Aug 27, 2015

Seri Muka Durian yang sangat sedap


Sana sini orang dok tayang seri muka durian. Sedap ke? maaf saya tak makan durian jadi tak tahulah akan kesedapan yang menjadi bualan ramai.
Ruginya... tak makan durian....
Tak rugi lah.. Allah yang tentukan nikmat apakah yang nak di berikan pada hambanya. Mungkin saya tidah dapat merasa kenikmatan durian tapi dapat menyediakan hidangan durian buat keluarga tersayang sudah benar-benar mengembirakan hati saya.

Aug 24, 2015

Donut Sempoi lembut dan sangat gebu.



Ita memang cukup mengemari donut. Kalau di hidangkan pelbagai kuih di hadapan mata, pasti donut adalah pilihan ita yang utama. Namun begitu tak semua orang dapat menghasilkan donut yang lembut dan gebu yang serasi dengan anak tekak ita ni.

Donut pada ita sedap di nikmati ketika hangat-hangat. Lepas di goreng, salut aje dengan gula adoiii... terus kecur.. masa tu lah donut yang terbaik di nikmati.. meletup-letup dalam mulut..

Terdapat banyak resepi donut yang ita dah cuba. Semuanya ada keunikkan masing-masing. Tapi hari ini ita nak kongsikan satu lagi resepi donut yang sempoi dari Chef idola ita siapa lagi Chef Asma. Terima kasih Chef atas perkongsian resepi ini, sangat sedap sangat lembut dan juga sangat-sangat gebu.

Sekarang ni kerja menguli donut menjadi lebih mudah sejak ada bread maker. Kalau ada teringin nak makan donut, tak payah pening kepala fikir nak menguli, nak perap yis yang kadang jadi.. kadang tak jadi.. Dengan BM semua kerja menjadi mudah, ringkas, cepat, menjimatkan masa, dapur tak berkecah dan yang paling utama doh lembut dan sedap di nikmati.

Aug 23, 2015

Masam Manis dalam Australian Cake! Magazine


Assalamualaikum sahabat-sahabat ku sekalian..

Lama ita tak kongsikan perkembangan terkini blog Masam Manis. Maklumlah lama juga ita berehat seketika daripada berblog sejak kesihatan ita tak berapa mengizinkan di samping ita juga sibuk menyiapkan beberapa tempahan kek daripada rakan-rakan.

Hari ini ita nak berkongsi sedikit kegembiraan ita apabila Masam Manis muncul buat julung-julung kalinya dalam magazine online luar negara. Sebenarnya dah lama ita menyepi dari menerima undangan dari pihak majalah tempatan. Bukanlah merajuk dengan majalah tempatan .. tetapi faktor kesihatan ita tak banyak dapat membantu ita merialisasikan hajat mereka. Buku -buku masakan dan buku kek decorating ita juga terpaksa tertunda memandangkan kesibukkan ita dan fator pergerakkan ita yang cukup terbatas kini. Ita tak boleh berapa nak lasak dan aktif macam dulu. Semua kena buat berpada-pada.. bimbang tahap kesihatan ita berulang semula. Doa-doakan ita sihat sepertri sedia kala.. agar ita terus aktif kembali dalam persada dunia maya ini.

Aug 21, 2015

Asam Rebus Ikan


Asam rebus ikan ini adalah satu resepi masakkan yang cukup popular diutara tanahair. Kalau di Johor dan Melaka popular dengan asam pedas nya.. di utara juga ada asam pedas mereka tersendiri. Nampak seakan sama, namun rasanya dan kaedah penyediaannya adalah berbeza. Resepi sebegini kalau di Johor ni lebih di kenali sebagai gulai lada hidup dan kebiasannya di letakkan nenas untuk menambahkan kesedapan gulai tersebut. Sebaliknya asam rebus utara menggunakan bendi dalam gulainya.

Aug 19, 2015

Chocolate Brownies Kedut




Sana kedut.. sini kedut..
Rata-rata ramai yang teruja dengan brownies yang berkedut seribu ini dan menjadi satu fenomena baru pula... walaupun sebenarnya brownies ini dah lama popular dan lebih di kenali dengan namanya Chewy Gooey Yummy Brownies.

Sekarang muncul pula dengan  di berikan nama baru iaitu brownies kedut. Mungkin ianya satu perangkap untuk menarik orang ramai.. atau inginkan kelainan dengan nama baru yang menjadi bualan ramai.

Bagi yang baru.. mesti teruja.. pada hal brownies ni sama sahaja, dari segi resepi mahupun rasanya. Kalau ada perubahan pun adalah.. sana sikit sini sikit di ubah pada sukatan bahannya.

Oklah kerana ramai permintaan maka hari ini ita kongsikan resepi Brownies kedut yang menjadi kegilaan dewasa ini. Yang ita buat ni yang plain sahaja, tiada campuran badam atau coklat cip. Kalau nak letak coklat cip atau badam pun boleh sahaja. Tapi bila letak badam, kena bakar dahulu badam sebelum di campurkan ke dalam adunan.

Aug 18, 2015

Sambal kerang sedap


Sedapnya sambal kerang, kalau di makan bersama nasi lemak ada bertambah-tambah nasi di pinggan.
Hari ini ita sediakan sambal kerang. Kerang lebih masak hari tu, banyak lagi berbaki, di buat sambal pastilah menjadi pembuka selera suami tersayang.

