Dec 28, 2015

Kelas 27 Dec 2015


27 Dec 2015, hari ini sekali lagi ita akan berhadapan dengan pelajar yang terdiri dari adik-adik ita, yang ingin mendapatkan sedikit ilmu yang ita ada. Matahari yang memancar terik menyambut kedatangan para pelajar dengan senyum meleret dan semangat yang membara.. Mereka benar-benar bersemangat pagi itu untuk menuntut ilmu..

Doa hanya mengiringi ita semoga apa yang ita kongsikan buat mereka dapat menjadi bekalan dan sedikit sebanyak dapat memberikan ilham dan inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan deco kek yang terbaik.

Dec 25, 2015

Kelas 23 Dec 2016


Alhamdulillah syukur... ke hadrat Allah swt bilamana kelas pertama ita pada hari Rabu 23 hb Dec 2015, berjalan lancar. 
Cuaca pagi yang cerah, dan mendamaikan menyambut kedatang kami di Bricks Cafe. Terima kasih kepada pihak pengurusan Bricks Cafe yang bersusah payah, menyediakan ita tempat dan kemudahan yang selesa untuk ita mencurahkan ilmu. 
Sekarang barulah ita tahu, bahawa bukan mudah nak mengadakan kelas, komitmen harus di berikan 200 % supaya hasilnya nanti dapat memberikan keseronokkan kepada para pelajar.
Dah lama sebenarnya ita di minta untuk adakan kelas.. Ita juga banyak kali pergi kelas sebelum ini, dari situ ita banyak belajar mana yang baik dan mana yang buruk. Insyaallah ita semakin cuba untuk memperbaiki lagi segala kelemahan, maklumlah ita baru pertama kali melangkah ke dunia luar. Kalau sebelum ini ita lebih selesa berkongsi di alam maya, kini ita muncul di alam nyata pula untuk memberikan tunjuk ajar. Ita harap ianya memberikan impak yang besar dan manfaat untuk anda semua.. Besar harapan ita agak mereka yang keluar dari keals ita nanti akan terus mahir untuk mendeco kek. Semoga berjaya di luar sana.. dan berjaya mengapai impian yang di harap-harapkan..

Dec 14, 2015

Daim Cake


Lama dah anak-anak minta buatkan kek yang satu ni.. tapi tak berkesempatan lagi nak buat atas faktor kekangan masa akhir-akhir ini. Rakan-rakan fb juga ada minta ita tunjukkan bagaimana nak sediakan kek yang sangat sedap dan di minati ramai.

Kek Daim ni adalah kek yang popular dan di jual dengan larisnya di IKEA. Tapi yang ita punya ini bukanlah original resepi IKEA, ianya hanyalah ala-ala sahaja.. tapi ita pasti bila dah menikmati sepotong kek ni.. anda pasti takkan berhenti menikmatinya cebisan demi cebisan.. sunguh mengasyikkan...


Kek dalam kepingan yang nipis di lapisi kastard yang yummy dan limpahan coklat bersama croqun dan taburan Daim coklat yang mewah.. aduh! tak berketik kata orang... selagi tak licin dalam piring selagi tu tak nak bangun...

Memang sangat-sangat sedap! Ita boleh habiskan sebuku kek ini dalam masa beberapa mintit sahaja.. wahhhh.... manalah badan tak makin montok!

Resepi hasil pembelajaran ita dari sifu yang sangat ita hormati, kagumi.. dan di sayangi ramai.. Tapi ita olah ikut citarasa ita dan keluarga. Terima kasih atas tunjuk ajar mu sifu... semoga sifu senantiasa dalam rahmat Allah selalu.. dan beroleh kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.
Kepada teman-teman ita juga.. ita minta panjatkan doa agar sifu ita ini senantiasa di berikan kesihatan yang baik .. agar beliau terus menaburkan ilmu yang beliau miliki.


Pada yang berminat nak belajar buat kek.. jangan segan.. jangan malu.. dari zero anda akan become a hero.. percayalah.. dengan ilmu beliau yang luas.. pengalaman yang bertahun dalam dunia masakan tidak hairan jika anda juga akan menjadi hebat selepas mendapat tunjuk ajar dari beliau.. Ita juga dulu zero.. tak tahu apa.. tapi bila menuntut ilmu dari beliau.. ita bangga dengan diri ita kini.. anak kampung yang tak tahu masak.. kini ita boleh membuat sendiri kek untuk keluarga.. cakap aje.. nak makan kek apa.. insyaallah segala permintaan anak-anak dan suami ita sedaya upaya cuba tunaikan..

Jangan lepaskan peluang anda berguru dengan beliau.. ruginya.. tak dapatkan ilmu terbaik dari beliau.. Untuk dapatkan info lanjut.. hubungi FB beliau di SINI


DAIM CAKE

KEK SPAN HAZELNUT

3 biji telur
60 gm gula halus
1/4 sudu teh esen vanilla
3 biji telur putih
1/4 sudu teh tartar
30 gm gula halus
30 gm tepung cake
75 gm Hazelnut Ground
30 gm butter


Butter di cairkan
Putar kuning telur , gula ( 60 gm ) dan esen vanilla hingga kembang
Dalam bekas lain, putar putih telur bersama tartar hingga berbuih.
Masukkan gula ( 30 gm )perlahan-lahan dan putar lagi hingga kembang dan kaku
campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Masukkan tepung dan hazelnut ground dan kaup balik rata
Akhir sekali tuangkan butter yang telah di cairkan

