Aug 28, 2016

Kek berhantu???..



Chocolate Cheese Lava.. ooo.. inilah kek yang di katakan berhantu dan menjadi kegilaan ramai dan dah viral seantaro negara.
Wow! hebat penangan kek yang satu ini..
Kek yang juga di katakan ibu duit dan di jadikan sumber pendapatan bagi sebilangan suri rumahtangga dan bakers-bakers hingga di gelar kek berhantu kerana permintaan yang sangat tinggi di kalangan para pelangan dan peminat kek coklat cheese.

Tak dapat ita pastikan dari mana munculnya dan siapa yang menjadi pelopor hingga menjadi satu fenomena kini.
Hinggakan ita juga tak sanggup hanya melihat ia lalu lintas di halaman wall fb ita setiap hari.
Keinginan mencuba dan merasa begitu meluap-luap! sedap ke ?.. tak sabar nak cuba!

Aug 25, 2016

Warong Saga penuh nolstagia...


Kalaulah anda tersesat di Johor Bahru jangan lupa mencuba pelbagai resepi warisan Johor.
Johor, ramai yang kata syurga makanan. " Orang Johor pandai masak.." eh! betul ke orang Johor pandai masak.. macam tak caya..je..

Dekat Johor ni memang banyak makanan yang menarik dengan resepi yang hebat dan membuka selera. Lontong, soto, satay, mee rebus, nasi lemak, nasi beriani gam, mee bandung, rojak asma, rojak petis, tauhu bakar.. wah.. tak muat blog ni kalau nak senaraikan semua makanan yang hebat di Johor. Takut ada pulak yang terliur..

Tapi masalahnya bukan mudah nak jumpa tempat makan yang menarik dengan resepi warisan yang masih di kekalkan. Kebanyakkan tempat makan yang tumbuh banyak dari utara dan pantai timur. Yang paling banyak restoran makanan Thai dan Indonesia, dengan tomyum lah, bakso, nasi ayam penyet lah.. pecal leleh lah.. lah.. entahlah.. apakah orang johor dah bertukar selera atau orang luar yang banyak berhijrah ke Johor.

Aug 23, 2016

Merecik peluh sejuk di Kellie Castle


Kunjungan kami ke Batu Gajah tidak lengkap dan sempurna rasanya jika tidak melawat ke istana agam tinggalan milik Willian Smith. Istana Kellie atau lebih di kenali sebagai Kellie's Castle adalah merupakan tarikan utama apabila anda berkunjung ke Batu Gajah Perak.

Perjalanan dari Johor Bahru ke Batu Gajah memakan masa 6 jam hingga 7 jam bergantung pada trafik. Sebenarrnya tujuan kami ke sana atas urusan lain.. tapi sempat jugalah mencari tempat yang menarik untuk di lawati. Kata orang sambil menyelam minum air... sebenarnya bumi kita Malaysia yang tercinta ni banyak tinggalan sejarah yang perlu kita terokai dan gali. Ianya harus kita simpan sebagai satu khazanah bangsa untuk tinggalan sejarah yang harus di kenang dan di banggakan oleh anak bangsa dan generasi muda seterusnya.

Sebenarnya tak banyak yang ita tahu tentang tempat yang menarik di negeri Perak. Walaupun sebagaimana yang kita ketahui, Perak adalah negeri yang kaya dengan kesan sejarah dan khazanah bumi batu kapurnya yang melakar sejarah dan tepahat dalam lipatan sejarah awal Tanah Melayu.

Aug 14, 2016

Cake Manchester United


Kek tempahan semalam dengan tema MU. Suka pulak ita dengan kek yang satu ini. Kek yang sangat simple dengan deco logo MU sebagai pilihan untuk suami tersayang yang amat meminati pasukan bola yang di sayangi ramai ini.

Tak sukar menyediakan kek ini kerana tuan empunya memilih sendiri design untuk kek yang bakal di hadiahkan kepada suami tersayang sempena ulang tahunnya yang ke 50.

Dalamnya adalah kek rainbow dengan lemon cream cheese frosting. Di saluti coklat ganache dan di balut dengan fondant sebagai hiasan dekorasi.

