Nov 25, 2015

Nasi Lemak Goreng


Nasi Lemak adalah sajian atau santapan yang cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Bila sebut aje nasi lemak semua tahu.. tak kiralah yang tua.. yang muda.. orang Cina ke.. orang India ke.. mahupun pelancung asing yang berkunjung ke Malaysia.

Rata-rata ramai yang mengemari nasi lemak. Aroma pandan dengan sambal bilis pedas, di tambah pula ayam goreng, telur rebus, timun dan kacang goreng.. sudah cukup lengkap rasanya untuk mengalas perut tidak kita seawal pagi mahupun lewat malam.

Kini muncul pula nasi lemak versi baru yang di pelopori oleh tukang masak yang juga popular di kalagan pengemar nasi lemak yang tak lain tak bukan... siapa lagi kalau bukan Chef Fauzey. Bagi mereka yang tinggal di Petaling Jaya, sudah pasti Nasi Lemak goreng sudah tidak asing lagi bagi mereka.

Nov 23, 2015

Churros


Satu lagi resepi yang sedang hangat di perkatakan dan sedang menjadi viral di media sosial. Resepi yang di katakan berasal dari Spanyol yang merupakan kudapan ringan untuk minum petang atau waktu bersantai.

Sekali pandang ianya kelihatan seperti cakoi, tetapi ternyata ia berbeza sama sekali. Mungkin rupanya sahaja yang agak mirip. Pada ita rasanya lebih kepada cream puff, kaedah penyediaannya dan resepinya hampir serupa,  cuma cara memasaknya sedikit berbeza. Jika cream puff di bakar sebaliknya pula bagi churros kerana ianya di goreng seperti donut.

Tapi rasanya pula tidak seperti donut ya.. donut dan cakoi hampir sama rasanya dan kaedah penyediaannya.
Jika donut di salut dengan gula, churros juga sama cuma gulanya di berikan rasa aroma cinimon yang membuatkan ianya lebih harum bila di nikmati.

Nov 22, 2015

Cerita semalam..


Cuti sekolah datang lagi..
Cuti hujung tahun yang agak panjang sebelum memulakan sesi persekolah baru. Bagi ibu-ibu.. bila cuti sekolah tugas semakin bertambah.. dapur tu tak pernah kering dengan pelbagai menu dan juadah untuk anak-anak.

Bagi anak-anak teruna yang nak mulakan fasa baru... kata orang nak jadi orang bujang.. pasti bedebar-debar kan.. maklumlah nak masuk jawi.. Tahu tak apa tu masauk jawi?. Kalau bahasa berkias tu orang kata masuk jawi, kalau kata yang lebih sopan.. berkhatan.. atau dalam bahasa mudah bersunat. Dah bersedia belum anak-anak di luar sana?

Nov 20, 2015

Lagi koleksi bunga Kpop


BerKpop lagi di hujung minggu.
Tempahan kali ini dari orang jauh nu di Kluang Johor. Sebenarnya ita tak ambil kalau tempahan jauh.. luar JB. Ita cukup risau dengan pengendalian semasa membawa kek nanti. Maklumlah pengalaman sebelum ini banyak mengajar ita agar lebih berhati-hati. Bimbang jika pisang berbuah 2 kali.

Tapi bila customer nak juga ita buatkan.. kecil tapak tangan niru ita tadahkan walaupun dalam hati risau bukan kepalang.. Bimbang akan keselamatan kek dan harap kek atan sampai dengan selamat kepada tuannya.

Nov 19, 2015

Puding Betik


Satu lagi yang menjadi keterujaan ita untuk mencuba... Puding betik hasil perkongsian adik-adik di group Masak Apa Hari Ni.  Rajin betul adik-adik kita ni mencuba pelbagai resepi. Macam-macam idea yang terlahir dan menjadikan dunia masakkan semakin ceria. Semakin ramai yang kini lebih suka memasak sendiri untuk keluarga. Di samping mencuba pelbagai resepi baru.. dapat juga bereksperimen dan mengolah bakat yang dah lama terpendam.

Rumah sekangkang kera... memang payah nak bercucuk tanam.. Kalau ada pokok yang tumbuh pun semuanya ibarat hidup segan mati tak mahu.. Terpaksalah merajinkan diri ke gerai buah-buahan untuk mencari buah betik yang masak ranum.

Nov 18, 2015

5 SOS Cake


Bila ita di minta buatkan kek untuk group 5 SOS, ita pun mula pening.. group apa pulak lah ni.. maklumlah dah lama ita tinggalkan dunia hiburan lebih lagi hiburan antara bangsa sejak meninggalkan bangku sekolah. Ita pun bukan minat sangat group-group muzik ni.. tak masuk dalam kepala ita.. mungkin bukan minat ita rasanya..