Sediakan loyang ukuran 8 inc dan lapik kertas pembakar dan oleskan minyak
Tuangkan adunan kek dalam loyang
Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit ( oven perlu di panaskan 15 minit awal )
Bila dah masak angkat dan sejukkan atas redai
Bila dah sejuk kek, potong kepada 2 kepingan

Sekarang kita sediakan kastard pula



KRIM KASTARD

250 ml susu segar
50 gm gula halus
40 tepung jagung
4 biji kuning telur
40 gm gula
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla



Satukan kuning telur, tepung jagung, esen vanilla, secubit garam dan 40 gm gula halus hingga berkrim
Susu dan 50 gm gula di masak hingga mendidih
Bila dah didih tuangkan dalam adunan kuning telur dan terus putar hingga sebati
Masak sebentar atas dapur dengan api perlahan sambil senantiasa di kacau hingga sedikit pekat
Jangan guna api besar ya, nanti bergentel. Jika bergentel jangan panik, masukkan semula dalam mesen pemutar dan putar hingga lembut

Bila dah siap anda kena cepat-cepat sapu atas kek tadi, jika lambat kastard akan mula mengeras dan sukar nak layer pada kek nanti

Lewtakkan lapisan kek dan sapukan kastard
Lapik dengan satu kepingan lagi dan sapukan kastard pada keseluruhan kek
Sejukkan dalam peti ais sebentar
Sementara itu kita sediakan croqan

CROQAN

100 gm badam cincang
100 gm gula halus
20 gm butter

masukkan badam cincang, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel
Kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan butter
Kacau rata hingga ia berderai
Sejukkan


GANACHE COKLAT

150 gm krim tenusu ~ dairy wipping cream
15 gm sirap glucos
250 gm coklat masakkan gelap
10 gm butter
10 keping coklat Daim ~ di cincang
Croqan

Didihkan krim dan sirap glucos
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut
tambahkan butter
kacau hingga adunan licin dan berkilat
Akhir sekali campurkan croqan dan gaul rata ( ambil sedikit croqan larikan untuk tabur atas kek kemudian )


Salutkan kek dengan ganashe coklat tadi dan taburkan coklat daim yang telah di cincang di atasnya.
Ambil sedikit baki croqan dan taburkan atas kek
Sejukkan
Potong dan sedia di nikmati







Dec 11, 2015

Hummingbird Cake


Hummingbird cake merupakan kek yang cukup popular di US. Kek yang cukup di minati dan cukup mudah cara penyediannya.
Kek ini di katakan berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an. Pada asalnya namanya ialah Doctor Bird Cake mengambil sempena nama burung yang popular di sana. Ianya kemudian di namakan Hummingbird bersesuaian dengan burung tersebut yang kerjanya menghisap madu..

Oleh kerana itu.. kek ini dikatakan manis dan penggunaan buah-buahan dan kekacang dalam bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kek ini yang menjadikan rasanya sangat enak.. bila di nikmati.

Tahukah anda untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesi pemutar. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata.. Sepatah kata suami ita seakan terawang-awang bila dapat menikmati sepotong kek yang enak ini.

Buttercream Flower Cake







Untuk tempahan sila wassap 017 7279179
Sesuai untuk hantaran perkhawinan, pertunangan mahupun ulang tahun.





Dec 7, 2015

Red Velvet Cheese Brownies


Lama tak bersiaran, maaflah ita sibuk sikit kebelakangan ni.. Sibuk dengan tempahan kek dan sibuk juga siapkan barang-barang untuk kelas pertama ita bersama Kementeria Belia dan Sukan Johor. Banyak barang nak kena beli.. maklumlah baru pertama kali nak anjurkan kelas.. Ita pun bedebar-debar jugak ni.. Bedebar nak menanti hari yang di tunggu-tunggu tu.. risau jugak bila nak mengajar ni.. ita pun bukannya pandai sangat.. masih lagi bertatih dan banyak lagi yang ita kena belajar.. Ita harap semuanya berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang telah di rancang.

Ok bila dah lama tak bersiaran.. hari ini ita kongsikan resepi brownies. Dah lama tak buat brownies kan.. Red Velvet Cheese Brownies ni dah lama meletup dulu... cuma ita aje yang tak berkesempatan lagi nak mencuba. Tak banyak beza dengan rasa kek red velvet yang lain.. cuma ia di buat untuk brownies yang mudah di nikmati dan di hidangkan. tak perlu deco bagai... dan sesuai untuk hidangan minum petang atau jamuan ringan.


Keknya simple dan cara penyediaannya juga mudah dan ringkas.
Resepi dari Sheila tapi ita ikut cara ita dan mana yang mudah aje.
Ramai yang sukakan red velvet kan..? tapi ramai juga yang kata bila buat kek red velvet rasanya pahit.
Sebenarnya red velvet ni rasanya memang sedikit pahit, oleh kerana itulah ianya di gandingkan dengan lemon cheese supaya dapat seimbangkan rasanya. Itulah sebenarnya keistimewaan red velvet. tapi macam biasa lidah kita orang Melayu ni.. dia kadang tak berapa biasa.. sama juga macam ita lah kan.. Oleh itu bila ita buat red velvet ita tak letak cuka atau soda, kerana dua bahan ini yang membuatkan rasanya sedikit pahit. Tapi terpulang pada masing-masing punya selera nak letak boleh tak letak pun boleh tapi rasanya akan berubahlah...

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.