Follow if you like

Jan 3, 2016

Sawi tumis sos tiram


Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. maklumlah Dalili dah mula bersekolah. Masak yang ringkas-ringkas sebab Dalili sekolah petang.. Tahun ni juga dia berazam nak bawa bekal ke sekolah katanya.. makanan yang jual di kantin, kurang berkhasiat.. hihi sejak bila pulak Dalili pandai makan makanan berkhasiat ni.. selalu main belasah aje...  Lagi pun malas katanya nak beratur dan bersesak-sesak untuk beli makanan di kantin. Mak masak yang ringkas-ringkas aje.. kita nak alas perut aje.. katanya lagi..

Ita masak sawi kecik-kecik ni tumis sos tiram aje.. gorengkan ayam untuk anak-anak , goreng ikan kembung untuk suami.. mahal betul ikan kat pasar.. dan tak banyak pilihan.. kembung pun dah RM 17.00 sekilo. Ita buat sambal belacan untuk suami dan masak lauk kari ayam untuk gulai kami hari ini. Alhamdulillah rezeki hari ini.. cukuplah sekadar mengalas perut dan menghilangkan kelaparan..




SAWI TUMIS SOS TIRAM

1 ikat sayur sawi ~ di potong dan cuci bersih
1 batang lada merah ~ di hiris
2 sudu besar sos tiram

Bahan kisar

4 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga harum
Tambahkan air dan sos tiram
Masak hingga didih
Masukkan sayur dan cili
Perasakan dengan garam secukup rasa
Angkat dan hidangkan




No comments:

Powered by Blogger.