Follow if you like

Aug 10, 2016

Masak Lemak Putih Kangkung Dengan Keledek


Lauk kampung lagi hari ni. Kali ini dengan kangkung dan keledek. Bila masak lauk macam ni teringat kat atuk ita. Atuk ita kalau masak lemak suka letak keledek, katanya kuah akan lebih manis kerana adanya keledek.

Lauk macam ni kalau lawan dengan ikan kering dan ada pula sambal belacan.. pasti tak toleh kiri kanan. Bertambah pula cuaca sekarang yang panas melampau.. lauk yang simple-simple inilah yang selera di nikmati.



MASAK LEMAK PUTIH KANGKUNG DENGAN KELEDEK

1 ikat sayur kangkung ~ di potong ambil daun dan batang yang lembut. batang kangkung belah 2
2 batang keledek ~ di potong kecil
1 batang cili merah ~ di hiris
1 cawan santan
air jika perlu
garam secukup rasa

Bahan Kisar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 gengam ikan bilis atau udang kering ~ di rendam lembut

Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga harum
Tambahkan air dan keledek dan rebus hingga keledek empuk
Masukkan santan
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali masukkan kangkung dan cili merah
Biar sayur lecur sikit , tutup api dan hidangkan






6 comments:

Toko Herbal said...

wuiiiih mantap nih CHEF boleh ane coba ga kayak nya enak nih..

Elaine said...

Hi, I tasted this dish last weekend in Kampung Chitty Melaka and I was told this is one of their Peranakan Chitty dish. It was delicious.

Faizah Syakira said...

kecur liur... sedapnya :D

Nurul Nadila said...

first time ni jumpe resipi ni..boleh try~~ :)

aina alia Makabah said...

wahhh kene try ni

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Ita.. lauk lemak2 putih ni memang sy suka. Kalau ada keledek, sy suka lenyek dengan nasi.. wowww... kecur ailio.. haha. Paling best dilawankan dengan sambal belacan dan ikan kering, mmg bertambah nasilah jawabnya.. hurmmmm...

Powered by Blogger.