Nov 17, 2015

Bubur Biji Delima


Ada yang kata bubur ini berasal dari Thailand. Tapi versi Thailand ada sedikit kelainan kerana ianya menggunakan sengkuang Cina dan di panggil Tunb Tim Grob, manakala versi tempatan menggunakan tepung ubi. Ada juga yang menggunakan skoteng untuk menyediakan bubur ini dan di panggil locong. Walau apapun caranya dan kaedah penyediaannya ia lebih kurang sama dan rasanya juga enak!

Kebiasannya bubur biji delima di makan bersama santan, air gula, nangka dan isi kelapa. Ita pula menyediakan dengan sirap gula Melaka kerana ita lebih sukkan rasa lemak gula melaka dan harum pandan.

Sebenarnya ita tertarik bila melihat adik-adaik di group Masak Apa Hari Ni kongsikan resepi ini. Nampak menarik dan tergoda dengan kecantikkan kejadian biji delima yang mereka hasilkan. Bukan sahaja biji delima malah ada biji zamrud, nilam dan macam-macam warna lagi yang mereka sediakan. Semuanya adalah untuk menarik selera ketika di nikmati bersama keluarga nanti.

Nov 16, 2015

Jantung Pisang Goreng Pedas


Hari tu semasa menonton rancangan 5 rencah 5 rasa, ita ternapak lah beliau menyajikan resepi Jantung pisang goreng. Macam sedap aje napak pengacara tu menikmatinya. Sedap ke? ita memang tak pernah makan jantung pisang. Bila nampak tu terasa macam nak cubalah pulak.

Bila singgah pasar ita pun capailah seketul jantung pisang. Cukuplah seketul buat-buat merasa. Balik aje terus lah ita mencari resepi yang sesuai citarasa. Akhirnya ita mengambil keputusan untuk mencuba resepi dari mat. Nampak resepinya mudah aje.. tu yang ita nak cuba. Lagipula bila katanya goreng pedas mestilah sedap kan.. ita suka pedas-pedas

Sedap juga rupanya jantung pisang ni. Mula ita takut lah kelat ke..., sebab masa potong tu macam banyak getah bertali-tali.. tapi bila dah masak sedap pulak! habis ita ratah berdua dengan suami. Anak-anak memang lah tak makan kalau pertama kali nampak.. Tak sia-sia mencuba.. nanti nak masak lagi jantung pisang ni.. tapi cuba resepi yang lain pulak!

Nov 15, 2015

Bila suami ke dapur


Setiap kali ita sibuk dengan tempahan kek... tugas memasak di dapur di ambil oleh oleh suami dan anak-anak. Alhamdulillah kerana ita di kurniakan oleh Allah dengan insan-insan yang cukup memahami dan sangat bertolak ansur dalam setiap urusan.

Suami ita sememangnya pandai memasak. Kebolehan dan kecekapan suami memasak membuatkan ita terasa sangat tercabar dan membuatkan ita terus menerus mengali kemahiran memasak di dapur. Suami ita yang merupakan anak sulung bukan sahaja pandai memasak tapi beliau juga tahu semua bahan untuk memasak. cakap aje nak masak apa, beliau boleh membeli bahan yang di perlukan tanpa di berikan senarai barang yang di kehendaki.

Nov 14, 2015

3 tier weading cake


Tempahan kek kawin hari ini. Kek tiga tier tempahan dari pasangan pengantin, yang akan melangkah ke gerbang rumahtangga. Tema warna pastle colour ynag ceria untuk pasangan mempelai. Semoga rumahtangga yang bakal di bina akan kekal ceria dan harum mewangi bagai bunga-bunga yang berkembang. Terima kasih dan selamat pengantin baru daripada Azlita Masam Manis.

Nov 12, 2015

Pandan Gula Melaka Cup Cake dengan Italian Frosting yang sedap!


Dah lama ita berhajat nak membuat kek yang satu ini.. setelah melihat ramai rakan-rakan yang telah mencuba. Cuma.. macam biasalah bila dah hari-hari buat kek.. anak-anak dah tak mau makan kek lagi.. dah muak agaknya dengan bau kek setiap hari yang emaknya sediakan.

Bia ada customer minta buatkan kek pandan.. Ita terus teringatkan kek ini dan cadangkan pada customer untuk mencuba. Mujur customer ita ok! Alhamdulillah setakat ini ita mendapat customer yang tidak terlalu cerewet. Bisanya mereka serahkan semuanya pada ita.. mana yang terbaik ita rasakan.... mereka menerima dengan seadanya. Alhamdulillah...

Nov 11, 2015

Sambal Budu Pedas




Sambal budu ini ita gandingkan dengan ikan bakar makan dengan nasi panas, lauk lemak kubis dan ikan goreng. Makan pula bersama nasi hangat memang terangkat. Pulak cuaca hujan sejuk-sejuk ni lauk macam ni ajelah yang dapat mengenyangkan perut yang asyik berkeroncong di musim hujan.