Terima kasih ita ucapkan, minta halal mana yang terkurang. Selamat ulang tahun kepada en suami semoga semakin bertambah usia semakin utuh lagi ikatan kasih sayang pasangan bahagia ini.

Aug 10, 2016

Masak Lemak Putih Kangkung Dengan Keledek


Lauk kampung lagi hari ni. Kali ini dengan kangkung dan keledek. Bila masak lauk macam ni teringat kat atuk ita. Atuk ita kalau masak lemak suka letak keledek, katanya kuah akan lebih manis kerana adanya keledek.

Lauk macam ni kalau lawan dengan ikan kering dan ada pula sambal belacan.. pasti tak toleh kiri kanan. Bertambah pula cuaca sekarang yang panas melampau.. lauk yang simple-simple inilah yang selera di nikmati.

Spiderman Cake


Happy Birthday Syabil
Ini adalah kek yang ita sediakan untuk adik Syabil yang menyambut ulang tahunnya yang ke 6 tahun. Ini bukanlah kek pertama yang di tempah oleh mama Syabil.. dah banyak kali juga mama Syabil tempah kek dari ita dengan pelbagai karektor kartun yang Syabil minati. Terima kasih pada mama Syabil yang masih setia dan senantiasa memberikan sokongan atas apa yang kak ita lakukan.

Tempahan kali ini dengan tema Spiderman yang menjadi minat Syabil kini. Mama Syabil berikan sepenuh kepercayaan atas kreativiti ita untuk menghias kek anak kesayangan beliau. Kek ni bersaiz 10 inc dilempa dengan buttercream dan kek coklat sebagai kek yang dipinta. Ita buatkan kek ala-ala komik untuk menterjemahkan karektor Spiderman yang menjadi superheroes kesayangan Syabil.
Semoga Syabil happy dengan kek yang auntie buatkan ini.. Selamat Ulang Tahun buat Syabil dan semoga membesar menjadi anak yang menjadi kebangaan mama dan papa ^_^

Aug 9, 2016

Chicken Manggo


Resepi ni pernah menjadi viral satu masa dulu. Ramai rakan-rakan yang pm ita minta ita kongsikan reselpi chicken manggo ni. Di sebabkan masa ita cukup terbatas dan ada kalanya susah nak dapat buah mangga, tu yang membantutkan lagi hasrat ita untuk mencuba.

Resepi yang dikatakan berasal dari Thailand dan cukup popular di kedai-kedai makan ala Thai. Keistimewaannya adalah pada hirisan manggo yang masam manis di tambah keranggupan ayam yang enak! Hidangan ini enak di hidangkan ketika panas, masih rangup dan mangga juga masih crunchy. Kalau dah masak awal, ayam dah terendam dengan sos dah mula lembik dan manggo juga dah keluarkan air... dah kurang umph! lah kan..

Cara penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Kata orang tu kalau bahan semua dah ada di depan mata, sekali kenyit aje.. dah jadi... mudah aje kan... bukan susah sangat nak menyediakan chicken manggo ni..

Hidangan ni pada ita enak di gandingkan dengan masakan Thai yang lain.. contohnya macam tomyam. Pilihlah mangga yang masam manis dan masih keras kerana mangga yang sudah masak ranum tidak sesuai untuk hidangan ini.

Hidangan ini pada ita seperti kerabu mangga di gaulkan bersama ayam goreng crispy. Saling tak tumpah rasnya. Bagi pengemar masakkan Thai, pasti akan menyukai masakan yang bukan sahaja enak di makan tapi cukup mudah cara penyediannya.


CHICKEN MANGGO
Resepi oleh : Dari Dapur Kak Yah

2 keping isi dada ayam 
1 ulas bawang putih
Sedikit garam
Lada sulah
Tepung jagung

Isi dada ayam dipotong dua tiga kerat. ~ Ita potong kecil kerana sukakan ayam yang rangup
Tumbuk bawang putih dan lumurkan pada ayam tersebut dan masukkan juga sedikit garam dan lada sulah.  Perap seketika.
Golek-golekkan ayam yang telah di perap, pada tepung jagung dan biar melekat pada isi ayam
Seterusnya ayam, digoreng dalam minyak yang banyak sehingga kekuningan. 
Angkat dan toskan setelah masak. Ketepikan

Bahan Sos
2 sudu besar sos Plum
1 sudu kecil sos cili/Thai
1 sudu kecil sos tomato
Potongan cili padi ~ ikut sukalah nak berapa biji
sedikit air masak suam
Gula dan sedikit garam
Parutan buat mangga muda

Campurkan kesemuanya dan rasalah biar sedikit manis

Hiasan
Parutan mangga
Parutan carrot
Untuk ditabur atas ayam manggo kita...
Pastikan ayam yang telah digoreng apabila kita nak makan dipotong-potong dahulu sebelum menghidang.







