Follow if you like

Jul 21, 2016

Laksa Lemak Nyonya Melaka


Assalamualaikum..

Mungkin ada antara rakan-rakan di luar sana yang sedang mencari juadah atau sajian hidangan yang ingin di jadikan santapan untuk merai rakan-rakan atau saudara mara pada hujung minggu ini.
Raya kan sebulan... sekarang pun ramai yang dah mula mengambil cuti hujung minggu untuk mengadakan rumah terbuka.
Raya setahun sekali.. masa inilah dapat berkumpul bersama rakan dan taulan bagi mengeratkan lagi silatulrahim di samping menjamu rakan-rakan dengan air tangan tuan rumah sendiri.

Jika buget lebih.. bolehlah oder aje.. tapi bagi yang dah over buget tu.. rasanya masak sendiri lagi lumayan. Walaupun penat lah sikit.. tapi bila lihat rakan-rakan puji hasil sentuhan air tangan tuan rumah.. pasti berbunga-bunga rasa di hati ye tak..



Bagi anda yang sedang mencari juadah istimewa untuk tetamu, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang sesuai untuk di jadikan hidangan bagi merai tetamu. Cara penyediaannya cukup mudah dengan bahan-bahan yang mudah di dapati. Apa yang paling utama resepi laksa nyonya Melaka ini memang sangat sedap! berulang-ulang ita makan tau! sedap sangat lah pada selera ita dan keluarga.

Bagi pengemar laksa bolehlah mencuba!


LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA

1 bungkus laksa beras ~ di rebus hingga lembut, angkat dan toskan
1 batang timun ~ di potong halus mancis
1 cawan taugeh
1 ikat daun kesum ~ di hiris halus
1 labu bawang besar ~ hiris halus
1 kuntum bunga kantan ~ hiris halus
3 keping tauhu ~ di goreng dan hiris nipis
2 keping fish cake ~ di goreng dan hiris nipis
Telur rebus ~ jika suka
Kuah laksa
Sambal tumis

KUAH LAKSA

Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
4 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
6 biji buah keras
1/2 cawan udang kering ~ rendam lembut
2 inc belacan
2 batang serai

1 ikan daun kesum
2 kuntum bunga kantan
6 keping asam keping
2 kiub ikan bilis
1 keping gula Melaka
1 cawan santan
10 biji fish ball
10 ekor udang
Stock udang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar , tapis

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan stock udang
Masukkan juga daun kesum
Biarkan kuah mendidih
Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
Biar kuah didih



SAMBAL TUMIS

Bahan Kisar
15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inc belacan

sedikit air asam
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
Masak sambal hingga betul-betul garing dan kering





1 comment:

Gee® said...

Ermmm... sedapnyaaa

Powered by Blogger.