Jan 31, 2016

Nutella Cheese Tart yang sangat sedap!


Anda peminat Cheese Tart?
Kini Nutella Cheese Tart yang sangat sedap!
Memang sedap.. terasa cheesenya dan bertambah enak dengan limpahan Nutella yang sungguh memikat.
Sekali makan tak cukup.. pasti nak lagi dan lagi..
Kalau kak ita kata sedap memang sedap! memang tak puas menikmati Nutella Cheese Tart yang mencair di mulut.

Anda suka?
Anda nak merasa Cheese tart Nutella yang sedap nii
Apa tungghu lagi oder sekarang
Hubungi Maizatul Akmal sekarang untuk tempahan.
Berbaloi! baloi! sedapnyaaa....




Tempahan minggu ini


Ini adalah kek tempahan yang sempat ita siapkan. Kek ni ita terpaksa hantar pagi-pagi buta kerana ita terpaksa bekejar pula ke kelas. Bila dah terkejar-kejar memang ita tak sempat nak ambil gambar. Mujur customer tolong ambilkan gambar dan kirimkan pada ita. Dapat juga ita buat kenang-kenangan. Kek yang bertemakan farm animal. Terima kasih pada gee yang tempah kek ni dari kak ita dan terima kasih kirimkan gambar kek ini.




Ini pula tempahan kek khawin 2 tear. Masih lagi ramai yang gemarkan deco ini. Entah dah yang ke berapa kali ita terima tempahan kek yang sama. Terima kasih kerana meminati deco dari akak ni dan terima kasih juga atas tempahan. Selamat pengantin baru semoga kekal bahagia hingga ke Jannah.




Ini pula slice cake tempahan untuk birthday Nana. Happy Birthday Nana, semoga suka dengan kek yang auntie buatkan ini.


Kek hantaran bunga-bunga kpop lagi. Kali ini tema warna coklat, peach dan krim. Memang agak payah nak mengayakan warna yang di berikan. Alhamdulillah syukur bila customer suka.
Ita selitkan kuntuman bunga tulip, peony dan english rose dalam gubahan bunga kali ini.




Satu lagi kek bunga, Flower Wreeath Buttercream Cake untuk kek ulang tahun. Selalu dengan bunga-bunga korea, kali ini ita pilih wildflower pula menghiasi kek, Dengan susunan yang simple dan minima, kek tampil lebih eksklusif.






Terima kasih atas tempahan, mana yang terkurang harap halalkan.
Kepada yang ingin membuat tempahan, anda boleh whatsapp 
 017 7279179 
untuk sebarang pertanyaan kek tempahan.


Jan 27, 2016

Corelle oh! Corelle

Orang perempuan ni kan.. tak boleh berenggang dengan pinggan mangkuk.. ibarat lagu dan irama.. Kalau sebut pinggan mangkuk ni.. memang tak di nafikan pinggan mangkuk Corelle lah yang sering menjadi rebutan. Bila ingat corelle teringat mak di kampung. Mak ita cukup suka dengan pinggan mangkuk Corelle. Tahan lasak katanya, tak mudah pecah, ringan, mudah di simpan, tak retak seribu yang paling menarik hati tentang designnya yang senantiasa mengikut trend semasa. Berbaloi-baloi membeli.. bak kata orang alah membeli menang memakai. Hingga kini set Corelle design lama mak masih elok dan senantiasa menjadi penyeri hidangan makan kami sekeluarga.

Dulu kalau nak cari pinggan mangkuk Corelle mak terpaksa seberang tambak untuk mengangkut set pinggan mangkuk kesukaannya. Maklumlah dulu jarang kita jumpa pinggan Corelle di jual di Johor, kalau ada mungkin di Kuala Lumpur. Oleh itu, mak memang akan ke Singapura untuk dapatkan koleksi pinggan mangkuk kesukaannya. 

Kini tak payah nak bersusah payah ke Singapura atau ke Kuala Lumpur untuk dapatkan set Corelle kesukaan anda. Bayar hari ini esok dah ngantorrr!!! apa tunggu lagi.. 

