Jul 30, 2016

Sandwich Telur mudah dan ringkas


Jika tempoh hari ita dah kongsikan Sandwich Tuna yang sedap! hari ini ita kongsikan pula sandwich telur yang mudah dan ringkas.
Sandwich  telur ini,  sesuai di sediakan untuk sarapan pagi, minum petang, untuk bekalan anak-anak ke sekolah atau bekalan suami atau isteri ke tempat kerja. Di sebabkan sekarang ni kalau kita nak makan kat luar agak mahal, adalah lebih afdal jika kita sediakan bekalan untuk ke sekolah atau tempat kerja. Dapat jimatkan sedikit belanja, di samping sandwich ini juga makanan yang sihat dan sesuai bagi mereka yang diet atau pentingkan kesihatan tubuh .

Untuk intinya tu boleh sediakan awal, simpan dalam peti ais tahan lah untuk 2 atau 3 hari. Bahan lain macam sayur-sayuran tu kita potong bila nak sediakan sandwich, lebih segar dan lebih rangup bila di nikmati.

Jul 29, 2016

Selamat ulang tahun Dato' Haji Ismail Bin Karim


Bismillahirahmannirahim...
Kek pertama setelah lama bercuti panjang ^_^
Bila dah lama cuti ni.. nak mulakan memang lah macam lemau aje kan..
Masuk bulan Ramadhan tempoh hari, ita dah simpan semua barang baking. Ialah kita dah mula sibuk dengan biskut raya. Jadi segala peralatan perlu di simpan supaya tak berserak dengan segala macam peralatan baking yang bertimbun tu..

Bila nak mula baking.. adoiii... masa ni lah cari barang tak jumpa. Ada aje peralatan yang mula menyorok. Rasa macam dah simpan elok-elok.. tapi masih ada lagi yang tak jumpa cari.. aduyaiii..

Setelah lama bercuti, teknik pun banyak yang dah mula ke laut hihi..

Hari ini ita dapat tempahan kek dari datin, untuk ulang tahun suaminya Dato' Haji Ismail Bin Karim. Kalau tak silap ita lah kan.. Dato' Haji Ismail merupakan presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor dan juga SUK Johor. Kalau tak silap ita lah kan.. kalau salah ita minta maaf banyak-banyak ya..
Selamat ulang tahun Dato' dan sekalung tahniah juga buat Dato dan barisan pimpinan bola sepak Johor kerana membangkitkan lagi semangat bola sepak di kalangan warga Johor dan membawa JDT hingga ke mercu kejayaan.


Datin minta ita buatkan figurin dato bersama kereta idaman.
Bedebar juga nak buat takutlah tak sama kan.. tapi figurine aje.. ala ala aje lah kan..



Kita closeup sikit.. ^_^



Jutaan terima kasih ita ucapkan di atas kesudian dan kepercayaan datin menempah kek dengan ita.
Harap sangat datin puas hati. Kalau ada kekurangan dan kelemahan, ita dengan rendah diri mohon kemaafan. Segala yang baik datang dariNya jua dan kelemahan itu atas kelapaan diri ini.


Kepada rakan-rakan yang berhajat untuk membuat tempahan kek ulang tahun, kek perkhawinan, jamuan atau keraian. jangan malu jangan segan untuk hubungi ita di talian whatssap.

Untuk segala pertanyaan kek dan tempahan, anda boleh terus whatssap ke talian 
018 ~ 769 1544



Jelly Kelapa Pandan lembut dan harum!


Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua.
Bagaimana cuaca di tempat anda sekarang? di Johor Bahru ni pagi memang panas terik tapi bila petang akan turun hujan.
Masa ita balik Kota Bahru raya tempoh hari, cuaca sangat-sangat panas. Ita ingat di JB aje cuaca panas, rupanya di Kota Bahru lagilah panas hingga ita demam teruk jugaklah. Tak boleh bangun dan kepala pening ting tong! Bukan ita aje yang demam, Dalili pun demam hingga suhunya terlampau panas. Mak mertua dan adik ipar pula sakit kepala..
Memang lain macam betul panasnya..

Jul 28, 2016

Bayam Goreng Ikan Masin


Setiap hari di sajikan dengan undangan rumah terbuka pasti tekak dah mula mengintai-intai menu tradisi atau lauk pauk kampung. Kalau lah di hidangkan dengan sayur tumis, ikan goreng dan sambal belacan, pastinya anak tekak ni dah tak mampu nak menolaknya lagi.

Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. Masak lauk kampung, bayam goreng ikan masin, di tambah lagi dengan ikan goreng dan ayak masak sambal. Hujan lebat di luar rumah seakan mengalakkan lagi irama lagu keroncong berdondang sayang dalam perut ni.

Sedapnya lah dapat makan lauk-pauk yang ringkas-ringkas ni. Masak pun senang dan yang pastinya lauk macam ni kalau makan pasti bertambah-tambah nasi di pinggan.

Sayur bayam ni kalau sudah di masak, dapatnya tak banyak. Beli 2 ikat pun bila masak dapatnya sejemput aje.. jadilah buat santapan tengahari ni. Petang nanti kita masak lain lah pulak.

Jul 27, 2016

Tuna Sandwich yang sangat sedap!


Sandwich adalah makanan yang mudah di sediakan, ringkas, fresh dan juga healthy untuk tubuh badan kita. Tidak hairanlah jika ramai daripada kita yang menjaga kesihatan atau yang menjaga diet lebih gemar menikmati sandwich sebagai makanan seharian.

