Follow if you like

Jan 5, 2016

Sambal Berlado Feat Cabe Thailand


Rumah ita boleh di katakan setiap hari mesti ada sambal.. kalau tak sambal tumis, pasti sambal belacan menjadi pembuka selera hidangan makan tengahari kami sekeluarga.

Ita juga suka mencuba pelbagai resepi sambal belacan. Yang paling ita suka sambal belacan versi dari Indonesia. Sambal belacan Indonesia semuanya boleh di katakan sedap-sedap dan enak-enak belaka. Mungkin masyarakat kita yang serumpun membuatkan selera dari Indonesia tidak banyak berbeza dari kami di Malaysia.

Hari ini satu lagi resepi sambal belacan dari seberang yang ita cuba. Ternyata enak dan sedap di makan bersama ikan goreng, sayur, ulam-ulaman dan lauk asam pedas yang ita sediakan untuk keluarga hari ini.

Menurut kata tuan empunya resepi, kali ini beliau menggunakan cabe atau cili dari Thailand yang di katakan lebih pedas berbanding cabe atau cili dari Indonesia. Kalau di Malaysia ni, memang rata-rata cili di import dari Thailand, jadi kami dah biasa dengan cili yang pedas.. lagi pedas lagi berasap telinga..




SAMBAL BERLADO FEAT CABE THAILAND

100 gm cabe atau cili api Thailand
8 biji buah tomato segar
250 gm bawang merah
sedikit minyak mengoreng ikan ( minyak bekas goreng ikan )
4 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula
1 inc belacan bakar ~ ita tambah
1 sudu besar cuka makan
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya

Panaskan sedikit minyak bekas goreng ikan dan gorengkan cili api, bawang merah, tomato dan belacan hingga layur
Angkat biarkan sejuk sebentar
Tumbuk atau kisar bahan yang di goreng tadi hingga lumat
Perasakan dengan garam dan gula
Perahkan jus limau kasturi dan cuka makan
Sedia di hidangkan









1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kak Ita.. sambal belacan ni lagi pedas lagi sedap, kan. Sy pun suka sambal belacan indonesia.. dorang banyak gunakan tomat dalam sambal kan. Baru-baru ni sy makan sambal belacan dari Tganu yg guna cili padi kampung, fuhhhh.. tebal bibir jadinya.. hahah

Powered by Blogger.