Follow if you like

Jan 14, 2016

Ayam Masak Palembang


Hari ini ita masak ayam masak Palembang. Resepi ini juga ringkas dan mudah di sediakan. Sebelum ini ita pernah juga buat resepi ayam masak Palembang di SINI , resepi hasil rujukkan di My Resepi. Kali ini ita cuba resepi yang di kongsikan oleh kak Rose. Resepi ini dah ramai yang cuba rasanya, tapi tuan empunya asal ita tak pasti. Resepi yang ita ambil dari dapur kak Rose ini telah di olah oleh kak Rose. Sedap resepi ni.. ada kelainan sedikit bila resepi kali ini menggunakan sos tiram dan air asam jawa. Itulah yang membangkitkan lagi dan menyedapkan lagi resepi ayam masak Palembang ni..

Kalau tak caya boleh cuba! memang sedap.. anak-anak makan pun bertambah--tambah. Cara memasaknya pun mudah dan ringkas dengan bahan yang simple dan mudah di sediakan. Jom lah cuba!




AYAM MASAK PALEMBANG
Rujukkan : Kak Rose

1 ekor ayam ~ di potong, cuci bersih dan gaulkan dengan garam dan kunyit. Kemudian di goreng setengah masak, angkat dan ketepikan

5 sudu besar kicap manis ~ boleh kurangkan jika tak nak kuah hitam
1 sudu besar sos tiram
1 cawan santan
1 tangkai daun kari ~ di raut
2 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
air jika perlu
minyak untuk menumis

Bahan Kisar

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
15 - 20 tangkai cili kering ~ rendam lembut
2 inc halia
2 batang serai ~ ita 1 kisar dan satu lagi di titik

Ambil sedikit minyak goreng ayam dan panaskan
Tumiskan bahan kisar, serai dan daun kari hingga harum dan garing
Bila dah garing masukkan kicap manis dan sos tiram
Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air
Bila dah merenih masukkan ayam
Masukkan asam keping , santan dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Biar merenih dan kuah pekat
Angkat setelah masak dan hidangkan






2 comments:

Syira Lokman said...

nak try buat laa...nampak sedappp

Fazidawani Ari said...

sedap nampaknya...boleh cuba nie.http://ddiamondvitshop.blogspot.my/banana-oat-smoothie.html

Powered by Blogger.