buku gula Melaka

4 batang sawi
1 cawan taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Membuatnya Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi.
Ambil kepala udang dan kisar.
Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
Panaskan minyak dan gorengkan kentang
Angkat kentang biarkan sejuk dan kisar bersama air rebusan udang
Minyak yang panas tadi gorengkan tahu, angkat dan hiris nipis atau potong dadu
Panaskan semula minyak goreng tahu tadi,  dan tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, belacan, cili dan udang kering. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah dikisar bersama kentang tadi.
Biar ia merenih
Masukkan sos cili dan sos tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Ita tambahkan sedikit sos tiram.
Biarkan kuah didih
Bila kuah dan di dih perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Ita masukkan tomato, lobak merah dan batang sawi
Bila dah layur sikit masukkan udang
Kemudian tutup api
Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.
Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.





4 comments:

Gee® said...

Berselera tengok mee udang Kuala Sepetang Ita tu... wajib buat ni...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kak Ita, telan ailio nampak mee udang tu, hahaha. Ooo, Azrul cuti sem ke? Tulah semalam terjumpa dia fikir jugak rasanya dia dah habis sekolah, tetap comel mcm budak sekolah ya dia.

Adam said...

Kenapa namanya kuala sepetang?

kazuma said...

Ada udang kering tu mcm dah lari rasanya. Dah mcm rasa mee bandung plk

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.