Aug 8, 2016

Kek Sayangku Kepten Mukhriz


Pasti peminat slot Akasia TV3 sedang demam Kapten Mukhriz dan Dr Ariana Dahlia kan... Ita ni bukalah peminat Akasia sangat, kalau cerita yang best layan lah jugak. Sebabnya masa nya tak berapa sesuai.. tu yang malas sangat nak follow. Tapi kalau yang best tu.. kadang terlayan jugak.

Sekarang ni masang-masing tengah seronok layan Sayangku Kapten Mukhriz. Ada yang dah mula pasang angan-angan nak cari pasangan dari kalangan anggota tentera.. haha.. lebih-lebih lagi bila bersanding dibawah pedang... kan.. nampak sweet sangat kannnn....

Aug 7, 2016

Jus Belimbing Madu


Belimbing merupakan buah yang berasal dari negara yang beriklim tropika. Buahnya berwarna kekuningan bila sudah matang, dengan bentuk buah bersegi dan membentuk bintang apabila dipotong. Buah belimbing  rasanya sangat menyegarkan, selain daripada rasanya yang enak, buah belimbing juga sangat baik bagi kesihatan dan juga memberikan manfaat bagi kecantikan tubuh.

Aug 6, 2016

Rainbow Cake Gebu



Kebelakangan ini kerap kali ita lihat kelibat kek yang berwarna-warni ni melintasi ruang FB ita. Cantik dan mengoda sungguh kejadian kek yang satu ini. Terbekenan lah pulak!
Ita pun mintalah suami belikan ita sepotong kek Rainbow Mc Donald ni... Teringin benar tekak ini merasa.. mengalahkan orang mengandung pulak! Biasa lah kalau orang buat kek ni kan.. kek orang dia nak rasa... kek sendiri dah muak dah.. sebab hari-hari dok mengadap kek aje... Ita ni macam biasa bila nampak kek baru aje.. mula lah nak cuba..

Bila suami bawak balik.. tak sabar ita nak cuba. Ita makan sikit-sikit sambil menghayati kenikmatan di samping cuba nak mencungkil gerangan apakah bahan yang di gunakan.hihi...
Boleh tahan jugak harga kek Mc Donald ni.. sepotong yang tak sampai berapa gram.. harganya RM 10.60. Kalau lah tekak kita seorang aje yang nak merasa.. bolehlah beli sepotong. Tapi kalau yang askar ramai kat rumah.. mahu fikir dua tiga kali jugak kan... bagi yang mahir buat kek tu.. ita rasa baik buat sendiri aje lah di rumah.. puas hati dapat makan sampai kenyang..

Asam Pedas Cili Api Lada Hitam


Assalamualaikum,

Hari ni ita masak yang mudah dan ringkas aje.. Bila nampak ada kepala ikan dalam peti ais, suami cadangkan ita buat asam pedas. Biasa kepala dan bahagian ekor ita buat gulai aje.. untuk bahagian isi ita suka goreng. Ita suka sangat ikan merah, isinya sedap!. bila di goreng, isinya rangup di luar dan lembut di dalam. Kepala anak-anak tak makan.. ita pun tak makan kepala sebenarnya, sebab tu ita suka buat gulai aje kepala ikan.. dari terbuang aje kan..

Resepi kali ini ita ambil dari dapur kak Umie. Lama dah dapur kak Umie sunyi sepi tanpa berita. Sejak kembali dari menunaikan haji, nampaknya kak Umie lebih banyak di fb. Blognya kian hari kian sepi tanpa berita dan menu menarik untuk tatapan peminat setia Home Sweet Home. Walauapapun yang kak Umie lakukan kini, kita doakan semoga kak Umie terus sihat dan senantiasa bahagia bersama suami dan anak-anak yang tersayang.