Harga? tak usah ceritalah.. memang berpatutan.. kata orang mampu milik lah.. kalau tak caya anda boleh hubungi kak Ton di talian : 012 ~ 2727 504

Hari ibu dah tak lama lagi kawan-kawan.. apa kata rembat 1 set untuk ibu tersayang.. atau untuk isteri tercinta.. ya Allah orang perempuan kalau dapat set pinggan mangkuk Corelle ni.. ibarat dunia ini ana yang punya lah!

26 Jan ber Kpop lagi kita...


Hujan yang membasahi bumi menyambut kedatangan kami ke Starhill Golf And Country Club pagi kemarin. Kabus dan dingin angin sepoi-sepoi, menyegarkan lagi suasana pagi di padang golf yang terbentang luas menghijau.

Teruja menyambut kedatangan pelajar sejauh dari Irland , Singapura, Kuala Lumpur, Semenyeh, Kluang , Pontian dan juga dari Pasir Gudang. Semoga apa ilmu yang kita sama-sama pelajari hari ini, memberikan seribu maanfaat dan kebaikkan kepada kita semua.

Jan 25, 2016

Kelas 24 Jan yang happening.. ke pening?


Hari ini sekali lagi kita bersiaran dari Starhill Golf And Country Club di Johor Bahru. Suasana pagi yang tenang dan mendamaikan.. melihat embun di hujung rumput dan kabus pagi dengan pemandangan yang menghijau cukup segar dan mendamaikan.. Padanlah orang lelaki ni suka main golf.. terlepas daripada suasana hingar bingar dan hiruk pikuk rupanya..

Alhamdulillah kelas berjalan dengan cukup lancar..
Kelas kali ini juga peserta dari Malaysia yang datang dari jauh dan dekat.. ada dari Pulau Pinang.. Pulau Mutiara yang menjadi kebangaan Malaysia.. dari Kedah yang sedang berebut jawatan menteri besarnya... nun jauh juga dari pantai timur Terengganu, dari ibu kota Kuala Lumpur.. dari Keluang Johor dan tidak ketinggalan dari mereaka yang berada di sekitara bandaraya JohorBahru.. Sekalung ucapan terima kasih yang tak terhingga atas kesudian menghadirkan diri ke kelas Korean Flower Buttercream bersama kak Ita. Terima kasih juga kerana terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh untuk sampai ke selatan tanah air ini.. semoga apa yang kami hidangkan dan apa yang kami sampaikan dapat memenuhi impian anda. Jika ada sebarang kekurangan di pihak pengurusan, kak ita bagi pihak semua.. memohon beribu kemaafan dan halalkan segala kekilafan di pihak kami..

Jan 23, 2016

Kali ini kita berkpop di Starhill pulak!


Hari ini kita berada di sini.. berdeco deco besama bunga-bunga Korea yang kembang mewangi di Starhill Golf And Country Club Kempas Johor.

Alhamdulillah, kelas hari ini berjalan lancar. Kelas yang sangat advance.. cepat betul habis kelas ni.. pukul 5 semua dah siap deco.. macam tak percaya!
Hari ini juga ramai pelajar yang datang dari jauh.. ada dari Kedah, Melaka, Kuala Lumpur dan lain-lain.. terima kasih di atas kesudian adik-adik akak hadir ke kelas deco bunga buttercream, kalau ada kekurangan akak dan pihak pengurusan mohon maaf dan minta halalkan mana yang terkurang. harap apa yang kami sediakan dapat memuaskan hati semua pihak..

