Follow if you like

Feb 12, 2016

Kuih Akok yang lembut dan sedap sangat


Sewaktu pulang ke Kota Bharu, adik ita tak berhenti-henti bercerita tentang kuih akok kampung Cina yang di katakan sangat sedap!
" sedap kak ita kuih akok kat kampung Cina tu.. ya Allah kalau makan panas-panas sedap sangat.. lembik-lembik sikit dalamya.. tu yang sedap tu.. " kata Aluya yang membuatkan ita telan air liur
" kalau makan sejuk lagi sedap" sampuk Dora pula.
" yang kat Pintu Geng tu lagi sedap kak cik.. yang tu banyak telur.. lembut aje kak cik.. Dora suka makan sejuk-sejuk.. sedapnya lah.. " galak Dora bercerita.
Ita yang dok di belakang hanya menelan air liur aje.. rasa nak menitik air liur membayangkan kesedapan Akok yang di ceritkan dua beradik ni.



Kerana ita ada kelas 2 hari di UMK, ita tak berkesempatan lagi nak jalan-jalan cari makan. Biasa ita suka rasa masakan Kelantan. Banyak makanan tradisi Kelantan yang perlu ita pelajari. Kebetulan suami ita cukup mengemari kuih tradisi Kelantan.

Pagi sebelum ke UMK , kami singgah di Pasar Siti Khadijah, suami ita cari kuih-muih tempatan untuk sarapan pagi. Ita cuba pesan akok kerana nak sangat merasa. Bila dapat tak sabar nak merasa. Alamak, bau hanyir semerbak buatkan tekak ita terus tak boleh terima.
" yang ni tak berapa sedap kak ita.. nanti kita beli kat kampung Cina" kata Aluya yang mungkin tahu cerewetnya tekak kakak ipar dia yang satu ni..


Ita cukup berhati-hati sebenarnya nak makan kuih Kelantan terutamanya yang menggunakan telur. Rata-rata kuih Kelantan banyak menggunakan telur itik. Telur itik memang cukup terkenal dengan bau hamisnya, itu yang buatkan selera seringkali terbantut.

Dua hari ita pesan dengan suami belikan kuih akok di Kampung Cina, dua hari juga dia datang berlenggang..
" Allah... terlupalah.." kata suami sambil menepuk dahi

Hari ketiga di Kota Bahru, setelah dua hari di UMK, barulah hari ini ita dapat rehatkan minda sambil jalan-jalan sambil cari makan. Macam biasa bila ke Kota Bahru, kami sekeluarga suka jalan-jalan pusing-pusing.. cari makan sambil menikmati pemandangan kampung halaman yang masih kekal dengan tradisinya. Tenang dan mendamaikan. Sepanjang jalan kami berborak, maklumlah lama benar tak berjumpa.. macam-macam cerita dengan gelak dan hilai tawa yang tak kering gusi di buatnya. Hilang kerinduan bila berkumpul dan bersembang bersama.
" singgah kejap abang ki... Dora nak beli akok " kata Dora bila sampai di simpang kampung Cina.
Wah masing-masing dah tak sabar nak merasa.. maklumlah dah berapa hari mengidam..
Sekali lagi hampa..
" dah habis lah kak ita.. " kata Dora.
" ramai orang beli.. dah tambah berapa adunan pun habis.. kata mak cik tu.. musim cuti macam ni lah.. ramai sangat orang memang tak dapat nak merasa.. cepat betul habis " sambungnya lagi..

Walaupun sedikit kecewa, tapi ita harap ita dapat juga merasa sebelum pulang ke JB nanti.

Selepas bersalaman, kami pun berangkat pulang. Sampai di simpang Kampung Cina, suami memberhentikan kereta. " tengok jap ada lagi tak akok" kata suami ita yang mungkin tak mahu isterinya kempunan.
Alhamdulillah, dapat juga ita merasa. Memang sedap sangat akok kampung Cina, lembut makan pula masa panas-panas memang sedap!. kali ni tak ada bau hanyir, harum semerbak bau pandan yang buatkan berketul-ketul juga masuk ke mulut. Sempat juga suami belikan sedikit untuk adiknya Aluya. " takut kempunan.. " sampuk suami bila bungkusan akok di hulurkan.
" wah.. dapat jugak merasa.. ingatkan dah kempunan tadi" balas Aluya dengan senyum yang meleret.


Hari ini ita cuba buat akok ita sendiri. Kerana rasanya yang sedap teringin ita sediakan untuk suami tersayang. Kali ni rasa air tangan isterinya pula ya.. harap menjadilah akok ita ni..

Resepi ni ita ambil dari Cikgu Wan , yang menurut Cikgu Wan dari blog Azie. Cikgu wan ada olah beberapa sukatan bersesuaian dengan kuih tradisi sebenar Kelantan. Ita ikut cara cikgu Wan, cuma ita tak guna air kelapa kerana payah nak mencari air kelapa. Santan pun ita guna santan kotak KARA aje.. haraplah ianya menjadi dengan sempurna.

