Follow if you like

May 25, 2016

Asam Pedas Melaka Asli


Assalamualaikum..

Lama kita tak main masak-masak kan.. asyik deco-deco aje.. Ramai yang dah mula merungut nampaknya .. Bilalah dapur Masam Manis nak berasap semula ^_^

Sebenarnya bukan tak nak kongsi resepi lagi.. tapi kadang apa yang di masak pernah di kongsi sebelum ini. Kekangan masa dan kesibukkan yang tidak berpenghujung membantutkan lagi hasrat untuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan yang ita sayangi ini.

Ok lah sebagai tidak menghampakan.. dan juga permulaan.. kata orang nak start enjin tu.. kita panas-panaskan dulu dengan asam pedas Melaka Asli power meletup ni..!

Memang power dan memang meletup! panas berasap telinga di buatnya. Tak taulah mungkin cili yang ita guna kali ni pedas sangat barangkali. Itu ita tak letak cili api sebagaimana yang di kongsikan tuan empunya resepi ni.. kalau letak tak tahulah gamaknya.. ada tercabut terus telinga ni..




Bagi yang nak cuba resepi ni.. bolehlah kurangkan cili kering tu.. bagi yang tak suka pedas berasap ya.. jangan letak cili padi dan kurangkan juga sukatan lada hitam. Bila lada hitam bertembung pulak dengan cili kering dan cili api.. di tambah lagi halia dan serai.. mau tak berasap telinga di buatnya..

Resepi ni memang sedap! walaupun pedas berasap.. masih lagi terasa powernya tu.. Makan dengan ikan goreng dan sambal belacan pun dah bertambah-tambah di buatnya nasi di pinggan. Tapi yang ita punya ni.. tak payah sambal belacan.. kalau tambah sambal belacan.. bukan telingan aje yang tertanggal.. dengan kepala-kepala sekali pun boleh tercabut tau!

Ok kita tak payah sembang banyak.. ita pun banyak lagi tugasan yang menanti.. Kalau ada masa kita sembang lagi ya.. Jom layan asam pedas Melaka ni dulu ya.. Kali ni ita guna ikan tenggiri untuk resepi kali ni. Adoiii... mahal betulah harga ikan sekarang. Sekali gi pasar beli ikan aje dah 2 keping duit seratus melayang.. kadang terbayang jugak.. sampai bila lah situasi ini akan berlanjutan. Kesian kan.. tak lama dah nak masuk bulan Ramadhan.. dengan harga barangan yang melambung.. apalah yang nak di sajikan pada keluarga bila Ramadhan menjelma nanti...

emm... jangan di fikirkan lah.. kita makan asam pedas sambil urut dada.. dan bersyukur dengan rezeki yang terhidang di depan mata.. Jom kita makan



ASAM PEDAS MELAKA ASLI
Resepi oleh : Dianaajaq
Rujukkan oleh : Ayu

Resepi ni kalau guna sukatan Ayu dapat agak banyak ya. Kalau tak ramai atau untuk sekali masak, ikut sukatan Diana. Kalau nak masak lebih boleh ikut sukatan Ayu.

4 potong ikan ~ pari, parang, tenggiri atau kembung
1 sudu teh halba
1 ikat daun kesum
10 batang bendi atau terung
1 kuntum bunga kantan
1 cawan air asam jawa
minyak untuk menumis
garam gula secukup rasa

Bahan Kisar

3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 cm halia
1 senduk cili kisar ~ kalau cili jenis pedas boleh kurangkan
3 cm belacan
2 cm kunyit hidup
1 sudu besar lada hitam ~ bagi yang tak kuat pedas boleh kurangkan
3 batang serai ~ 1 kisar 2 lagi di titik

Panaskan minyak dalam kuali
Kemudian masukkan halba dan tumis hingga kuning
Bila dah kuning terus masukkan bahan kisar dan tumis sampai garing dan terbit minyak.
Bila dah betul-betul garing, masukkan sedikit gula. Anggaran 1/2 sudu besar
Kemudsian masukkan daun kesum dan bunga kantan
Jika kuah kering tambahkan air
Biarkan di merenih kemudian masukkan ikan
Masukkan juga air asam jawa
Biarkan ikan empuk
Akhir sekali masukkan bendi dan terung
Perasakan dengan garam dan secukup rasa.
Biar dia mendidih sebentar dan kuah sedikit pekat
Bolehlah hidangkan bersama nasi hangat, ikan goreng dan sambal belacan

Asam pedas ni lagi lama di perangat lagi sedap!
Selamat mencuba







5 comments:

adda syuhada said...

sedapnyer...

Cahaya Iman Nur said...

Saya dah cuba resepi ni. Memang sedap!

Nor said...

Syukran Azlita! Satgi lunch nk masak lauk ni..

Fandie said...

Daun kesum dgn bunga kantan dah jadi kuah laksa penang..baik makan laksa je..

Azlan S said...

Terbaik

Powered by Blogger.