Jan 22, 2016

Kek hari ini





Untuk tempahan sila wassap 017 7279179





Star Wars Darth Vader Cake


Si Biru








 Untuk tempahan kek deco hantaran, perkhawinan dan ulang tahun  sila wassap 017 7279179






Jan 21, 2016

Kelas Deco Bunga Buttercream 19 Jan 2016


Alhamdulillah kelas 19 Jan berjalan lancar..  Pelajar untuk kelas kali ni.. semuanya baik-baik belaka.. senyap tak berketik! kalau kata mak ita.. Tak tahulah kenapa mereka senyap dan sunyi sepi kelas.. mungkin takut kot.. dengan kak ita.. ^_^ garang eh.. kak ita mengajar.. hihi

Pelajar yang cukup dengar kata.. pilihan warna bunga yang sangat menarik! akak suka sangat,..

Setiap kali kelas pasti ita akan berhadapan dengan pelajar yang menggunakan tangan kiri..  ianya adalah cabaran juga bagi ita.. dan satu pengalaman bila ita juga kerna mengajar mereka dengan tangan kiri... Kini ita pun dah boleh buat bunga dengan tangan kiri tau! hihi

Selain itu juga.. ita akan berhadapan dengan pelajar yang ketar tangan.. Mengigil-gigil... napa dek... sejuk ke.. atau takut dengan kak ita.. hihi ^_^ akak tak makan orang dik.. akak makan kek aje..

Walaumacam mana pun ianya adalah pengalaman yang cukup berharga buat ita. Dapat jumpa dengan mereka yang sering follow ita adalah satu kenangan yang terindah dan tak dapat di lupakan..
Semoga adik-adik kita ini berjaya dalam bidang yang mereka minati..

Ingat! seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Jan 18, 2016

Kelas 17 Jan 2016


Kelas semalam berjalan dengan lancar.. Alhamdulillah terima kasih kepada adik-adik saya yang datang jauh-jauh untuk mendapatkan sedikit perkongsian ilmu dari saya. Semoga sedikit ilmu yang akak kongsikan dapat di maanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Kelas yang cukup hapening.. pelajar yang fokus membuatkan pembelajaran berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat dengan angin yang kencang.. tidak mematahkan semangat adik-adik akak untuk teruskan pembelajaran.

Terima kasih yang tak terhingga daripada kak ita atas kerjasama ini dan kesudian untuk menimba sedikit ilmu yang akak ada. Semoga persahabat dan ukhwah ini terus terjalin erat. Jika ada sebarang kelemahan dan kekurangan daripada pihak pengurusan.. akak memohon semuluh jari mohon kemaafan.
Kepada adik-adik akak , teruskan usaha jangan putus asa.. senantiasa praktis.. dan praktis untuk dapatkan hasil yang terbaik. Sayang anda semua..

Jom kita skodeng kelas semalam.. ^_^
















Untuk pertanyaan kelas Febuary boleh hubungi talian wassap 017 7279179









Jan 16, 2016
Jan 15, 2016

Tumis Sayur Campur


Menu yang ringkas untuk hidangan harian.
Bagi pengemar sayur pastinya mencari hidangan sayur yang mudah dan ringkas di sediakan.
Tumis sayur campur terhasil.. bila banyak sayur berbaki dalam peti ais. Nak masak untuk satu hidangan bagi satu jenis sayur pastinya tidak mencukupi.. bila nampak ada sawi lebih goreng mee.. ada baki sayur cemndawan.. ada baki kobis buat nasi goreng.. di satukan di tumis maka terhasil lah tumis sayur campur.. Jimat kan.. dapat juga mengelakkan pembaziran.

Sebenarnya tak kisah sayur apa yang berbaki dalam peti.. semua boleh di gabungkan untuk di jadikan satu hidangan buat keluarga. Selain elak pembaziran.. ia juga hidangan yang enak untuk di nikmati


TUMIS SAYUR CAMPUR

Apa-apa sahaja sayur yang ada ita guna sawi, kubis dan cendawan
1 batang lada merah ~ di hiris
Minyak untuk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar atau tumbuk

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga harum.
tambahkan sedikit air
Biar didih
masukkan sayur yang telah di potong dan di cuci bersih
Perasakan dengan garam
Masak sebentar sahaja untuk khasiat sayur yang lebih baik
Angkat dan hidangkan




AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.