Kami sekeluarga memang mengemari sandwich. Jika dulu ita lebih suka makanan yang berat, tapi bila dah meningkat usia, kita kena jaga pemakanan supaya terhindar dari penyakit yang boleh menganggu tugas kita sehari-hari.

Dulu ita tak berapa suka sandwich tuna. Ita lebih suka sandwich sardin kerana lebih kemelayuan sikit dan sesuai citarasa ita yang tekak orang kampung ni. Tapi bila selalu suami bawa pergi makan sandwich di luar, atau bila travel dan payah nak cari makanan yang halal, yang membuatkan ita terpaksa juga menikmati sandwich terutamanya tuna sandwich. Jadi bila dah selalu sangat di sogokkan dan mula rasa sedap, itu yang membuatkan ita  terjatuh cinta dengan sandwich.

Jul 22, 2016

Soto Jawa


Satu lagi juadah atau hidangan yang seringkali di sediakan pada musim perayaan ialah soto. Kalau di Johor ni.. soto memang cukup popular di majlis rumah terbuka. Ini adalah kerana penyediaannya yang mudah dan ringkas di samping ianya adalah makanan yang di sukai ramai.

Ada yang menyukai soto nasi, soto mee halus atau mee kuning. Soto nasi impit biasanya di panggil soto. Jika menggunakan mee halus di panggil mee soto. Walau apapun yang di sediakan bersama kuah soto janji ada sambal kicap pasti enak dan membuka selera.

Soto kalau di Indonesia adalah berbeza mengikut daerah dan tempat. Sebab tulah kita ada dengar soto Bandung, Soto Madura, soto Jowa dan lain-lain lagi.

Hari ini ita kongsikan soto Jawa. Cuma cara menghidang ita tetap dengan cara Johor. Makan dengan begedil dan sambal kicap. Kalau ikut soto Jawa original ianya di makan bersama telur rebus, kentang dan soon. Tapi anak-anak ita tak biasa makan soto dengan telur, sebab tu ita kekalkan soto dengan hidangan Johor, cuma penyediaan kuahnya ita ikut ramuan soto Jawa.

Sebenarnya tak banyak beza pun.. rasanya pun lebih kurang sama macam soto yang biasa ita sediakan sebelum ini.

Jul 21, 2016

Laksa Lemak Nyonya Melaka


Assalamualaikum..

Mungkin ada antara rakan-rakan di luar sana yang sedang mencari juadah atau sajian hidangan yang ingin di jadikan santapan untuk merai rakan-rakan atau saudara mara pada hujung minggu ini.
Raya kan sebulan... sekarang pun ramai yang dah mula mengambil cuti hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka.
Raya setahun sekali.. masa inilah dapat berkumpul bersama rakan dan taulan bagi mengeratkan lagi silatulrahim di samping menjamu rakan-rakan dengan air tangan tuan rumah sendiri.

Jika buget lebih.. bolehlah oder aje.. tapi bagi yang dah over buget tu.. rasanya masak sendiri lagi lumayan. Walaupun penat lah sikit.. tapi bila lihat rakan-rakan puji hasil sentuhan air tangan tuan rumah.. pasti berbunga-bunga rasa di hati ye tak..

Jul 20, 2016

Nasi Dagang Kelantan Gulai Ayam


Assalammualaikum dan salam lebaran kepada semua pengunjung blog Masam Manis. Rasanya masih belum terlewat lagi untuk ita mengambil kesempatan menghulurkan salam kemaafan, maaf zahir dan batin... manalah tahu jika selama ita menerawang di alam maya ini ada antara tulisan ita yang menguris perasaan.. ada kata -kata yang membuatkan kalian terluka, ada gambar-gambar yang ita kongsikan yang tersentuh hati.. ialah kita pun bukalah sempurna.. ada salah silap yang kadang kala kita tak sedar. Di kesempatan ni dan di bulan yang mulia ini.. sudi-sudilah kiranya kita bermaaf-maafan... buangkan yang keruh dan ambillah yang jernih. Semoga ukhwah ini berpanjangan walaupun hanya di alam maya sahaja.

Bagaimana sabutan hari raya kalian semua. Pasti meriah bila di kelilingi kaum keluarga, ibu bapa, ipar duai , sanak saudara , sahabat handai dan juga jiran tetangga. Tapi pada pemerhatian ita rata-rata sambutan tahun ini di sambut cukup sederhana. Mungkin faktor ekonomi yang tidak mengizinkan.. dan ada juga yang masih bersedih atas kehilangan orang yang tersayang. Ita tumpang simpati.. semoga tabah dan sabar.. dan redokan pemergian mereka yang kita sayangi. Semoga rohnya tenang dan di tempatkan di kalangan hambanya yang solleh.

Ok! jangan sedih-sedih... ceria-ceriakan hidup anda.
Hari ini ita kongsikan resepi nasi dagang versi Kelantan. Kebetulan balik Kelantan hari tu suami belikan beras nasi dagang. Kalau suami yang beli pastilah dia teringin nak makan nasi dagang walaupun sebenarnya dok hari-hari berulang makan nasi dagang masa di Kota Bahru hari tu. Tak puas agaknya.. atau nak merasa air tangan dari isterinya sendiri..

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.