Follow if you like

May 16, 2016

Kelas Korean Flower Buttercream 3 April 2016


Assalamualaikum..
Lama kak ita tak kongsikan kelas kak ita. Kesian adik-adik akak ni tunggu lama gambar masing-masing terupdate dalam blog kesayangan akak ni. Maaf ya adik-adik akak tersayang.. kenapa lah agakanya lemau benar nak mengupdate blog sejak dua menjak ni.. entah apalah kebuzyyannya.. akak sendiri pun tak tahu..

Ok tak pe.. kerana banyak kelas yang belum terupdate.. kita langsung terus aje skodeng kelas 3 April ni..aduh,.. lama betul kelas ni.. ni dah nak masuk bulan June dah ni.. sorry ya adik-adik, nanti akak cuba perahkan sikit malas ni.. supaya terus rajin-rajin update blog akak ni dengan gambar-gambar terbaru.. ya..




Pertama sekali ita nak ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada adik-adik ita yang sudi hadir kelas walaupun ada yang terpaksa terbang jauh dari utara. Terima kasih juga pada suami masing-masing yang sanggup membawa isteri kesayang jauh ke selatan tanah air untuk mendapatkan sedikit perkongsian ilmu dari akak.

Alhamdulillah seronok sangat dapat bertemu dengan kalian semua.. seronoknya ada yang datang berbadan dua tau! mak belajar baby dalam puyut pun belajar sama.. hihi. Semoga kedua ibu dan anak sama-sama dapat maanfaatnya. Semoga cahaya mata yang lahir kelak memberikan seribu inspirasi pada bondanya untuk terus berkarya dalam bidang yang di minati ini.

Kak ita tak boleh nak bebel panjang lebar hari ni.. sebab berderet lagi kelas yang belum di update. Kita terus aje ye skodeng apa aksi adik-adik kita dalam kelas.









Senarai nama pelajar kelas 3 April 2016

Siti Rohani dari Kedah
Mai dari Kluang
Shamsiah dari Kuala Lumpur
Sarejah dari Bapu Pahat
Noraini Tahir dari Johor Bahru
Azie dari Selangor
Noorhafizah dari Kluang
Yanti dari Kempas
June dari Batu Pahat
Ummi dari Rawang Selangor

Jom kita intai pula hasil tugasan dari mereka


























Sekali lagi, ita merakamkan setinggi -tinggi ucapan terima kasih yang tak tehingga di atas kesudian anda untuk hadir ke kelas ita. Minta ampun dan maaf atas ketelanjuran kata, minta halalkan segala kelemahan dan kekurangan.. sesungguhnya segala yang baik datang dariNya jua dan yang buruk itu atas kelemahan kami.

Jutaan terima kasih juga kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas penyedian tempat yang selesa dan hidangan makanan yang menyelerakan.Terima kasih juga kepada team Masam Manis. Insyaallah jika ada umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi..

Seni itu indah.. seni harus di hayati.. seni harus di hargai...



Kepada anda yang berminat untuk menghadirkan diri ke kelas Korean Flower Buttercream, ada sedikit penguguman. Kelas Korean Flower Buttercream kak ita yang terakhir sebelum menyambut Ramadhan adalah pada 21 Mei. Bagi anda yang berminat jangan lepaskan peluang untuk turut serta. Ini merupakan kelas Korean Flower Buttercream Modul 1 yang terakhir. Insyaallah selepas raya kak ita akan mulakan dengan kelas Modul 2 pula.

Pada yang berminat boleh wassap talian :  018 ~ 7691544








4 comments:

Mrs Dee said...

Assalammualaikum sis azlita ,kak n blog akak ni sangat memberi inspirasi,,smoga akak dmurahkan rezeki dan diberkati Allah,bila lagi nak ke sabah?buat kelas untuk org sabah plak??heheh..im your fan from sabah

Hazwani Ameen said...

Nice entry kak Azlita...

Saya follow blog kak dah lama... Kire silent reader lah... Ni baru berani nak comment...

Kagum dengan kebolehan kak dalam mengolah kek... Pernah jumpa post kak cara2 buat bunga di FB, terus share. Memang cantik sangat.

Anyway, salam perkenalan dari saya ye kak...

Hazwani Ameen said...

Nice Entry dan nice class

Nabila Syifa said...

macam best je kelas ni.. berapa bayaran 1 sesi?

Powered by Blogger.