Follow if you like

Oct 16, 2016

Kelas Korean Flower Cup Cake 15 Okt 2016


Assalamualaikum

Bertemu kembali kita di kelas Korean Flower Cup Cake, sekali lagi di Starhill Golf And Country Club Kempas Johor.
Lama ita tak bersiaran, sibuknya bukan kepalang. Alhamdulillah tempahan kek yang tidak putus, tempahan cake Choc Cheese Lava anak sekolah juga tak menang tangan ita di buatnya dan beberapa tugasan lain yang perlukan perhatian yang terperinci. Doakan ianya berjalan dengan sempurna dan di bawah perancangan.

Ok, kita tak boleh sembang kencang, banyak lagi tugasan ita yang menanti. Insyaallah kalau ita dah selesai tugasan, ita akan kembali bersiaran dengan resepi yang telah di senaraikan dalam list pilihan follower ita.

Kita berbalik kembali kepada kelas Cup Cake yang berlansung semalam. Alhamdulillah kelas berjalan lancar, walaupn terasa sangat penatnya.. bukan kepalang.
Kelas kali ini membariskan pelajar dari Singapura, Johor Bahru, Pekan Nenas, Nilai, Ulu Tiram, Seri Austin dan Kota Tinggi.
Terima kasih kepada pelajar yang sangat osem. Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri, semoga apa yang di sampaikan dapat di gunakan ilmunya sebaik mungkin.


Apa yang ita sangat teruja, kelas kali ini ada suprise dari suami buat isteri tercinta tau! Suami bookingkan kelas untuk isteri tersayang, tanpa pengetahuan isteri. Wow! seronokkan.. sweet sangat.. Suka ita bila suami sangat memahami minat isteri. Memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi atas minat dan tugasan yang isteri lakukan. Alhamdulillah.. Sebenarnya inilah yang sangat-sangat di harapkan oleh pasangan, saling memberikan dorongan dan tiupkan semangat serta doa yang tidak pernah putus untuk pasangan masing-masing.

Ita pun.. jika suami tidak berikan sokongan dan semangat, pasti ita tidak berada dalam bidang yang ita pilih ini.

Kelas kali ini, ita sukakan pilihan warna yang di pilih. Nampaknya masing-masing sudah bijak bermain dengan warna.  Ita pasti rakan-rakan ita tak sabar nak lihat hasil dari setiap peserta. Jom kita intai hasil dekorasi pelajar semalam.







Kelas Korean Flower Cup Cake Untuk 30 hb Oktober 2016
Tempat : Starhill Golf & Country Club, Jalan Maju Jaya, Kempas, Johor Tarikh : 30 hb Okt 2016 Yuran : RM390 seorang bagi mereka yang pernah join kelas kak ita sebelum ini yuran RM 360 Masa : 8.30 pagi hingga selesai deko (6pm)
Peserta akan diberikan secara percuma: * Apron Masam Manis * Buku tutorial cup cake 8 jenis bunga *9 cupcake yang siap di deko boleh di bawa pulang * VIDEO TUTURIAL PERCUMA!! untuk pelajar membuat ulangkaji di rumah
Sarapan pagi dan makan tengahari di sediakan Tempat pembelajaran yg selesa dan berhawa dingin. Ruang solat yang selesa. Peserta tidak perlu membawa sebarang keperluan deko kerana semua peralatan disediakan.
Syarat Penyertaan :- * Peserta perlu mahir menggunakan piping dan harus mahir menyediakan kek hiasan. Kelas tidak akan di ajar membuat dan melepa kek.
Pembelajaran :- * Peserta akan diajar cara untuk membentuk 8 jenis bunga baru buttercream * Peserta juga akan diajar beberapa bunga lain dan daun sebagai tambahan * Peserta juga akan diajar cara menyusun atur bunga di atas cupkek.
Tempat adalah sangat terhad.
Peserta yang berminat boleh watsup PA saya di talian 018-7691544.
Bagi yang ingin mendaftar kelas sila berikan nama dan dari mana untuk memudahkan komunikasi.


Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian anda untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan hidangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...

Assalamualikum

No comments:

Powered by Blogger.