Follow if you like

Jan 15, 2016

Tumis Sayur Campur


Menu yang ringkas untuk hidangan harian.
Bagi pengemar sayur pastinya mencari hidangan sayur yang mudah dan ringkas di sediakan.
Tumis sayur campur terhasil.. bila banyak sayur berbaki dalam peti ais. Nak masak untuk satu hidangan bagi satu jenis sayur pastinya tidak mencukupi.. bila nampak ada sawi lebih goreng mee.. ada baki sayur cemndawan.. ada baki kobis buat nasi goreng.. di satukan di tumis maka terhasil lah tumis sayur campur.. Jimat kan.. dapat juga mengelakkan pembaziran.

Sebenarnya tak kisah sayur apa yang berbaki dalam peti.. semua boleh di gabungkan untuk di jadikan satu hidangan buat keluarga. Selain elak pembaziran.. ia juga hidangan yang enak untuk di nikmati


TUMIS SAYUR CAMPUR

Apa-apa sahaja sayur yang ada ita guna sawi, kubis dan cendawan
1 batang lada merah ~ di hiris
Minyak untuk menumis
air secukupnya
garam secukup rasa

Bahan Kisar atau tumbuk

3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar ikan bilis

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan tumbuk hingga harum.
tambahkan sedikit air
Biar didih
masukkan sayur yang telah di potong dan di cuci bersih
Perasakan dengan garam
Masak sebentar sahaja untuk khasiat sayur yang lebih baik
Angkat dan hidangkan




1 comment:

Jannah Najiha said...

Asalamualaikum kak. Saya suka sangat makan sayur tapi tak berapa mahir dengan masakan sayur. Selalunya sayur tumis campur2 ni jelah sebab senang. Campur ajelah apa yang ada. :)

Powered by Blogger.