Oct 31, 2015

Korea Buttercream Flower kek 3 tingkat





Untuk tempahan sila wassap 017 ~ 7279179
Tempahan hanya untuk Johor Bahru sahaja

Oct 30, 2015

Bubur Pengat Nangka


Petang-petang ni kita kena bubur pengat nangka pulak!
Hari tu masa pergi bank nampak orang jual nangka tepi jalan. cantiknya isi nangka tu.. warna oren . Ita pun belilah sikit.. ingat nak buat kuih.. Bila lama dalam peti.. nak buat kuih macam malasnya lah pulak.. tu yang ita godek-godek buat pengat. Dapat buat minum petang kami.

Suami ita suka sangat makan manisan.. tu yang ita buatkan pengat. bukan main suka lagi.. makan dengan aiskrim. Sedap sangat katanya.. layan pulak masa hujan-hujan ni..

Ayam Masak Lemak Cili Api Dengan Nenas


Pejam celik..pejam celik dah hari Jumaat. Cepat sungguh masa berlalu. Sedar tak sedar dah pun berada di penghujung tahun. Nampaknya cuaca di Johor ni masih lagi baik.. walaupun sedikit berjerebu. Mungkin di tempat lain dah masuk musim tengkujuh.. hujan , guruh dan angin yang berkunjung tiba setiap kali bermulanya penghujung tahun. Tak lama lagi juga dah bermula cuti sekolah. Mungkin dah ada ibu bapa yang merancang aktiviti untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah nanti.

Hari ni ita masak yang ringkas-ringkas aje.. sebab nak kena siapkan kek perkhawinan. Biasalah kan.. bila hujung minggu ita akan sibuk dengan kek tempahan.  Jadi kita masak yang main capak-campak aje lah ya.. dan bahannya pun apa yang ada dalam peti ais aje..

Oct 29, 2015

Korean Flower cake lagi


Pucuk Labu Masak Lemak Putih


Satu lagi pucuk yang ita cari tak jumpa adalah pucuk labu. Payah juga nak dapat pucuk labu ni.. Dah berapa pasar ita cari masih lagi tak jumpa.

Semasa pergi pasar hari tu barulah jumpa dengan pucuk labu ni. Agak mahal juga pucuk labu ini tau! ita beli satu ikat harga RM 9.00.. memang terasa mahal sangat .. tapi sebab suami ita nak makan ita beli lah juga.

Balik bila nak siang, yang dapat sikit aje.. sebab bahagian yang lain dah keras dan liat. Pucuk labu ni kalau liat dah tak sedap! kita nak makan pun rasa macam tak selesa.. sebab liat. Adoiii... mengelat betul rasa penjual ni tau! dah lah mahal.. banyak yang liat daripada pucuk muda yang lembut.

Solok Ikan Kembung






SOLOK IKAN KEMBUNG
Rujukkan : Warisan Nenek

4 ekor ikan kembung ~ bersihkan, belah belakang
200 gm kelapa parut ~ yg putih sahaja
6 ulas bawang merah ~ kisar / tumbuk
4 ulas bawang putih ~ kisar / tumbuk
5 tangkai cili api ~ kisar / tumbuk
2 inc halia ~ kisar / tumbuk
sedikit daun kesum ~ hiris halus
1 biji telur
garam secukup rasa
Minyak masak

Ikan cuci bersih dan belah belakang, gaulkan dengan sedikit garam dan kunyit
Satukan bahan tumbuk bersama kelapa parut dan telur, gaul rata
Kemudian masukkan daun kesum dan garam secukup rasa, gaul rata
Sumbatkan adunan ini ke dalam ikan yang telah di belah belakang tadi hingga penuh
Buat sampai habis semua ikan
Panaskan minyak dalam kuali
Goreng ikan dengan api perlahan hingga masak
Angkat dan hidangkan





Oct 28, 2015

Kerabu Pucuk Gajus sedap!


Sewaktu ita pulang ke Kota Bahru, suami bawa ita pergi ke Pengkalan Kubur. Pengkalan Kubur adalah tempat yang sering di kunjungi oleh pengunjung, boleh dikatakan di situlah dunia kaum hawa. Biasalah kan..  kalau tempat membeli belah pastinya di kaitkan dengan kaum hawa.

