Follow if you like

Jan 3, 2016

Kari Ayam Berkerisik


Bagi pengemar ayam, satu lagi resepi kari ayam untuk di cuba.
Resepi yang mudah dan ringkas dengan bahan yang sangat minima.
Macam biasa kalau kat rumah ita, ayam adalah merupakan hidangan yang cukup di gemari oleh anak-anak. Tapi macam biasa, ita kena goreng dulu ayam baru di masak. Kalau tidak ayam tu akan tergolek-golek tidak di usik.

Resepi ini mudah, ringkas, sesuai untuk ibu-ibu yang mengejar masa, terutamanya bila anak-anak dah mula bersekolah. Hidangan yang di gemari rakyat Malaysia. Kali ini ita cuba resepi kari dengan kerisik pula. Wah! lagi sedap terasa lemak manis rasa kerisik tu.. Anda pun boleh cuba!




KARI AYAM BERKERISIK
Resepi Oleh : iResepi

1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan cuci bersih
* seperti biasa, ita gaul dahulu dengan garam dan kunyit kemudian di goreng separuh masak
2 biji ubi kentang ~ di potong baji
3 sudu makan serbuk kari daging
1 peket kecil kerisik
1 kiub ayam
garam dan gula secukup rasa
3 tangkai daun kari ~ di raut
1/2 cawan santan
air jika perlu
Rempah tumis 4 sekawan ~ kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan biji pelaga

Bahan hiris
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inc halia

Panaskan minyak dan tumiskan, rempah tumis dan daun kari hingga harum
Masukkan bahan hiris dan tumis hingga wangi
Masukkan serbuk kari dan masak hingga garing
Tambahkan air jika terlalu kering dan masak hingga terbit minyak
Masukkan kentang dan ayam
Masak hingga kentang empuk
Masukkan kiub ayam dan kerisik dan kacau rata
Akhir sekali masukkan santan dan perasakan dengan garam
Biarkan merenih sebentar
Angkat dan hidangkan



Powered by Blogger.