Untuk satu adunan dapat dalam 12 ketul acuan muffin. Ita buat 2 adunan dan dapat 24 ketul acuan muffin puas makan. Kalau keluarga ramai, dan suka kuih tradisi ni.. boleh lah buat 2 adunan. Tapi kalau sekadar nak merasa, buat 1 adunan pun dah mencukupi.


Kalau orang Kelantan buat kuih ni menggunakan nisan, kalau tak ada boleh gantikan dengan gula Melaka. Kalau guna gula Melaka tambah sikit gula pasir.
Untuk menghilangkan rasa hanyir, ita buang mata telur supaya tak hanyir. Ada yang kata tali pusat, ada kata mata. Ianya adalah lendir putih yang selalu melekat pada kuning telur. Klaau tak buang nanti hanyir pulak. Ita juga kisarkan daun pandan dengan santan, supaya harum bau kuih ni nanti.

Jom ita tunjukkan caranya. Mudah aje nak buat, tapi kena ada caranya kalau tak tak menjadi nanti.


KUIH AKOK
Resepi Oleh : Azie
Rujukkan : Cikgu Wan


6 biji telur ayam ~ buang tali pusatnya untuk hilangkan hanyir
200 ml santan pekat ~ ita guna 100 ml santan KARA + air untuk dapatkan 200 ml
100 ml air ~ sebaiknya air kelapa
150 gm nisan atau gula Melaka
2 sudu besar gula pasir
30 gm tepung gandum
1 helai daun pandan di simpul
1/2 sudu teh garam
4 helai daun pandan


Masak nisan atau gula Melaka bersama gula, air dan daun pandan yang telah di simpul hingga gula larut.
Sementara itu ambil 4 helai daun pandan, potong halus, masukkan dalam blender dan kisar bersama santan


Bila gula dah larut, tutup api, tuangkan santan yang di kisar bersama daun pandan tadi.
Kacau rata dan biarkan suam
Kemudian di tapis

Masukkan telur, tepung dan garam dalam blender dan kisar hingga rata.
Tuangkan adunan telur ke dalam adunan gula nisan dan gaul rata.
Kemudian tapis


Adunan akan berbuh-buih macam dalam gambar. Buih ini harus di buang supaya akok kita cantik kedutannya. Jika tak buang nanti kedutnya tak cantik dan permukaan akok juga tidak cantik.


Adunan akok ni memang cair ya. Inilah adunan akok yang telah di buangkan buihnya.


Sediakan loyang muffin. Griskan loyang dengan minyak.
Panaskan oven, pada suhu 200 C api atas dan bawah
Masukkan acuan muffin yang telah di sapukan minyak dan panaskan 15 minit.
Kemudian tuangkan adunan akok kita tadi 1/2 acuan
Bakar selama 20 minit


Inilah rupanya akok bila di bakar. Dia akan naik mengelembung dan buncit-buncit. Bila dah masak keluarkan dan ia akan berkedut-kedut bila dah di keluarkan dari oven.




Tadaaa.... dah pun siap akok ita. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya. Wangi dan harum semerbak. Lembut aje..


Inilah rupa dalamya, ia macam bersarang sikit. Lembik-lembik atau lembut aje.. Sedap makan panas atau sejuk.

Selamat mencuba!


10 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kuih kegemaran sy dan anak wpun kami org Johor.. hehehe. Suka cari yg kedut2 ni.. sedap. Kalu ke Kelantan sy suka beli akok yg dibakar cara tradisional.. phewwww.. sepuluh biji tak cukup.. huhu

Bearcat said...

Terima kasih kak utk resepinya. Dah lama teringin nak buat akok.

Cik Puan Rann said...

Sedapnya, dh lama x makan kuih akok...

rafidah yacob said...

You had me at 'buncit-buncit' hahaha...cantik dan menarik jln cerita kak ita.

- dieyana - said...

Kata org2 tua kat kampong, lg berkedut, lg sedap..hiihih

kat kg kami, akok sedap kat Kg Salor, insya-Allah tiada bau telur/hanyir, saya pun tk suka kuih yang berbau hanyir..;-))

Nurulati Jamaludin said...

Lagi kedut akok ni sebenarnuya lagi sedap....Tak Cuba resepi kak Ita ni...Macam terliur pulak tengok...

ajos said...

cantik gambarnya guna kamera apa ni...

ashiah yusof said...

Akok salor mmg tbaik

Mud Bahulu D'Qaseh said...

Untuk rasa akok yg sbnar..gna santan ori...santan kotak xrsa sgt lmaknya..

Aniza Beegees said...

Tenkiu,x sabar nk buat

Powered by Blogger.