Sepanjang jalan ita lihat banyak pokok gajus di tanam. Suami ita pun tanya lah ita pernah tengok pokok gajus tak? manalah taukan ita tak pernah tengok.. Kat Johor payah nak jumpa.. ada di sesetengat tempat aje.. Ita ni pernahlah tengok pokok gajus. Kalau kat kampung mak ita dulu ada lah tanam pokok gajus tapi sepohon ajelah. Ita pun tak tahu kenapa atuk ita tanam pokok tu.. pada mulanya ita ingat atuk ambil bijinya untuk di makan.

Berbanding di Kelantan, pokonya di tebang dahanya.. dan pendek-pendek. Ita pun cepat aje.. tanya dengan mertua ita yang kebetulan ada bersama kami hari tu. "kenapa dorang potong dahan pokok tu.. sayangnya.." Menurut mak mertua ita.. pokok gajus di potong dahan supaya pucuknya keluar banyak. Pucuk gajus tu akan di jual di pasar. Aik! kenapa jual pucuk tak jual buah pulak.. fikir ita.. maklumlah ita ni kadang kala jakun sikit.. dan banyak yang nak tahu.. sebab sepanjang berada di Kelantan ita banyak jumpa benda yang pelik-peli yang ita tak pernah jumpa di Johor.

Udang Masak Tomato


Hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang mudah dan simple untuk rakan-rakan mencuba. Maklumlah sekarang semuanya kalau memasak nak yang mudah dan ringkas.. semua nak cepat-cepat yang penting sedap dan di sukai keluarga.

Resepi kali ini juga mudah, bahan pun ringkas aje..
Resepi asal menggunakan udang galah, tapi ita guna udang harimau aje. Ita kopek udang ni dan belah belakang, untuk memudahkan anak-anak nak makan. Biasa kalau tak kopek kulit ni payah dorang nak makan.. Jadi ita kopek kulit siap-siap dan belah sekali belakangnya.

Resepi ni bukan resepi yang pedas ya.. sebab namanya pun masak tomato. Tapi macam biasa ita mesti tambah sikit cili api nak bagi ada rasa predas-pedas sikit. Kalau nak letak boleh tak letak pun tak apa. Jom kita lihat resepi mudah dan rigkas ni.

Oct 27, 2015

Air Kelapa Lemon segarnya...


Sebenarnya dah berapa hari ni ita asyik sakit kepala aje.. sakit yang berlarutan.. Kadang rasa badan macam melayang-layang aje dibuatnya.. Mungkin sebab masalah jerebu agaknya.. sebab sesekali terasa macam sesak nafas pun ya juga.. ada masa datang rasa loya.

Tapi hairan juga, sebab ita ni jarang keluar rumah. Sejak jerebu.. memang tak keluar rumah, kalau keluar pun untuk ke pasar. Pokok kat depan rumah pun dah layu tak bersiram.. Tapi denyut kat kepala ni makin menjadi-jadi.. Dalili pun kadang mengadu pening kepala. Pernah menangis-namgis dia kerana tak tahan sakit kepala. Dalili pun macam ita juga kerap di serang sakit kepala.

Ikan Tamban Salai Goreng Cili Api


Ramai yang tidak mengemari makan ikan tamban kerana ikan tamban ni mempunyai tulang yang banyak. Halus-halus pulak tu tulangnya dan memang sukar jika anak-anak nak makan. Kebiasannya ikan tamban di buat kerupuk, di kisar sekali bersama tulang di daul bersama tepung sago dan di rebus.

Oct 26, 2015

Sambal Bajak enak!


Sambal bajak ini adalah sambal yang cukup popular di Indonesia. Rata-rata ibu-ibu di Indonesia sering menyediakan sambal bajak untuk di makan bersama nasi dan lauk-pauk. Sambal ini bukan sahaja mudah di sediakan tapi cukup enak.

