Sep 30, 2015

Serimuka Gula Melaka


Sempat siapakan serimuka gula Melaka. Dah lama teringin nak makan serimuka gula Melaka, tu yang merajinkan diri yang tak berapa nak rajin hari ni.

Serimuka ni kuih tradisi yang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas. Kalau di Johor ni, kuih serimuka memang kuih wajib ada bila buat kenduri kendara. Selain dari para tetamu yang amat menyukai, tuan rumah juga sebenarnya dapat tumpang sekali merasa.

Bendi goreng belacan


Sayur bendi adalah salah satu dari senarai sayur kesukaan ita. Biasanya ita suka masukkan sayur bendi dalam lauk asam pedas , masak kari atau celur begitu sahaja dan di makan sebagai ulam bersama nasi dan sambal belacan.

Sayur bendi ni, kadang ada yang tak berapa suka kerana sayur ini mengeluarkan lendir yang payah untuk masak. Ada yang kata petua untuk hilangkan lendir tu dengan merendam sayur dalam air garam. Cubalah mana tahu berhasil hilangkan lendirnya tu.
Tapi kalau mengikut kata mak ita, sayur bendi tidak boleh di potong awal. Bila kita dah siap tumis semua bahan, masa nak masukkan bendi tu baru lah kita potong dan terus masukkan, kalau potong awal, lendirnya lagi banyak.

Sep 29, 2015

Sambal belacan Istimewa Kelantan


Sambal belacan walaupun mudah dan ringkas ianya satu pelengkap dalam hidangan tengahari kita. Ita memang cukup mengemari sambal belacan begitu juga suami dan anak-anak. Kalau ada sambal belacan pasti bertambah-tambah kami sekeluarga menikmati hidangan. Suami pula kalau makan janji ada sambal belacan, ikan goreng lauk tumis air pun sudah cukup menyelerakan baginya. Berpeluh-peluhlah dia menikmati hidangan.

Sep 28, 2015

Risoles rangup di luar enak di dalam..




Ita pernah dapat permintaan dari rakan-rakan untuk kongsikan resepi Risoles.
Apa Risoles tu...?
Ita cuba google.. oh! ia macam ala-ala popia lah kan tapi pembutannya lebih mirip kepada kuih ketayap, cuma inti sahaja yang berlainan.

Sep 27, 2015

Cekodok pisang gebu dan tembam


Ada yang panggil cucur, ada panggil cekodok dan ada yang panggil jemput-jemput. Walau apapun panggilan yang di beri ia adalah menu yang sama. Cuma apa yang membezakan adalah bahan yang di gunakan.. kalau cucur pisang menggunakan pisang, cucur udang mestilah ada udang, cucur bilis pastilah dengan ikan bilis begitulah juga cucur bawang dan kentang.

Birthday Cake





















Untuk tempahan : Wassap 017 7279179




Sep 26, 2015

Ketam Masak Cili mudah dan ringkas


Masa singgah pasar hari tu, nampak lah ketam bunga ni.. Besar-besar , gemuk-gemuk dan segar-segar. Banyak pulak yang betina. Kata mak kalau ketam betina banyak isi. Macam mana nak tahu ketam jantan atau ketam betina?

Sebagai suri rumah merangkap tukang masak, kita bukan sahaja perlu tahu memasak dan merasa masakkan. Tapi kita juga kena arif tentang bahan yang kita nak masak.Yang mana sesuai dan yang mana tidak.  Jadi kalau beli ikan, ayam, daging atau juga sayur-sayuran, pilihlah yang segar kerana yang segar adalah yang terbaik.

Ketam yang segar akan menghasikan masakkan yang bukan sahaja enak tapi bau masakan juga cukup harum dan menyelerakan.

Bagaimana nak membezakan ketam jantan dan ketam betina?

Sep 25, 2015

Fanta Hijau Homemade sedap!


Bila nampak rakan-rakan postkan minuman Fanta Hijau buah tangan sendiri.. hati berbunga ceria hendak mencuba!
Betul ke sama macam air fanta hijau bergas yang di jual dalam botol di kedai runcit atau pasaraya tu..
Ada yang kata sama.. ada yang kata ala.. ala.. aje.. tapi kata orang dari kita berteka-teka baiklah kita mencuba.. tak cuba tak tau.. ya tak..?

Melihatkan bahannya yang sangat mudah dan simple.. lagi lah semangat nak mencuba semakin membuak-buak.. Kebetulan cuti sekolah.. Hari Raya Haji pulak tu.. dapatlah di jadikan minuman sepanjang cuti atau pada hari Raya Haji ni..