Suami ita memang suka sambal kerang. Kalau ada nasi lemak sambal kerang pasti juga menjadi pilihan. Tapi kali ini ita sediakan untuk makan tengahari kami sekeluarga bersama sayur bening dan ikan goreng panas-panas memang terangkat.


Aug 17, 2015

Roti jala yang kekal lembut dan sedap


Ita sangat suka makan roti jala. Roti jala seringkali di hidangkan di hari kenduri kendara atau jamuan hari raya. Penyediaannya cukup mudah dan ringkas. Tapi tak ramai yang suka menyediakannya kerana katanya agak rumit dan cukup malas nak mengirai roti jala.

Kesedapan roti jala bergantung pada kelembutannya dan kesedapan kuah yang mengiringinya. Jika lembut rotinya dan sedap kuah karinya, maka larislah roti jala tersebut.

Ada banyak juga kaedah penyediaan roti jala, ada resepi yang menggunakan santan dan tak kurang juga yang menggunakan susu cair. Kebiasannya resepi yang menggunakan santan tidak tahan lama dan cepat basi. Jika salah cara penyipanannya dan pengendaliannya, maka rosaklah ia.

Aug 16, 2015

Asam pedas ikan pari sawi jeruk yang sangat sedap


Asam pedas dan orang Johor memang tak boleh di pisahkan
Versi asam pedas Johor ni ada banyak, ada yang menggunakan cili kering ada yang menggunakan cili hidup , lada hitam atau juga campuran dari kedua-duanya. Ada yang meletakkan sayur bendi, ada letak sawi jeruk, ada letak kobis, belimbing, mempelam dan lain-lain lagi yang di rasakan bersesuaian. Walau apapun kaedah dan bahan yang di letakkan.. asal namanya asam pedas pasti membuka selera.

Aug 15, 2015

Tumis boncis dengan kerang


Bagi anda yang meminati sayur-sayuran, adakalanya pasti buntu untuk mereka cipta hidangan berasaskan sayuran buat keluarga.
Sayur memang sangat baik untuk kesihatan.. ada yang kata dengan memakan sayur-sayur ia memudahkan proses pencernaan di samping menghasilkan kulit yang cantik dan mulus.
Tapi ramai juga yang tidak mengemari sayur-sayuran.

Kami sekeluarga memang sangat meminati sayur. Setiap hidangan yang di sajikan pasti terselit satu menu sayuran. Kadang kala memang bingung kerana tak tahu lagi bagaimana olahan yang sesuai untuk masak sayur. Macam biasalahkan.. kalau tak tumis kering pasti di masak bening atau lemak.

Hari ini ita kongsikan satu lagi menu berasaskan sayur, tumis buncis dengan kerang. Jika tak suka kerang boleh juga gantikan dengan kupang atau udang.

Aug 14, 2015

Belajar membuat kek kereta 3D


Kek bentuk 3D adalah kek yang unik dan lain daripada kek-kek yang lain. 3D bermaksud kek yang lebih menonjol dengan reka bentuk figura yang lebih menepati ciri-ciri bentuk asal dan bentuk-bentuk lain yang di olah dengan menggunakan fondant dan gumpaste.

Kek 3D lebih padat dan padu kerana ianya di hasilkan dari kek yang agak berat seperti kek coklat moist atau butter cake. Ini kerana kek-kek ini lebih mudah untuk di bentuk dan di ukir bagi menepati kejadian reka bentuk figura sebenar.

Untuk menghasilkan kek 3D seseorang itu perlukan sedikit kemahiran didalam mengendalikan fondant, minat yang mendalam dalam kerja tangan dan hiasan juga seorang yang teliti dan sabar dalam melakukan tugasan.

Aug 13, 2015

Daging Masak Merah, mudah, ringkas dan sedap


Resepi yang mudah dan ringkas.. yang penting sedap!
Hari ini ita kongsikan resepi yang mudah penyediaannya, cepat di masak dan sedap di makan. Makan dengan nasi goreng ada telur dadar dah cukup mengenyangkan.

Sebagai ibu kadang kala, kita kebuntuan idea untuk memasak. Hari-hari dengan menu yang sama, bukan sahaja yang makan terasa bosan.. tukang masak pun bosan di buatnya.
Memandangkan sekarang.. kos sara hidup yang semakin meningkat.. dengan barang dapur yang semakin mahal harganya.. bertambah terbeban dengan cukai barangan GST, ramai yang mula mengambil jalan untuk berjimat cermat.

Aug 12, 2015

Kuih Koleh Kacang yang lembut dan sedap


Kuih yang menjadi kegemaran emak ita. Emak memang suka sangat makan kuih ni.. Kata mak kuih ni sedap dengan rasa harum kacangnya.. wangi tahi minyaknya dan lemak manis gula merahnya. Tapi mak ita macam biasa cukup cerewet bab kuih tradisional. Hanya yang berkenan pada tekaknya sahaja yang dia akan makan dengan begitu berselera sekali, tapi kalau tak cukup syaratnya.. kurang manis dan lemaknya.. awal-awal lagi dia dah reject.

Walaupun emak suka sangat dengan kuih yang satu ini.. namun ita tak pernah nampak emak membuatnya. Biasa emak akan beli atau pun atuk yang buatkan.
Ita pula.. alamak.. ita memang tak berapa gemar kuih ni.. tak tahulah kenapa dalam banyak-banyak kuih talam, kuih ini bukanlah kuih yang ita gemari.. nak menjamah pun ita tak minat apalagi nak merasainya dengan sepenuh hati.

AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.