Ita pernah di ajarkan oleh pembantu rumah ita dahulu, tentang penyediaan sambal bajak. Masa tu ita tak tahu nak buat sambal apa untuk hidangan suami. Hari-hari sambal belacan kadang kala rasa bosan jugak kan.. Lantas ita di ajar bagaimana menyediakan sambal bajak yang bukan sahaja mudah dan ringkas, malahan rasanya cukup enak, bertambah enak lagi jika di gandingkan dengan nasi hangat, ulam-ulaman dan lauk-pauk. Dapat sayur bening dengan ikan goreng pun dah buat bertambah-tambah selera makan tegahari kami sekeluarga.

Gulai Kuning Ikan Tongkol sedap


Gulai kuning ikan tongkol ini adalah makanan yang popular di Kelantan. Biasanya ia di makan bersama nasi dan lebih popular dengan panggilan Nasi Berlauk yang merupakan signature dish di negeri Kelantan.

Nasi berlauk ni di makan tak kira masa kalau di Kelantan, pagi-pagi lagi orang Kelantan dah makan nasi berlauk. Dulu ita pelik jugak bila tengok orang Kelantan makan nasi pagi-pagi.. tapi bila dah lama.. dah tahu budaya mereka , ita dah boleh terima. Malah kadang bila balik Kelantan ita pulak yang sibuk cari nasi berlauk pagi-pagi. Tapi  pilihan ita adalah gulai ayam, kerana kebiasannya gulai ikan di Kelantan selalu menggunakan ikan tongkol. Ita pula tak makan ikan tongkol.

Oct 25, 2015

Heroes Of Newerth Cake


Untuk tempahan kek dan cup cake deco sila wassap 017 7279179

Descendants Mal And Evie Cake


Untuk tempahan kek dan cup cake deco boleh wassap 017 7279179



Dota Cake


Untuk Tempahan kek dan cup cake deco, bolehlah wassap 017 7279179

Lilo and Stitch Cup Cake


Untuk tempahan kek dan cup cake deco, bolehlah wassap di no 017 7279179

Ayam Masak Black Papper


Resepi ayam masak black papper ni ita dapat ketika mengoogle cari resepi untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga. Ita biasalah, kalau macam tak ada idea nak masak apa.. ita akan google resepi yang kawan-kawan telah kongsikan. Zaman sekarang ni semuanya dah mudah.. di hujung jari aje..

Masa jalan-jalan cari resepi tu.. ita ternampaklah resepi ayam masak black papper ni.. macam sedap aje.. Tengok bahan yang di gunakan pun simple aje..  cara memasaknya pun ringkas dan mudah. Ita kalau yang ringkas dan mudah-mudah ni memang cepat aje nak mencuba. Bila godek peti ais nampak bahan semua ada.. lagi mudah kerja ita. Terus lah semangat berkobar-kobar memasak.

Ita adalah tambah sana sikit sini sikit. Ita tambah cili api sikit bagi lagi pedas.. sesuai selera anak-anak dan suami. Kalau anda jenis yang tak tahan pedas .. jangan bubuh cili api tu ya. Kebetulan ada lobak merah sebatang tergolek dalam peti ais, ita masukkan sekali biar ada sayur sikit dalam lauk ni nanti.

Alhamdulillah.. sedap pulak lauk ni.. bahan simple tapi rasa marvelous.. Anak-anak ita pun suka lah sangat.. makan bertambah-tambah sampai licin ayam dalam mangkuk. Bagi anda yang tak tahu nak masak apa.. kalau ada ayam dalam peti ais tu.. boleh lah cuba! mudah dan ringkas.. yang penting masak dengan penuh kasih sayang..

Oct 24, 2015

Volkswagen Van Cake


Hari ni ita terima lagi tempahan kek 3D untuk van Volkswagen. Kebetulan ita memang minat kereta antik. Kek ni saiznya 10 X 6 inc. Dalamnya adalah kek Devil's Food Choc cake. Kek di salut keseluruhannya dengan fondant.

Kerana kek ini untuk birthday Nazeer yang menyambut ulang tahun nya yang ke 5. Mamanya minta ita letakkan satu figurine super heroes kesukaan Nazeer.

Happy birthday untuk Nazeer dan terima kasih kepada mama Nazeer yang sudi tempah kek dengan ita.