Dalili lah yang cukup bersemangat..
"jadi ke mak.. macam air fanta tu..? "
" tak pe.. kita cuba dulu.. mana tahu sedap! "

Hasil godek-godek bersama Dalili di dapur.. akhirnya... dapat juga ita merasa air fanta buatan sendiri.. aha... siapa sangka boleh buat sendiri.. dapat jimat kan..kalau beli mahal jugak sebotol tu kan..

Mee Kari di Hari Raya Aidil Adha



Bila anak saudara ita, Didie kata "lama dah kita tak merasa mi kari mak teh"
Anak ita pun mulalah juga bersuara.. " ialah mak.. lama dah mak tak masak mi kari.. "
Bila bincang-bincang nak sediakan apalah juadah untuk Aidil Adha nanti, masing-masing semua minta ita sediakan mi kari.
"ala... jemulah mak, asik makan rendang dan lodeh.. mak masak mi kari lah pulak"

Kebetulan ita juga tak berapa sihat.
Beberapa hari ni kepala rasa berat sangat.. badan pula terasa letih. Tak boleh berdiri lama , rasa nak pitam aje..
Dada berdebar-debar dan kadang kala sukar pula nak bernafas.
Mujur tak berapa banyak tempahan minggu ni.. Kalau tidak aduh.. parah di buatnya bila keadaan kesihatan yang tak menentu.

Malam pula ita sukar betul nak lelapkan mata..
Sampai ke subuh mata masih terkebil-kebil tak mahu lelap.
darah rendah ke... atau darah tinggi.. entahlah.. harap-harap tak ada lah penyakit yang merunsingkan.

Tapi bila anak-anak nak makan.. sihat atau sakit, kena juga kuatkan diri untuk memasak.

Sep 22, 2015

Bubur Kacang Merah


Bila suami beli kacang merah, ita dah tahu dia minta buatkan bubur kacang. Lama dah ita tak membuat bubur kacang. Tapi kebiasannya, ita lebih suka bubur kacang hijau dari kacang merah. Bukan apa bubur kacang hijau ni lebih enak pada tekak ita lah kan.. baunya pun lebih harum, masak pun lebih cepat berbanding kacang merah. Tapi bila suami dah beli.. itu bermakna dia nak makan lah kan..

Kacang merah ni kalau nak merebus ambil masa lama sikt. Sebab tu ita akan rendam dulu kacang ni sampai kembang, supaya dapat kurangkan masa ita kat dapur nanti.
Cara masanya pun cukup mudah dan simple, tiada sukatan yang khusus pun, main campak-campak dan sesedap rasa dan selera dah ok lah tu.

Ia enak di sediakan panas mahupun dingin bersama ketulan ais. Makan dengan roti atau biskut lemak pun sedap!

Sep 21, 2015

Majlis Persandingan Nabila dan Arif






20 September 2015, bertempat di Dewan EC Maktab Sultan Abu Bakar, berlansungnya majlis persandingan anak saudara ita Nabila dan pasangannya Arif. Majlis yang penuh gilang gemilang, dan buat julung-julung kalinya dalam keluarga kami. Nabila adalah anak sulung kepada abang ita Johan Aziz dan satu-satunya kakak ipar kesayangan iaitu Pn Nor Hayati.

Majlis akad nikah pada sebelah pagi di dewan yang sama. Minta maaf ya Bila, mak teh tak dapat datang pada sebelah pagi.. tiba-tiba pula kena sakit perut. Jadi tak dapatlah merakamkan saat-saat indah pasangan mempelai ini di ijab kabul.

Jutaan terima kasih yang tak terhingga pada kaum keluarga yang datang dari jauh dan dekat. Sahabat-sahabat kedua pasangan mempelai dan ibu bapanya, dan keluarga kedua-dua belah pihak.

Sep 19, 2015

Expo Safe Food 2015


Alhamdulillah bila ita berpeluang untuk menjadi juri dalam pertandingan hiasan kek di Expo Safe Food 2015 di bawa oleh Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Keselamatan Makanan Malaysia ( MAFSA ) dan di sokong oleh Kerajaan Negeri Johor dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan , Kementerian Kesihatan Malaysia ( BKKM KKM )

Karnival Safe Food 2015 ini bakal berlangsung bermula hari ini 18 Sept  hingga 20 Sept 2015.
Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti sepanjang 3 hari karnival ini berlangsung yang bertempat di Plaza Angsana Johor Bahru.

Sep 18, 2015

Chewy Choc Chip Cookies ala Subway yang sangat sedap!




