Follow if you like

Jan 6, 2016

Tumis air, taugeh dan cendawan


Pasti sekarang ni anda sekeluarga sedang menikmati makan tengahari. Masak apa hari ni? ada hidangan yang istimewa?
Macam biasa menu atau hidangan makan tengahari ita serba ringkas, tidak terlalu berat dan menepati selera kami. Seperti biasa juga hidangan sayur-sayuran adalah satu keutamaan dalam sajian yang ita hidangkan.

Hari ni, ita masak tumis taugeh dengan cendawan. Dulu ita tak pandai masak campur-campur macam ni tau! biasa kalau cendawan.. cendawan aje.. kalau taugeh.. taugeh aje.. Tapi bila ita dah berumahtangga, ita banyak belajar dari ibu mertua. Rupanya bila campur-campur lagi sedap dan meriah. Lauk pun nampak menyelerakan bertambah ada warna-warni sayur-sayuran yang menghiasi pinggan hidangan.




TUMIS AIR TAUGEH DAN CENDAWAN

1 mangkuk taugeh ~ buang akarnya dan cuci bersih
1 mangkuk cendawan ~ di siat-siat
Daun kucai ~ secukupnya dan di potong 1 inc
1 batang cili merah ~ dihiris
1/2 batang lobak merah ~ di hiris
garam secukup rasa
Air secukupnya

Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering

Panaskan minyak dalam periuk
Tumiskan bahan kisar hingga harum
Tambahkan air dan masak hingga didih
Masukkan lobak merah dan cendawan
Perasakan dengan garam secukup rasa
Akhir sekali, masukkan taugeh, cili merah dan daun kucai
Biar sebentar dan sedia di hidangkan






3 comments:

adda syuhada said...

wahhhhhh sedapnyer....

Gee® said...

Ita! gee pun suka sayur begini... digandingkan dgn ikan goreng sama sambal belacan...pergh! bertinbun2 makan nya...kan?

Suraini Boli said...

Blog yg memberi byk ilmu..tq uta.

Powered by Blogger.