Feb 23, 2016

Kelas 20 Feb 2016


Assalamualaikum
Lama tak bersiaran,maaf jika ada yang ternanti-nanti khabar terbaru dari Masam Manis. Maaflah sebab lewat bersiaran kerana masalah kesihatan yang tak mengizinkan dan faktor kesibukkan yang tidak menentu. Ita masih lagi tak berapa sihat, batuk masih lagi tak kebah-kebah walaupun dah berbotol ubat batuk di telan. Kelas yang berlansung selama 2 hari iaitu pada 20 dan 21 hb Feb juga terheret sama dengan kesihatan ita yang tak berapa stabil. Maaf sangat-sangat kepada semua peserta kerana kak ita tak berapa sihat. Nak cancel kelas tak sampai hatilah pulak. Kalau ikut hati rasanya nak rehat kerana batuk ni buat badan rasa terlalu letih.Tapi mengenangkan peserta mungkin ada yang dah ambil cuti dan dah booked hotel, jadi ita teruskan juga.

Feb 18, 2016

Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 tanggal 16 Feb


Assalamualaikum,
Pasti adik-adik dan akak-akak tertunggu-tunggu n3 kelas ita tempoh hari. Maaf lewat masukkan n3 kelas kerana ita tak berapa sihat.
Sebenarnya balik dari Kota Bharu hari tu lagi badan dah mula rasa tak berapa enak. Tapi tak sangka pulak sampai melarat-larat macam ni. Mungkin faktor cuaca yang tak menentu, bertambah ita dok minum air batu aje masa di Kota Bharu, perjalanan yang jauh, terlalu penat, tak cukup rehat.. makan tak menentu.. semuanya turut mempengaruhi kesihatan ita. Akhirnya rebah dan kecundang juga walaupun sedaya mungkin cuba kuatkan badan ini.

Feb 15, 2016

Kelas Deco Bunga Buttercream 14 Feb


Setelah beberapa hari berkampung di Kota Bahru, hari ini kami kembali ke Johor Bharu. Ibarat sirih pulang ke gagang, hujan emas di negeri orang, hujan  lebat menyambut kami di Johor Bahru.
Waaa... bila hujan memang satu cabaran untuk merakamkan gambar kenangan. Bebekalkan lampu down light, gambar kelihatan kusam ala-ala retro gitu..

Hari ini kami kembali semula ke Starhil Golf and Country Club. Di sapa petugas dan adik-adik di Starhill yang ramah mesra. Lama tak bersua.. terasa rindu pula kata mereka..  Layannan dari pihak Starhill tidak pernah menghampakan. Layanan first class daripada pihak Starhill sangat-sangat membuatkan kami benar-benar terharu.

Apa menu hidangan dari pihak Starhill hari ini? sarapan pagi kami di hidangkan dengan lontong, makanan tradisi Johor yang tidak asing lagi.. bersama fried wantan , dan minuman panas tea atau kopi. Makan tengahari pula kami di jamu dengan, Cream Chicken Soup and Garlic toast,  Spaghetti Marinara dan Chicken Chop bersama black paper sos bersama minuman cordial. Dessert pula manggo icecream and cream yang sejuk dan menyegarkan. Terima kasih Starhil Golf And Country Club atas hidangan yang enak ini.

Feb 12, 2016

Kuih Akok yang lembut dan sedap sangat


Sewaktu pulang ke Kota Bharu, adik ita tak berhenti-henti bercerita tentang kuih akok kampung Cina yang di katakan sangat sedap!
" sedap kak ita kuih akok kat kampung Cina tu.. ya Allah kalau makan panas-panas sedap sangat.. lembik-lembik sikit dalamya.. tu yang sedap tu.. " kata Aluya yang membuatkan ita telan air liur
" kalau makan sejuk lagi sedap" sampuk Dora pula.
" yang kat Pintu Geng tu lagi sedap kak cik.. yang tu banyak telur.. lembut aje kak cik.. Dora suka makan sejuk-sejuk.. sedapnya lah.. " galak Dora bercerita.
Ita yang dok di belakang hanya menelan air liur aje.. rasa nak menitik air liur membayangkan kesedapan Akok yang di ceritkan dua beradik ni.

Feb 11, 2016

gomo Kelate gomo...


Amin.. amin.. amin...
Alhamdulillah selesai sudah 2 hari kelas Buttercream Korean Flower di UMK Kota Bharu Kelantan. Terima kasih kepada pihak pengurusan UMK kerana memberikan kepercayaan kepada team Masam Manis untuk berkampung selama 2 hari di UMK. Terima kasih juga atas kerjasama yang tidak berbelah bagi, atas setiap kemudahan yang di sediakan untuk kami yang datang jauh merantau ni.. Terima kasih juga atas kerjasama ini semoga permulaan yang baik ini akan berterusan dan berpanjangan hendaknya.


Feb 3, 2016

Kelas deco bunga buttercream 2 Feb


Mulanya cinta... bermula di bulan Febuary...
Febuary menemukan ita dengan 11 pelajar yang datang daripada pelbagai profesion. Ada yang mempunyai Master, Phd , ada tentera, ada photographer, kulinari dan lain-lain bidang lagi.
Pelajar ita kali ini tak terlibat dengan dunia bakers, tapi mereka mempunyai keinginan untuk mencuba membuat deco kek mereka sendiri. Di sinilah bermulanya cabaran yang cukup besar bagi ita.

