Follow if you like

Sep 12, 2016

Cheese Tart Buncit Buncit dan Montok Montok !


Assalamualaikum... salam Aidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia dan di mana sahaja anda berada. Alhamdulillah.. Aidil Adha tahun ini bersekali dengan cuti sekolah yang panjang. Jadi ramailah yang mengambil peluang cuti panjang untuk pulang ke kampung. Bagi ita dan keluarga, kami beraya di rumah aje.. kebetulan anak-anak tak pulang bercuti.. sambutlah kami 3 beranak aje.. Aidil Adha tahun ni..

Bila hari cuti.. hujan pulak tu.. sejuk-sejuk macam ni.. perut berkeroncong minta di isi. lalau merajinkanlah diri membuat cheese tart ni..
Tengok kat wall fb ramai yang kongsi cheese tart montok-montok dan buncit-buncit.. geram pulak! tu yang tak boleh tahan godek-godek jugak lah..




Resepi kali ini adalah perkongsian daripada Azalifah Zakiah, tapi ita tak jumpa lagi postnya yang di kongsikan tempoh hari. Mujur ita sempat salin, jadi maaf ita cari fbnya pun tak jumpa untuk ita selitkan linknya di sini. Terima kasih pada Azalifah zakiah kerana kongsikan resepi yang menjadi kesukaan ramai ni.

Kali ini ita buat dua perisa, Nutella dan blueberry. Kalau nak sedap bubuh banyak-banyak filingnya tu..

Resepi ni sebenarnya tak banyak beza dengan resepi yang pernah di kongsikan sebelum ini. Cuma untuk dapatkan cheese yang montok dan buncit-buncit ada teknik yang harus di ambil perhatian. Jom kita pelajari bagaimana nak dapatkan cheese tart yang montok!


CHEESE TART BUNCIT
Resepi Oleh : Azalifah Zakiah

Shell Tart

125 gm margerin
50 gm gula icing
1 sudu teh esen vanilla
1/2 biji kuning telur ~ gred A
250 gm tepung gandum
5 gm susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk ~ dari peti ais

Pukul margerine dan gula icing hingga sebati
Tambahkan 1/2 biji kuning telur, esen vanilla, susu full cream, air sejuk dan tepung
Uli sebati dengan senduk kayu
Tekan doh dalam acuan tart 4.5 cm
Buang lebihan doh tepi acuan
Cucuk bahagian tengah dengan garfu
Buah hingga habis adunan dapat dalam 50 ~ 60 keping
Bakar dalam oven yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 170 C api atas dan bawah selama 20 ~ 25 minit.



Cheese

500 gm cream cheese ( cheese di keluarkan dari peti ais 15 minit awal )
30 gm butter
100 gm gula icing
1 biji telur gred A ( kocok perlahan dahulu )
20 gm non dairy Whipping Cream ~ ( optional)
Sedikit esen vanilla


Satukan cheese, butter dan gula icing dan putar hingga lembut dan gebu
Masukkan telur
* telur yang kita dah kocok tadi masukkan 1 sudu besar demi 1 sudu ( anggaran 3 sudu besar sahaja jangan lebih )
Kemudian putar sekejap aje
Jika adunan agak pekat atau kental, tambahkan sedikit whipping cream non dairy. Jika adunan sudah lembut tak perlu letak Whipping Cream
* Jika masukkan whipping cream jangan putar guna mesin, hanya gaul dengan senduk atau spatula aje. ( whipping cream tak perlu di putar )


Susun shell tart dalam tray
Letakkan filling di tengahnya
* filing terpulang nak letak apa, bluberry, strawberry, kiwi, Nutella
masukkan cream cheese dalam piping bag
Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.
Letakkan cheese dengan memeggang piping bag secara menegak
Letakkan cheese secara membunjut dan menggunung.
Kalau nak lagi buncit , letak lagi tingi dan penuh


Kalau ada nozel yang besar macam ni pun boleh di gunakan.

Kalau nak hias dengan corak bolehlah hiasan. Hiasan corak boleh rujuk di sini : SINI
Bakar selama 10 ~ 15 minit api atas dan bawah suhu 170 C
Tart masak bila kita sentuh dengan jari, cheese tidak melekat pada tangan


tart yang telah siap di bakar boleh di hias dengan Nutella. masukkan nutella dalam piping bag dan paipkan atas cheese tart .. wow! yummy!





30 comments:

Noor Ashikin binti Ohyanuddin said...

Tq sis share teknik. Sejak 2 menjak ni dok tgk org buat cheese tart muncit ni. Harini bru tau cara nk bg muncit tu. salam aidiladha 😊

Norita Mohd Yusof said...