Kubis Panjang Masak Lemak Putih


Hari ni masak yang simple jugak.. Ita masak sayur lemak kubis panjang. Sayur kubis ni kesukaan anak-anak. Tak kiralah nak goreng, tumis air atau masak lemak semuanya suka.
Kubis ni boleh di katogerikan sebagai sayur yang paling mudah di masak, tahan lama di simpan dan banyak khasiatnya.

Kebiasannya sayur ini cukup di gemari oleh orang cina. Kalau orang Melayu kita lebih suka kobis bulat. Kubis ni dia ada banyak jenis tau, ada kubis bulat yang berat dan ada kubis bulat yang ringan. Biasanya kubis bulat yang ringan tu lebih mahal dari yang berat. Satu lagi kubis panjang yang macam ita masak ni.. ada anak kubis atau baby kubis dia kecil-kecil dan lebih hijau. Dan bunga kubis yang sering di masak bersama tomyum.

Nov 10, 2015

Ayam Parethal


Sebenarnya ita tak ada idea tau nak masak apa hari ni.. Ayam dari peti ais dah di keluarkan, dah berapa kali cuci sampai putih melepak ayam tu.. di bilas.. sambil memikirkan menu yang sesuai untuk anak-anak. Inilah cabaran yang paling besar.. bila nak masak tapi tak ada idea..

Sambil kepala yang masih ligat fikir nak masak apa.. sempat juga dok jengah fb kejap.. mana tau ada rakan-rakan kongsikan resepi yang best..best.

Bagi pucuk di cipta ulam mendatang.. nampak pula Seri Kandi sharekan resepi Ayam Parethal oleh Sue Suraya. Kebetulan hari ini pulak hari Depavali.. eemmm... selera Depavali lah kita ya..

Bila tengok bahan semua ada pulak tu.. apalagi cepat aje ita capai bahan-bahan yang di perlukan.. Gedebus terus perap sekejap ayam.. tu. masak dia mudah aje.. tu yang cepat aje ita siapkan. .

Sedap tau resepi ni.. ada kelainan lah kan.. kalau tak asing ayam masak mera.. kari.. anak-anak pun dah mula jemu.
Tapi ita punya ayam Parethal ni tak pulak merah macam Sue punya... tak tahu mana silap.. atau mungkin cili serbuk ita tak merah kot... tak apalah janji sedap!

Kalau ada yang nak merasa.. ita kongsikan di sini pula. Terima kasih Sue.. kongsikan resepi yang sedap ni.. dapatlagi satu koleksi resepi ayam.

Nov 9, 2015

Tumis Kacang Panjang Telur Masin


Hari ni masak awal sebab nak ambil anak ita Amirul. Amirul baru habis praktikal di Tampin, jadi hari ni kenalah pergi Tampin dan abil barang-barangnya dan bawa pulang.

Ita masak menu simple aje hari ni.. tapi walaupun simple tapi masih sedap! Baru pertama kali cuba masak kacang panjang telur asin. Biasa ita masak udang atau ketam dengan telur asin, sesekali kita cuba menu baru pulak!

Nov 8, 2015

Air Batu Asam Kecut


Seperti biasa bila cuti sekolah menjelang .. pastinya ita akan penuhkan peti ais dengan jajan anak-anak. Walaupun biasanya hujung tahun, cuti sekolah berada di musim tengkujuh. Namun asikrim yang satu ini kata orang tak mengenal musim.

Inilah jajan ita masa kecik-kecik dulu. Biasa ita memanggilnya air batu asam kecut. Lebih popular dengan namanya air batu Malaysia dan di Indonesia pula lebih popular dengan es lilin. Kalau es lilin namanya itu boleh lagi di terima kerana bentuknya yang mirip lilin nan sebatang. Tapi kalau air batu Malaysia.. mungkin mengambil sempena nama tanah air yang tercinta. Sebenarnya ia air batu tempatan. Zaman dulu jarang anak-anak tempatan dapat menikmati ais krim yang lembut dan cremy macam anak zaman la ni.. Air batu Malaysia inilah yang di ngonges ke sana.. ke mari..

Nov 7, 2015

Hujung minggu dengan kek


Hujung minggu yang sibuk dengan kek. Maaf sebab minggu ni banyak kek yang ita tak dapat ambil gambar. Banyak customer yang ambil kek dah lewat malam dan ada yang awal pagi.Jjadi ita tak dapat nak snap gambar kerana kurang pencahayaan. Maaf lah ya kalau gambar tak berapa memuaskan kali ini.

Jom cuci mata dengan kek yang telah ita sediakan. Terima kasih kepada semua yang sudi tempah kek dengan ita.