Kepada yang nak membuat tempahan bolehlah wassap 017 7279179. Jangan email ita untuk tempahanya.. email ita tu selalu problem dan susah nak buka.

Sambal Kerang Bakar


Ita suka sangat makan kerang bakar. Biasanya dulu.. ita akan pergi makan semingu sekali di restoran Singgah Selalu di hadapan Danga Bay. Tapi sekarang dah lama ita tak pergi sana. Makanan di restoran tersebut semakin hari semakin mahal. Baru-baru ni ita pergilah makan kat sana setelah lama tak berkunjung ke sana. Seperti biasa kami akan oder makanan yang kami suka. Tapi kerang bakar yang ita pesan dah tak sama macam kerang bakar yang ita makan dahulu. Mungkin dah tukar tukang masak agaknya.

Oct 23, 2015

Ikan Rebus Sambal Budu


Ita mencari resepi sambal budu yang sedap!. Kebetulan kata suami dah lama tak makan budu dan ikan tongkol. Bila pergi pasar ita beli 2 ekor ikan tongkol yang sederhana besar. Cukuplah untuk suami ita sorang. Ita tak makan ikan tongkol. Melihat suami makan dengan berselera pun dah buatkan ita terasa kenyang..

Bertambah-tambah suami makan hari ni.. katanya lamanya lah.. tak makan budu.. lawan pula dengan ikan tongkol yang menjadi kesukaan beliau.

Resepi ni ita ambil dari dapur Mat. Kata suami ita sedap sangat.. Macam ni boleh buat selalu lah kan.. Cara buatnya pun tak susah sangat. Ita rebus sekali 2 ekor ikan tongkol tu. Seekor lagi akan di buat gulai esok.

Pucuk Keledek Tumis Pedas


Entah mengapa minggu ni tekak kami sekeluarga sukakan makanan kampung. Suami pula sering menyebut antara masakkan kampung yang di sukainya. Masakkan kampung bukannya mudah nak dapat.. kadang ada, kadang tak ada.. Kalau ada pun kena cari di Pasar Besar Larkin atau pun kena tunggu hujung minggu di Pasar Tani.

Nasi Goreng Kampung


Biasanya kalau ada nasi berbaki dalam periuk ita akan sediakan nasi goreng. Sayang nak buang nasi tu.. Tapi kalau tak ada baki nasi dan teringin nak makan nasi goreng , ita tanaklah sekejap nasi, masak keras sikit untuk buat nasi goreng.

Nasi goreng kampung ni kesukaan ramai, tidak mengira bangsa di Malaysia. Rata-rata menyukai keranan rasanya yang enakl, penyediaannya yang ringkas dan cepat di samping mengenyangkan. Berbeza dengan nasi goreng yang lain, nasi goreng kampung lebih pedas di hidangkan bersama sambal belacan dan kerupuk sebagai penambah selera.

Oct 22, 2015

Jus Lobak Putih


Selalu ita kongsikan minuman atau jus yang sedap-sedap.. hari ini ita kongsikan jus yang tak sedap! kenapa ita katakan jus ni tak sedap.. sebab inikan jus ubat.. kata orang kalau ubat manalah ada yang sedap..

Hari ini ita kenalkan dengan jus lobak putih. Biasa kita minum jus lobak merah kan.. yang tu tak pe... sedap lebih-lebih lagi jus lobak merah susu. .. sedapnyaaa...
Tapi kali ni jus lobak putih.. terus terang ita katakan ita tak boleh minum.. baunya aje dah tak boleh nak telan.. huhu

Bingka Ubi lembut dan sedap


Minum petang ita hari ini dengan bingka ubi. Dah lama nak buat bingka ubi.. bila nampak Yatie buat hari tu.. terus tergoda. Kebetulan baki ubi yang ita buat belebat ubi hari tu masih ada. jadi tak tunggu lagi terus godek-godek di dapur. Resepi pulak tu cukup mudah dan simple. Humban semua dah siap sebiji kuih untuk hidangan minum petang.

Ita memang cukup suka dengan bingka ubi. Lebih lagi kalau ada kerak-kerak dia tu.. kerak tu yang sedap sangat.. Emak ita dulu selalu buat bingka ubi. Tapi biasanya emak menggunakan gula merah atau gula Melaka. Bingka ubi  dari Kak Ann ini pula menggunakan gula pasir. lagi senang tak payah nak masak gula.

