Follow if you like

Jan 27, 2016

26 Jan ber Kpop lagi kita...


Hujan yang membasahi bumi menyambut kedatangan kami ke Starhill Golf And Country Club pagi kemarin. Kabus dan dingin angin sepoi-sepoi, menyegarkan lagi suasana pagi di padang golf yang terbentang luas menghijau.

Teruja menyambut kedatangan pelajar sejauh dari Irland , Singapura, Kuala Lumpur, Semenyeh, Kluang , Pontian dan juga dari Pasir Gudang. Semoga apa ilmu yang kita sama-sama pelajari hari ini, memberikan seribu maanfaat dan kebaikkan kepada kita semua.




Alhamdulillah kelas berjalan dengan lancar, walaupun pada awal kelas agak perlahan kerana pelajar masih lagi cuba menyesuaikan dengan keadaan dan situasi. Walaupun semuanya baru di perkenalkan dengan bunga buttercrean namun hasilnya sangat membanggakan dan memuaskan hati ita. Belajar bukan satu hari boleh pandai dan cantik! kita kena selalu praktis dan praktis.. jangan berhenti praktis jika inginkan hasil yang lebih baik lagi. Ita pun mengambil masa yang lama untuk mahir.. hingga saat ini ita juga masih lagi belajar dan terus belajar. Sama-samalah kita teruskan minat dan seni yang ada agar ianya terus mekar seindah bunga-bunga Korean yang berkembangan..




Hari ini pihak Starhil Golf And Country Clup Menyajikan hidangan yang sungguh lazat wah! terujanya...
Sarapan pagi kami di sajikan dengan Fried Kway Teow dan Fried Wantan bersama secangkir cofee atau tea.
Makan tengahari kami pula di hidangkan dengan Nasi Ambeng.. wahh...! lama dah mengidam nak pekena nasi ambang.. akhirnya di sini segalanya... Set nasi ambeng bersama steam rice, beef rendang, sayur sambal goreng, serunding, ikan masin dan mee goreng serta minuman tengahari ialah air anggur.
Dessert kita pula di hidangkan dengan green tea ice cream bersama red bean sejuk dan menyegarkan..
Terima kasih kepada pihak Starhill Golf And Country Club atas hidangan yang lazat dan layanan yang cukup memuaskan hati..
Bagi anda yang teringin mengadakan jamuan, event, competition , atau nak makan santai-santai ala Jepun bolehlah berkunjung ke Starhill Golf And Country Club. Boleh juga bawa anak-anak beriadah di water park yang di sediakan.

Jom kita intai kelas hari ni pulak .. apalah yang cik kak - cik kak kita ni buat dalam kelas.. jom kita intai!





Masa untuk clik! clik! clik!























Terima kasih semua...
Kepada yang jauh , memandu dengan berhati-hati.. semoga selamat sampai ke pangkuan keluarga tersayang.
Salam sayang daripada kak ita dan keluarga Masam Manis dan semoga kita berjumpa lagi.. insyaallah..


Kepada yang ingin menyertai kelas deco buttercream Korean Flower boleh hubunga pa saya di wassap 017 7279179 untuk pertanyaan kelas dan jadual.








Powered by Blogger.