Aug 5, 2016

Hello Kitty Cake Design


Kek Hello Kitty ni adalah kek tempahan dari rakan sekolah ita. Ini bukanlah kek yang pertama kali  di tempah oleh kawan ita ni.. dah banyak kali jugak lah.. Terima kasih pada Fid yang selalu tempah kek dengan ita dan senantiasa berikan sokongan pada ita.

Fid ni bukan sahaja rakan sekelas masa ita sekolah menengah, tapi beliau juga rakan ita sama-sama jalan kaki setiap kali pulang dari sekolah di bawah terik matahari. Dulu-dulu tak lah bimbang sangat kalau balik sekolah jalan kaki. Sekarang pasti ibu bapa dah tak berani nak lepaskan anak-anak pergi dan balik sekolah jalan kaki kan..

Fid minta ita buatkan kek Hello Kitty untuk anak saudara beliau. Kek coklat dan bersalutkan buttercream. Deco kek, Fid serahkan 100% pada kebijaksanaan ita untuk menghiasnya. Cuma warna pilihan sudah tentulah warna pink selari dengan kartun comel kesukaan anak buahnya itu.

Sambal Tauhu Masam Manis


Ita memang suka sangat makan tauhu. Walau apa pun masakkan berasaskan tauhu, tekak ini tak pernah menolaknya.
Hari ni ita buat sambal tauhu, bisa ita suka goreng tauhu dan makan dengan sambal kicap atau kuah rojak. Tapi hari ini ita nak cuba resepi dari Adnan Ibrahim. Sambal tauhu masam manis wah! macam sedap aje kan.. berselera aje tengok sambal Mat yang merah menyala tu. Terliur lah pulak di buatnya.

Resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas, malah bahan pun mudah di dapati di ruang dapur rumah anda. Masak pun cepat dan yang penting sedap serta menjadi kesukaan kami sekeluarga. Ita lawankan dengan lauk lemak , ikan goreng dan telur dadar mayonis. Berselera kami menikmati hidangan hari ini.

Mini Pavlova RM 70


Salam everyone! The FREE DELIVERY PROMO IS BACK!! I got to bake more than 50 pavlovas during the previous free delivery promo (in June, if im not mistaken). I hope i'll get moooore this time! Hehe. The promo starts on the 8th of August 2016 and ends on the 12th of August 2016. The promo is valid for those who are in Klang Valley area. But do ask me regarding your location, maaaaaybe i can give you FREE DELIVERY as well? Hehehe. Cant wait to collect loads of orders. Kindly drop me a message on whatsapp : 0173930553. Strictly no orders through phone calls (as i dont pick up unknown numbers). Thank you so much everyone! See you! ~ yaya





Aug 3, 2016

Pucuk Paku Masak Lemak Cili Api


Lamanya rasa tak makan lauk kampung macam ni. Kalau masak lauk kampung ni.. memang bertambah-tambah nasi di pinggan. Teringat suasana di kampung yang telah lama di tinggalkan.
Nak cari pucuk kayu kampung memang agak sukar di kawasan pembangunan sekarang. Terpaksa pergi ke pasar tani atau pasar besar untuk dapatkan pucuk kayu dan ulam-ulaman kampung. Harganya pun boleh tahan jugak sekarang.. tak heranlakan sekarang ni.. bahan semua memang melambung naik harganya.. taraf hidup pun dah semakan meningkat.. hinggakan pucuk-pucuk kayu dan ulam-ulaman yang bersepah dalam semak di kampung dulu sudah ada harganya di pasaran.. kalau kat kampung dulu.. petik aje di semak belakang kebun getah atau kelapa sawit. Sekarang nak cari punyalah payah...

Aug 2, 2016

Kek Jersey JDT untuk YB Presiden PBNJ


Assalamualaikum

Semalam telah berlansungnya majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidil Fitri, anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri Johor YB Dato' Haji Ismail Bin Karim merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor PBNJ di kediaman rasmi beliau.
Majlis turut di hadiri oleh tetamu kehormat, pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim serta para penyokong team pasukan Harimau Selatan.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.