Follow if you like

Jan 11, 2016

Kelas pertama di tahun 2016


Alhamdulillah.. akhirnya kita bertemu semula di kelas Deco Korean Flower Buttercream Modul 1 untuk kali pertamanya di tahun 2016. Terima kasih kepada yang sudi hadir ke kelas ita yang tak seberapa ini. Mohon maaf andai ada sebarang kekurangan atau kekilafan di pihak pengurusan.

Kelas pertama ni rata-rata ramai yang datang dari luar Johor. Terima kasih sudi hadir walaupun terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh. Ada yang datang dengan keretapi.. ada yang naik kapal terbang dan juga memandu bersama keluarga. Terharu ita di atas kesudian anda semua untuk bersama ita mempelajari deco kek Korean yang semakin mendapat tempat di hati pengemar-pengemar kek decorasi buttercream.



Ita doakan semoga semuanya selamat sampai ke rumah.. dan dapat mempraktikkan apa yang ita ajarkan. Semoga sedikit ilmu yang ita kongsikan dapat di maanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Kena selalu praktis untuk menambah baik dan memahirkan lagi..

Jom kita skodeng aksi pelajar dalam kelas ita.. :)
















Kelas Deco Buttercream korean Flower untuk bulan Febuary kini di buka.
Sebarang pertanyaan kelas boleh wassap 017~7279179





3 comments:

ayunidati said...

halla seronoknya.... bestnya kalo ade masa...

zeera lily said...

kat mana kelas ni kak..
seronoknya..
teringin sgt nk belajar buat kek...

Noor Ila said...

Tahniah Puan Azlita. Semoga Allah memberi ganjaran atas ilmu yang dicurahkan. Kalu dekat mau je saya join. Kagum dengan kehalusan seni menghias puan.

Powered by Blogger.