Follow if you like

Jul 28, 2016

Bayam Goreng Ikan Masin


Setiap hari di sajikan dengan undangan rumah terbuka pasti tekak dah mula mengintai-intai menu tradisi atau lauk pauk kampung. Kalau lah di hidangkan dengan sayur tumis, ikan goreng dan sambal belacan, pastinya anak tekak ni dah tak mampu nak menolaknya lagi.

Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. Masak lauk kampung, bayam goreng ikan masin, di tambah lagi dengan ikan goreng dan ayak masak sambal. Hujan lebat di luar rumah seakan mengalakkan lagi irama lagu keroncong berdondang sayang dalam perut ni.

Sedapnya lah dapat makan lauk-pauk yang ringkas-ringkas ni. Masak pun senang dan yang pastinya lauk macam ni kalau makan pasti bertambah-tambah nasi di pinggan.

Sayur bayam ni kalau sudah di masak, dapatnya tak banyak. Beli 2 ikat pun bila masak dapatnya sejemput aje.. jadilah buat santapan tengahari ni. Petang nanti kita masak lain lah pulak.




BAYAM GORENG IKAN MASIN

2 ikat sayur bayam ~ di potong
1 keping kecil ikan masin ~ ikan tenggiri atau ikan kurau, potomg atau hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ di cincang
4 ulas bawang merah ~ di hiris
5 batang cili padi ~ di hiris
sedikit belacan ~ di tumbuk
1 sudu besar sos tiram
sedikit air
sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Satu yang telah di potong di cuci bersih ~ toskan airnya
Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah, bawang putih, belacan, ikan masin dan cili padi hingga naik bau
Tambahkan sedikit air, sos tiram dan perasakan dengan garam secukup rasa
Bila kuah dah didih, masukkan sayur bayam
Masak sebentar aje, bila layur aje sayur , tutup api
Sedia di hidangkan







No comments:

Powered by Blogger.