Dah lama ita mencari resepi cookies ni. Biasanya ita akan beli di Subway. Sekarang ni dah senang sikit sebab Subway boleh di dapati di mana-mana aje.. kat JB pun dah ada beberapa cawangan Subway. Dekat dengan rumah ita pun dah ada. Kalau dulu, bila ita ke Kuala Lumpur ita mesti ajak suami singgah Subway. Ita akan borong cookies ni untuk buat stock kat rumah. Kebetulan kami sekeluarga suka sangat dengan cookies ni yang chewy, rangup di luar tapi lembab-lembab di dalam.

Baru-baru ini ita terpandang rakan dari group Masak Apa Hari Ni ada kongsikan resepi cookies ni yang katanya ala-ala Subway. Ita pun tak nak lepaskan peluang untuk mencuba, harap-harap ianya menepati seperti yang ita inginkan.

Sep 15, 2015

Bihoon Soup Kemboja


Seperti biasa ita sekeluarga cukup mengemari mi yang berkuah. Ita juga cukup mengemari soup. Kalau di Jb ni mee soto , sup daging, sup tulang memang menjadi kegemaran ita. Kebiasannya seminggu sekali mesti pekena semangkuk mi sup atau sup panas.

Cuaca yang tak menentu dengan jerebu yang melanda negara, membuatkan kesihatan kita pun sedikit terganggu. Ada yang dah mula di serang batuk dan selsema. Bila badan dah mula rasa tak berapa selesa, ita lebih suka masak sup untuk menghangatkan badan semula.

Sebenarnya dah lama ita nak buat Bihoon Kemboja ni. Ita selalu makan di Kota Bahru setiap kali ita pulang ke kampung. Bihoon Kemboja ni ia tak macam mi soto yang kita sediakan di Johor. Ia lebih ringan dan tidak berempah ratus.

Sep 14, 2015

Kek Pisang Lembab dan sangat lembut


Demam kek pisang TMJ tak kebah-kebah lagi. Ini penangan tayangan perdana oleh cik adik kita Sweet Laling. Adoiii... pengsan tengok kek pisang yang laling tayang setiap hari.. yang kebah boleh demam dan yang demam boleh kebah..

Ramai pengemar kek pisang rupanya. Bukan TMJ sahaja, ita juga aladalah salah seorang pengemar kek pisang. Pantang nampak kelibat kek pisang, pasti ita teringin nak mencuba. Banyak dah resepi yang ita cuba, tapi tak dan nak snap gambar sebab taulah kan bau kek yang semerbak memang tak boleh tunggu lama. Anak-anak pun merengek  tak sabar nak merasa.. tu yang tak pernah sempat nak posing kek pisang tu. dan..dan.. tu jugak habis sebuku.

Selera orang lain-lain kan.. ada yang suka kek pisang yang gebu ala-ala kek span. Ada yang suka kek pisang yang moist, lembab dan berat ala-ala bingka. Ada juga yang sukakan kek pisang kerana tektur keknya yang berbecak-becak di dalam.

Sep 13, 2015

Puding Sedut... sedapnya..!


Tak berapa hari lagi, anak-anak dah mula cuti sekolah. Bila tiba musim cuti, pasti ibu macam lipas kudung di dapur menyiapkan hidangan untuk anak-anak. Anak-anak pula pasti kerap ke dapur untuk melihat apalah makanan yang boleh di makan. Peti ais pula tak berhenti di tutup di buka untuk mengintai segala isi perut yang berada di dalamnya.

Seperti biasa, bila cuti bermula, ramai para ibu mula memikirkan jajan untuk anak-anak. Biskut , kuih-muih, jelly dan aiskrim pasti adalah antara jajan utama yang mesti ada buat mengalas perut anak-anak yang sering kelaparan.

Sep 12, 2015

Nasi Pulao dan Ayam Goreng Jawa


Nasi Pulao mungkin asing bagi ita dan keluarga, tapi mungkin tidak bagi mereka yang pernah merasa atau menikmati nasi yang sangat sedap ini.
Resepi ini juga adalah hasil pengkosian rakan-rakan di group Masak Apa Hari Ini. Ita dan keluarga memang cukup mengemari nasi yang berempah dan beraroma macam ni. Kebetulan bahan-bahannya cukup mudah dan simple, itu yang membuatkan ita tak berlengah lagi untuk mencuba.