Mee Hon Goreng Tom yum


Selalu ita goreng mee hoon biasa aje.. kali ni nak cuba pula mee hoon goreng tom yum yang di kongsikan oleh Zalinah.
Rumah ita ni kalau mee hoon goreng ni kurang sikit. Anak-anak suka mee kuning dari mee halus. Kalau mee halus ni ita sorang aje yang suka. Tu yang kadang malas nak sediakan mee hoon goreng. Kalau mee hoon sup mereka makan lah pulak.. macam-macam kan citarasa masing-masing.

Kerana ita suka mee hoon dan dah lama nak cuba mee hoon goreng tom yum, ita pun masak ajelah.. hihi hari ni ikut citarasa ita pulak! selalu kita ikut selera orang.
Tak sangka pulak habis jugak sekuali ita masak. wah! sedaplah tu..

Oct 21, 2015

Fizzi Drink


Panas betul cuaca hari ini kan.. bertambah lagi dengan jerebu yang telah bermaharajalela semula..
Bila cuaca panas memang tekak ni nak pekena air yang sejuk-sejuk aje..

Sebenarnya ita ni tak di galakkan minum ais lagi dah.. tapi kadang kalau cuaca dah panas membahang, mana boleh tahan lagi.. .. memang tak tahan.. mesti nak cari air sejuk jugak.

Cuaca yang berjerebu dan panas sering kali menyebabkan ita sakit kepala. Ini dah berapa hari sakit kepala, berdenyut-denyut aje.. Tapi saje aje kuatkan diri.. malas nak layan sangat walaupun sesekali badan terasa melayang-layang di buatnya..

Hari ini ita sediakan air Fizzi. Air ni mudah aje buatnya. Resepi ini ita ambil dari group Resepi Kek dan Biskut Raya. Resepi asal di kongsikan oleh kak Kida Terima kasih kongsikan resepi ni.. sedap juga. Tahu tak sebenarnya ita tak suka minum Rabena, tapi bila Rabena ni campur dengan air Sprite rasa sedap lah pulak! Habis jugak segelas ita minum.

Peria Katak Masak Lemak Udang


Ramai yang kurang gemar untuk makan peria kerana takut akan pahitnya. Bukankah pahit itu adalah penawar malah dapat menyembuhkan. Peria di katakan mempunyai banyak khasiat dan salah satunya adalah bagi mereka yang mempunyai gula yang tinggi dalam darah.

Peria katak ni sangat sedap bila sudah menjadi hidangan. Bila makan dah tak terasa dah pahitnya peria. Untuk mengetahui kaedah mengghilangkan pahit peria boleh rujuk di SINI

Selain masak lemak, macam-macam masakkan lagi kita boleh masak dengan peria ni.. boleh goreng mahupun di celup dengan tepung. tapi ita lebih suka masak lemak, sedap sangat makan pula dengan nasi panas, ada ikan goreng dan sambal belacan pergh.. memang terangkat!

Oct 20, 2015

A&W Folat sedapnya..


Ita suka sangat A&W Float ni.. tapi sekarang tak boleh minum selalu kerana kandungan gulanya yang tinggi bertambah-tambah lagi di letakkan pula ice cream di atasnya.
Biasa kalau jual kat A&W tu mahal lah kan.. jadi kalau buat sendiri puas hati, boleh letak ice cream banyak-banyak. Beli sebotol A&W dah boleh makan kenduri anak beranak

A&W ni buatnya tak susah mana.. tak ada resepi pun. Janji ada air A&W dan ada ice cream vanilla dah jadi dah A&W float yang sedap!

Puding Cocoa Puff lembut dan sedap


Lama dah tak memuding. Semalam terasa macam nak makan puding lah pulak. Tu yang teruslah mencari resepi yang dah lama teringin nak buat tapi tak sempat-sempat nak buat akibat kekangan masa yang cukup-cukup terbatas.