Bagi yang berhajat untuk tempah kek, boleh wassap di talian 017 7279179. Manalah tahu nak tempah kek khawin.. maklumlah dah hujung tahun  ramai yang nak mendirikan rumah tangga. Atau kek hantaran atau ulang tahun. Boleh juga jika inginkan kek untuk meraikan ulang tahun perkhawinan atau menyambut cahaya mata.

Nov 6, 2015

Ais Krim Kelapa Pandan yang sangat sedap


Bila menonton Majalah 3 di TV 3 tempoh hari tentang aiskrim kelapa.. aduh.. memang mengences habis.. Terus terbayang aiskrim kelapa yang ita makan di Kota Bahru.. sedapnya lah aiiii... masih terasa-rasa kelemakkan dan harum kelapa pandan yang masih segar..

Kalaulah ita ada jet peribadi macam PM kita, mahu hari ini juga ita terbang ke Kota Bahru untuk menyejukkan tekak yang tak semena-mena termengidam.. Aduh! kenapalah.. di tunjukkan aiskrim kelapa ni.. tak sanggup lagi memendam rasa..

Nov 5, 2015

Lompat Tikam Kelantan


Kuih lompat tikam merupakan sejenis kuih tradisional yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di PahangKelantan dan Terengganu. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan.
Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan bersama air nisan atau gula kabung.
Berbanding dengan negeri lain, Lompat Tikam Kelantan lebih istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang berwarna merah sebagai highlight untuk menyerikan lagi dan membezakan ianya dari yang lain. Ada yang kata tambahan pulut itu adalah pengaruh dari Siam yang tak boleh berpisah daripada makanan berasaskan pulut.
Lompat tikam adalah makanan yang menjadi kesukaan ramai di Kelantan dan di makan tidak mengira masa. Di Kelantan ia di jual dalam bungkusan plastik dan sangat murah harganya jika di bandingkan dengan tempat lain. Kalau kat kampung ita di Kota Bahru anda masih boleh lagi membeli dengan harga 50 sen sahaja.. murah kan? tak pelik lah jika sampai aje ke Kota Bahru ini dululah yang di cari oleh suami ita.

Nov 4, 2015

Puteri Ayu Cheese


Satu lagi kuih yang dah lama teringin nak buat... tapi masih tak berkesempatan. Dan akhirnya semalam dapatlah ita melempiaskan hajat yang dah lama terpendam.
Resepi puteri ayu ini dah lama popular sedikit masa dahulu.. sekitar tahun 2013 dan di kongsikan oleh Zara yang menurut Zara resepi asal atau tuan empunya resepi adalah milik Hasnah Zakaria yang pernah kongsikan resepi ini di page Resepi Turun Temurun.  Lepas tu hilang seakan di hembus angin yang sepoi-sepoi.. gitu.. Dan kini ia muncul kembali mewarnai ruangan dapur dunia masakkan.

Ita sebenarnya tergoda dengan puteri ayu yang di kongsikan oleh Suriani Osman. Teruja sangat bila melihatkan puteri ayunya yang comel dan gebu-gebu. Tu yang tak sabar nak cuba tu.. Resepi Suriani sama seperti resepi yang di kongsikan oleh Zara dan ita rasa dari tuan empunya resepi yang sama. Terima kasih pada tuan empunya resepi dan terima kasih juga kepada rakan-rakan yang memanjangkan resepi ini.

Nov 3, 2015

Talam Pisang lembut dan sedap


Ita tertarik dengan kejadian talam pisang yang di sediakan oleh Lina Thomas. Tekstur talamnya yang nampak lembut membuatkan ita terpanggil untuk mencuba. Setiap kali menatap talam yang di hidangkan ianya seolah-olah berada di depan mata.. bau harum pisang membangkitkan lagi semangat ita untuk mencuba.

Menurut Lina resepi talam ini di ambil daripada Sakinah. Terima kasih pada tuan empunya resepi talam yang sangat sedap! talam yang tidak terlalu manis.. sepatah kata Iwan...  yang sedang.. sedang saja...

Menurut Lina lagi.. resepi asalnya lapisan atas talam di letakkan pewarna kuning. Lina tak meletakkan warna kuning di lapisan atas begitu juga ita. Ita rasa talam lina sudah cukup cun warnanya. Ita meletakkan sedikit pewarna kuning pada adunan bawah.

Cara penyediaannya talam ini cukup mudah. Tapi ita olah cara memasak mengikut cara ita. Ita bahagikan lapisan bawah kepada 3 bahagian, dan ita kukus selapis-selapis. Ini bertujuan supaya lapisan bawah masak dengan sempurna. Terpulang pada anda nak buat kaedah yang mana. Kalau nak lebih ringkas boleh ikut cara lina.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.