Adalah sesuatu yang sukar bagi kita mengajar mereka yang tidak pernah mendeco kek, tak kenal buttercream, waima ada yang tidak pernah buat kek pun sebelum ini untuk mendeco kek yang sempurna kejadiannya. Bagi ita apa yang mereka hasilkan adalah yang terbaik bagi beginer seperti mereka . Impian ita hanya satu..  " semua orang boleh hasilkan kek mereka sendiri , kak ita boleh.. anda pun mesti boleh! "

Mengajar mereka yang baru mengenali dunia dekorasi kek bukanlah mudah. Ianya perlukan kesabaran yang cukup tinggi.. semangat untuk melihat mereka berjaya mendeko kek mereka sendiri yang menguatkan lagi kesabaran ita. Alhamdulillah walaupun kek mereka tidak seindah kek Korea, tapi ita lebih berbangga kerana mereka yang mendekonya sendiri.. dengan ilham dan seni yang ada dalam diri mereka. Bagi ita kalau inilah hasil daripada amatur seperti mereka ianya sudah yang terbaik. Jika mereka praktis berterusan tanpa henti.. insyaallah hasilnya pasti akan lebih baik lagi..

Kepada adik-adik akak.. teruskan usaha, parktis dan praktis untuk dapatkan hasil yang terbaik.. Akak doakan semoga semuanya berjaya dalam bidang yang di minati.. Dari hobi dan suka-suka.. tak mustahil jika ianya menjadi sumber kewangan untuk kita dan keluarga.

Peserta ita kali ini juga datang sejauh negeri di bawah bayu. Dari Kota Kinabalu terbang ke selatan tanahair untuk mendapatkan ilmu, sangat-sangat buatkan ita berasa cukup terharu.. benar bagai di kata.. tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri Cina. Sesungguhnya ilmu tidak akan datang tanpa usaha dan pengorbanan..

Apakata kita intai kelas ita semalam..





Seperti biasa, hidangan sarapan pagi, makan tengahari dan dessert di sediakan oleh Starhil Golf And Country Club Johor Bahru.
Sambil makan-makan kita sembang-sembang dulu.. banyak ilmu dan pengalaman yang di kongsikan. Konsep pembelajaran yang cuba ita sampaikan adalah santai.. ita tak mahu mereka stress. Ita nak mereka happy bila buat sesuatu seni. Kerja seni perlukan kesabaran.. tak boleh stress.. dan tak boleh tertekan.. Seni itu indah.. seni perlu di hayati.. seni perlu di hargai..



Jom kita intai hasil deko dari pelajar.

























Kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 Johor Bahru
Bagi mereka yang berminat,  kelas akan di adakan pada :


Tarikh :  27 hb Feb dan 28 hb Feb 2016

* peserta boleh memilih salah satu tarikh di atas



Bertempat di : Starhill Golf And Country Club Johor Bahru



Yuran : Rm 480 seorang
Tempat adalah sangat terhad

Masa : dari pukul 9:00 pagi hingga selesai deco


Peserta akan di berikan :

6 nozel percuma
Apron percuma
Flower Lifter percuma
Nail Percuma
Pewarna Ameri percuma
Gunting kecil percuma
Buku panduan deco kek Modul 1 percuma
Piping bag untuk mendeco
Kek bersaiz 7 inc berserta kotak kek
*1 biji kek yang telah di deco boleh di bawa pulang


Keselesaan peserta :

Sarapan pagi dan makan tengharai di sediakan
Tempat belajar yang selesa
Surau dan tandas di sediakan

Peserta tidak perlu membawa apa-apa kerana segala peralatan mendeco kek di sediakan.

Syarat penyertaan 
Peserta perlu ada asas deco kek.

Pembelajaran :

* Belajar membentuk beberapa bunga dengan menggunakan nozel yang tepat
* menyusun bunga atas kek
* membancuh 2 jenis krim untuk mendapatkan tekstur krim yang tepat untuk bunga yang berlainan.
* padanan kombinasi warna yang sesuai untuk bunga Korean
* bancuhan warna untuk daun yang tepat
* meratakan krim pada kek untuk mendapatkan kek yang rata
* Krim apa yang sesuai untuk bunga K Pop
* Bahan apa yang di gunakan untuk mendapatkan krim yang solid bagi menampilkan bunga yang nampak hidup
* Pemilihan warna dan deco kek 100 % di berikan kebebasan pada peserta di bawah pengawasan

Peserta yang berminat boleh menghubungi PA saya di talian wassap : 
017 ~ 7279179
First come first serve basis !




Feb 1, 2016

Kek Lapis Rempah dan Kek Lapis Pandan



Kek Lapis bukan sahaja di hidangkan untuk hari raya, kini ianya juga di hidangkan setiap masa. Kek lapis ni biasa kena ada stock kat rumah, sebab ianya tahan lama, jadi mudah untuk kita hidangkan bila menerima kunjungan tetamu secara tiba-tiba. Tak lah angkat air bujang aje kan.. kurang-kurang ada juga kuih sepiring dua untuk menjamu tetamu.

Kini anda boleh dapatkan kek lapis tradisional yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. 
Datang dengan 2 perisa , lapis rempah dan lapis pandan , kedua-duanya datang dengan aroma yang berbeza, pasti memikat selera.

Anda pengemar kek lapis jangan lupa tempah kek lapis anda hari ini.

Hubungi kak Naruljahna di talian : 014 617 7778




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.