Dah lama sy cari resepi cheese tart buncit ni. Sy share ya k.ita. T.ksh byk2.

Rosekayz Azhan said...

Tkasih byk2 Puan share resepi cheese tart ni, dah lama cari kat google, tak ada pun org yg sudi kongsi ilmu terperinci mcm Puan, saya akan cuba buat menggunakan resepi puan ni..������

Lydia sarif hassan said...

Terima kasih sudi share resepi.. Dah lama cari resepi ni.. Ade resepi pun kelas on9 berbayar..semoga puan terus maju jaya..sy share resepi ye.

Normah Wahid said...

Wah best ni... nanti free leh cuba. T.kasih kak azlita.

Lidyanur Abdul Mutahar said...

Terima kasih kak..saya share di wall fb ye..mudahan murah rezeki akk ��

ila laila said...

Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu dgn kami semot diberkati. Ameen

Rodiah Amir said...

As Salam, kak saya mencari resepi akak yang kek butter baru2 ni akak post. dah delete eh kak? saya berjaya buat Raya Haji lepas. Ya Allah anak dan suami suka sangat-sangat. terima kasih ye. Moga murah rezeki akak.

noor faheeda said...

Klau mcm ni nk jual sbji bpe rm kak ita?

noor faheeda said...

Klau mcm ni nk jual bpe seketul kak ita

Mona said...

Cantik nya...terima kasih atas perkongsian

Zaiem Firdaus said...

Klu xda susu nespray full cream tu susu tepung formula ya?? Klu xda blh ganti yg lain x?

Mohd Sharifuddin Omar said...

wahh sedapnya kuih!! nak sikit,, hehehehee...

jom jenguk sini ya.. hehe

fatin shahirah said...

Assalamualaikum, baru follow blog ni, sangat membantu untuk anak muda mcm saya yang masih di peringkat belajar ni. Saya baru try buat pavlova & sya tersalah whipping cream. tapi blog ni membantu untuk saya kenal yang whipping cream tu ada 2 jenis :'), teruskan berblogging ya dengan resepi yang menarik :)

Unknown said...

Semoga akk diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan segala urusan ....kerana sudi share pelbagai resepi yg terkini diblog akk....mmg x rugi klu menyinggah diblog akk utk mencari sesuatu resepi....setiap resepi yg akk share semuanya menarik dan menjadi...tqvm akk azlita

Anisah Abd Rahman said...

terima kasih ilmu yg dikongsikan.

Unknown said...

tgh membuat nih..hope menjadi sebijik mcm azlita bt..hihi

Noor said...

Alhamdulillah...Tqsm Kak Ita kongsi teknik montok muncit detail mcm ni...sy sllu buat cheesetart tp xdpt yg bt yg betul2 montok muncit..dah puas cari tapi xjumpa yg sudi kongsikan teknik yg sebenar mcm ni...sy siap join kelas pjj byr rm100 tp x di bagi pun teknik muncit...huhu..harap2 menjadi la muncit sy lepas ni..semoga Kak Ita terus dimurahkan rezeki olehNya..tqsm..

seri akmad said...

Seronoknya tgk ni

Soffy Hussin said...

Jazakillah sudi berkongsi dgn percuma teknik yg 'mahal' ni.. Allah saja membalas jasa kak ita ..

miszwannyrazaly said...

sis..saye da cube dah tadi..seriously mmg superb lah rase die..siap ade yg dah order..thanks sis share ilmu

Nabila Razali said...

Chocolate flakes atas nutella tu apa kak ita?

Mey said...

Tq kak ita shre teknik y sgt2 brguna.. dah hampir 2tahun sy berkecimpung buat cheese tart tp xpernah nk montok.. semoga murah rezeki kak ita.

siti fatimah salleh said...

Terima kasih Puan sudi share..lama sy cari resepi..tiada yg nak share cara nak buncitkn dgn btl dan terperinci.. trima kasih..sy salin resepi, halalkan ya.. trima kasih

Maisurah MY said...

tq sis sudi kongsi resipi..sgt membantu. smg rezeki sis bertambah tambah..amin

Dewi Suryati said...

Assalamualaikum dan salam kenal kak Ita, Saya ijin share resep di blog ini ya. Terima kasih

feerony kitchen said...

Alhamdulillah..br ni sy tau rahsia custart buncit ni..t.kasih kak ita..

fairuz4343 said...

alhamdulillah dan terima kasih krn sudi berkongsi ilmu ...smoga akk terus success

meyra sandra said...

minta halal ya saya ambil resepi ni . semoga murah rezeki awak ;)

mama qays said...

Alhamdulillah.. Jumpa juga resepi tart muncit ni.. T. Kasih sis azlita ats perkongsian resepi .. Moga bertambah rezeki

Powered by Blogger.