Follow if you like

Aug 5, 2016

Sambal Tauhu Masam Manis


Ita memang suka sangat makan tauhu. Walau apa pun masakkan berasaskan tauhu, tekak ini tak pernah menolaknya.
Hari ni ita buat sambal tauhu, bisa ita suka goreng tauhu dan makan dengan sambal kicap atau kuah rojak. Tapi hari ini ita nak cuba resepi dari Adnan Ibrahim. Sambal tauhu masam manis wah! macam sedap aje kan.. berselera aje tengok sambal Mat yang merah menyala tu. Terliur lah pulak di buatnya.

Resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas, malah bahan pun mudah di dapati di ruang dapur rumah anda. Masak pun cepat dan yang penting sedap serta menjadi kesukaan kami sekeluarga. Ita lawankan dengan lauk lemak , ikan goreng dan telur dadar mayonis. Berselera kami menikmati hidangan hari ini.




SAMBAL TAUHU MASAM MANIS
Resepi Oleh : Adnan Ibrahim

2 keping tauhu keras atau taukwa
1/3 cawan isi udang sais kecil
1 biji bawang besar, potong berangkai, dileraikan
1 1/2 senduk nasi cili kisar
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1/2 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
3/4 inci belacan*(*tumbuk halus)


Tauhu didadu, kemudian goreng hingga kuning keemasan, angkat dan toskan. 
Tinggalkan minyak untuk menumis, kemudian masukkan bahan tumbuk halus, dan tumis hingga wangi. 
Tambah cili kisar, sos cili dan sos tomato, kacau dan tumis hingga terbit minyalk, guna api sederhana.
Masukkn jus asam jawa, gula dan sedikit garam, kacau dan masak hingga pekat. 
Masukkan udang dan bawang. 
Masak sekejap dan masuk tauhu tadi. 
Gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. 
Masak sekejap dan boleh angkat.


1 comment:

Malaysian Employment And Labour Dispute Resolution said...

Kak azlita, boleh tahu utk gambar ni pakai camera lens jenis ape ye? Terima kasih.

Powered by Blogger.