Percubaan yang tidak sia-sia nampaknya kerana memang nasi ini cukup enak , beraroma dan berperisa. Bila melihatkan ramuannya, ita jangkakan nasinya seakan nasi tomato. tapi jangkaan ita meleset, walaupun seakan-akan tapi lada hitam dan serbuk jintan manis merubah rasanya kepada satu rasa yang cukup enak dan beraroma, menepati selera kami sekeluarga.

Menurut tuan empunya resepi ini, resepi nasi ini asalnya adalah idea dari kak Ida Shahida, tapi di ubah suai sikit oleh Noraida Durani. Bijak mereka mengolah sesuatu resepi menjadikan ianya resepi yang terbaik.

Sep 11, 2015

Kek Milo 3 minit osem!



Percaya tak... ita boleh siapkan 2 mug kek milo ini hanya dalam masa 3 minit sahaja..

Wah! mesti ada yang tak percaya kan... percayalahhhhh....
Sebenarnya memasak atau menyediakan sesuatu hidangan bukanlah sesuatu yang sukar. Janji kita rajin dan ada sedikit perasaan kasih dan sayang.. pasti semuanya semudah ABC

Terima kasih tau! pada penyumbang resepi yang memberikan idea yang cukup briliant ini. Resepi yang cukup mudah , ringkas dan menjimatkan masa ini ita dapat hasil perkongsian rakan-rakan di group Masak Apa Hari  Ini

Sep 10, 2015

Puding Jagung Gula Melaka sedapnya...


Sedap sungguh puding jagung gula Melaka ni... lembut... terasa lemak manis gula Melakanya.
Ita memang suka sangat apa-apa yang berasaskan jagung. Kebetulan kami sekeluarga memang suka puding jagung. Suami ita pula memang peminat puding atau kuih muih yang lembut dan manis-manis.. maklumlah orang negeri Cik Siti Wan Kembang ni memang tak boleh berenggang dengan manisan.

Resepi puding jagung yang ita kongsikan ini memang cukup enak sekali lebih enak lagi bila di makan bersama gula melaka.. terasa lemak manisnya menagkap ke sanubari. Pudingnya yang lembut dan dingin bila di simpan di dalama peti ais seharian memang cukup menyegarkan bila dinikmati.

Sep 9, 2015

Pau kacang merah, gebu dan sangat sedap


Seperti Yatie, ita juga agak fobia nak membuat pau. Biasanya ita beli aje.. Dulu ita selalu beli dengan seorang kakak ni, dia jual di hadapan sekolah agama Taman Daya. Bila hantar atau ambil Dalili mesti ita singgah untuk membeli pau kakak tu. Paunya sedap! lembut dan sangat gebu, putih mulus pulak tu. Ita suka paunya bukan sahaja kerana kegebuan dan kelembutannya, tapi kerana inti paunya juga sangat sedap! Ada pau kacang merah, kari ayam dan daging, pau kelapa dan yang paling menjadi kesukaan ita adalah pau sambal, memang terangkat habis.

Selalu anak-anak sekolah yang rajin beli paunya. Kalau tak silap 1 biji RM 1.50. Tapi kenyanglah kalau makan pau kakak ni.. besar pulak tu.. Kalau ita pasti 2 ketul pau sambal.. layan pulak dengan secawan teh atau milo, memang kenyangnya sampai jejak ke malam.
Masa tu tak terfikir pula nak minta resepi.. maklumlah orang meniaga. Kita yang segan nak menanya.

Sep 7, 2015

Kek Perkhawinan dan Hantaran

Tak lama lagi dah cuti sekolah. Biasanya cuti sekolah ni, maka banyaklah majlis kenduri -kendara, perkhawinan dan juga pertunangan.
Hari ini ita kongsikan beberapa kek perkhawinan dan pertunangan yang pernah ita sediakan. Mungkin boleh di jadikan contoh atau idea bagi pasangan mempelai atau bakers yangsedang mencari ilham untuk merialisasikan impian pasangan mempelai.

Sep 2, 2015

Deen Burger Bakar nganga.. kunyah.. telan..

Kunjungan kami ke Tampin, tidak lengkap rasanya jika tidak jalan-jalan cari makan. Kerana kami sampai pun dah agak lewat malam, maka kami mencari makanan yang ringan-ringan sahaja supaya tak mengantuk bila nak drive balik ke JB nanti.


Anak-anak pula bercadang nak merasa burger bakar yang popular di sini.. Burger mana lagi? DEEN BURGER BAKAR  lah..!
Siapa yang tak kenal dengan burger Deen bakar ni.. Rasanya dah popular di Malaysia dan telah mempunyai rangkaian franchise di Semenanjung Malaysia.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.