Resepi puding ni ita ternampak di FB Mufidah. Macam menarik lah pulak! Resepi ini menggunakan biskut Cocoa Puff. Menurut Mufidah resepi ini dikongsikan oleh Sya Qiela. Terima kasih kepada tuan empunya resepi dan terima kasih juga pada Mufidah yang telah memanjang-manjangkan resepi untuk di cuba oleh rakan-rakan yang lain.

Serius ita katakan puding ini sangat sedap! tak terlalu manis dan lembut aje.. Dah lah sedap cantik pulak tu kejadiannya. Pasti teruja kan kalau nampak puding ni di depan mata. Siapalah yang tak teringin nak merasa.

Oct 19, 2015

Petua menghilang pahit peria


Umum ramai yang mengetahui bahawa peria itu pahit. Rasa pahit peria membuatkan ramai antara kita yang tidak mengemarinya. Kata orang pahit itulah penawar , dan sememangnya peria mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai bahan untuk kesihatan malahan peria juga boleh di jadikan hidangan yang cukup enak untuk di nikmati.

Kebiasannya sayur peria enak di masak lemak cili api di gandingkan bersama udang atau ikan. Ada juga yang mengoreng peria bersama cili dan telur hancur dan sangat enak di makan bersama nasi hangat-hangat. Tak kurang juga yang kreatif , mengoreng peria bersama bancuhan tepung dan di goreng rangup. Ianya boleh di makan begitu sahaja atau di jadikan snack untuk minum petang.

Namun di sebabkan rasa peria yang pahit, ramai yang mula menghindarinya walaupun tahu khasiat buah peria yang sangat baik untuk kesihatan.

Ikan Cencaru Sumbat Sambal


Ikan cencaru adalah spesis ikan yang kulitnya agak tebal. Biasanya ikan ni sedap kalau di bakar. Bapa ita cukup suka kalau ikan caru bakar. Di cicah pula dengan sambal kicap pasti bertambah-tambah ita lihat beliau makan.

Hari ini ita sediakan ikan cencaru sumbat sambal sebagai hidangan makan tengahari kami hari ini. Sedap makan panas-panas di lawankan pula dengan sambal cencaluk ita tadi memang sedap sangat.
Resepi yang mudah dan ringkas tapi cukup enak di makan bersama keluarga.

Resepi ni nak goreng boleh nak bakar pun boleh. sambalnya pula di masak terlebih dahulu, jadi bila kita goreng ikan nanti sambal yang dah masak ni serap dalam isi ikan, memang mengancam habis...

Sambal Cencaluk


Bila ingat cencaluk pasti teringat bumi Hang Tuah. Orang Melaka dan cencaluk bagai irama dan lagu.. tak boleh di pisahkan.

Cencaluk ialah sejenis hidangan tradisional Melaka yang popular. Kalau kat Kelantan ada budu, di Perak ada tempoyak di Johor ada belacan. Di Melaka tak kurang hebat dengan cencaluk yang kini bukan sahaja di gemari penduduk tempatan malahan turut di gemari oleh semua lapisan masyarakat.

Oct 18, 2015

Mee Celup Kelantan sangat sedap


Pernah makan mee celup? Kalau orang Kelantan pasti tahukan.. Mee celup ni popular di Kelantan dan ada juga yang kata popular juga di Siam. Ita tak pernah lagi berkesempatan untuk merasa mee celup semenjak berkhawin dengan orang Kelantan, walaupun sering di cadangkan oleh mertua. Mungkin mertua ita tahu, ita ni.. suka makan mee berkuah, tu yang beliau cadangkan ita merasa mee celup. Tapi setiap kali ke Kelantan, tak berkesempatan lagi.. kerana ita lebih sibuk nak merasa makanan lain yang pada ita lebih istimewa.

Oct 17, 2015

Bunga-bunga Korea ku..






Untuk tempahan sila wassap 017 7279179



Pelbagai koleksi kek tempahan


Kek Big Hero


Kek Bus Tayo


Kek Doremon, Nobita dan kawan-kawan


Kek Hello Kitty


Kek Ultraman


Kek Frozen


Catrrot Cake


Kek Ikan Arowana


Mini Cooper 3D



Kek bunga K. Pop



Weading cake
Untuk tempahan sila wassap 017 7279179






AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.