Feb 23, 2015

Daging Gulai Darat


Gulai darat adalah salah satu menu masakan yang cukup popular di negeri Cik Siti Wan Kembang. Kebiasannya ia di sediakan pada hari kenduri-kendara atau pada majlis perkhawinan. Gulai Darat rasanya cukup istimewa, daging nya yang di potong kecil dan lembut dengan rempah ratus istimewa menjadikan sajian ini di sukai ramai.

Sekali imbas kita lihat macam kari pun ada macam rendang cair pun ada tapi rasanya agak berbeza dan lain dari yang lain. Bagi anda yang berpeluang ke negeri Kelantan, jangan lupa untuk pekena sepinggan nasi bersama gulai darat yang istimewa ini.

Feb 20, 2015

Karipap yang rapuh dengan inti daging yang sangat sedap!


Ada yang  mengelarnya karipap ada juga yang memanggilnya epok-epok. Bagi anda yang tinggal di Johor pasti ada yang pernah dengar kuih ini di gelar tepung bawang.
Ita dan keluarga lebih selesa memanggilnya sebagai tepung bawang. Entahlah... tapi itulah nama kuih yang di perkenalkan oleh emak dan arwah nenek masa ita kecik-kecik dulu.. Kenapa ianya di namakan tepung bawang.. hingga kini ita sendiri tidak lagi mendapat jawapannya..

Karipap atau epok-epok adalah kuih yang menjadi kesukaan ita. Ita sukakan yang intinya kentang atau keledek.. lebih enak dan nyaman lagi jika ada tambahan daging di dalam intinya dan lebih pedas sedikit daripada biasa. Pasti berkeping-keping ita makan tanpa jemu.. bertambah rancak bila dapat menikmati karipap dengan pastry yang rapuh dan rangup.

Feb 18, 2015

Ikan Merah Masak Ceylon


Ikan Merah masak Ceylon atau ikan merah masak Sri Lanka. Sebelum tahun 1972 Sri Lanka lebih di kenali sebagai Ceylon. Ia adalah sebuah negara pulau di Asia Selatan yang terletak kira-kira 31 km dari pantai selatan India. Masyhur dengan gelaran Mutiara Lautan Hindi, ia merupakan tanahair bagi 20 juta orang penduduk.

Pada masa silam, Sri Lanka dikenali dengan pelbagai nama. Ahli-ahli geografi Yunani purba menamakannya Taprobane dan orang Arab merujuknya sebagai Serendib (asal-usul perkataan serendipity). Orang Melayu zaman dahulu pula memanggilnya sebagai Langkapura. Ceil√£o ialah nama yang diberikan oleh orang Portugis kepada Sri Lanka ketika mereka tiba di pulau tersebut pada tahun 1505 yang ditransliterasikan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Ceylon. Pada tahun 1972, nama rasmi negara tersebut ditukar kepada Republik Bebas, Berdaulat dan Merdeka Sri Lanka. Pada tahun 1978 ia ditukar pula kepada Republik Demokratik Sosialis Sri Lanka.

Feb 17, 2015

Ayat Al Quran Untuk Benteng Diri Daripada Iblis dan Manusia

Assalamualaikum..

Hari ini ita nak kongsikan beberapa Surah dan doa yang baik untuk kita amalkan, sebagai benteng atau pertahanan diri daripada ganguan jin, iblis, syaitan, ataupun daripada manusia. Sebenarnya ita ambil Surah-surah dan doa-doa ini dari blog Ustaz Sharhan DISINI.

Ita copy dan letakkan dalam blog ita supaya ita tak lupa. Ia juga sebagai perkongsian untuk rakan-rakan yang lain juga. Sama-samalah kita amalkan agar kita terhindar dari sebarang ganguan. Insyaallah....


Nasi Jintan Putih


Bila anak-anak pulang bercuti ita suka sediakan masakan yang lain dari kebiasannya. Sesekali tukar resepi terasa enak pula menjamu hidangan bersama keluarga tersayang.
Anak-anak dan suami memang tak ada masalah bila ita sering tukar menu, mereka lebih rasa seronok dan lebih berselera menjamu hidangan kerana menu yang di sediakan berlainan dari biasa dan agak payah jika nak dapatkan di kedai.

Sekarang.. bila nak ajak anak-anak makan di luar semua pun tak tak nak makan di luar.. Katanya bila pulang cuti nak rasa mak masak.. rindu dengan air tangan emak. Suami ita juga pun sama.. katanya bosan makan di luar kerana menu yang sama sahaja di jual.. tak ada kelainan dan rasanya juga kadang kala tidak menepati cirasa dan selera anak tekak masing-masing.

Feb 14, 2015

Donut Kentang Lembut dan Gebu



Anak-anak ita memang cukup mengemari donut. Kerana itu ita seringkali sediakan donut untuk minum petang keluarga. Ita sukakan donut yang lembut dan gebu tapi tidak berminyak dan terlalu lembut sangat..

Setiap kali ita menyediakan donut, ita pasti memilih donut Rima yang ita pernah kongsikan di SINI. Entahlah.. sejak menggunakan resepi dari Rima ita jarang nak bertukar kepada resepi yang lain. Resepi dari Rima tu sangat gebu donutnya dan bahan untuk menyediakannya juga cukup simple dan mudah.

Feb 11, 2015

Nasi Goreng Permata Hati


Bila ada nasi berbaki dalam periuk.. ita selalu memikirkan untuk membuat nasi goreng sebagai santapan di pagi hari. Kalau di rumah ita ni semua suka nasi goreng.. Ita pun suka nak membuatnya kerana cara membuatnya yang ringkas dan ianya juga amat mengenyangkan. Bila dah masak nasi goreng sebagai sarapan pagi.. makan tengahari nanti ita masak lewat sikit sebab masing-masing dah kekenyangan.

Asyik dengan menu resepi nasi goreng yang sama.. nasi goreng kampung.. nasi goreng cina.. nasi goreng cendawan.. nasi goreng ikan masin.. pasti dah jemu.. bukan yang makan rasa jemu tapi tuan yang masak juga terasa jemu dalam menghasilkan menu yang sama setiap masa.

Feb 7, 2015

Red Pearl Cookies biskut yang sedap sangat...


Assalamualaikum.. semua

Tak lama lagi kawan-kawan kita yang berbangsa Cina akan menyambut tahun Baru Cina. Pasti ramai yang sibuk menyiapkan cookies untuk di hidangkan pada hari tahun baru nanti.

Teringat ita akan kawan-kawan di alam persekolah. Ita ni ramai kawan-kawan bangsa Cina, baik di sekolah rendah.. sekolah menengah, kawan sepermainan, kawan di tempat kerja mahupun jiran tetangga. Tapi setelah lebih 20 tahun meninggalkan alam persekolahan.. ita hanya ingat nama kawan-kawan ita yang di sekolah rendah sahaja.. sepertia rakan baik ita Chong Wei Ching, Chu Cuan Eng, Phillips, Dorris, Chan Kid Mei dan Hang Li Sha,  hihi maaflah ya pada kawan-kawan di sekolah menengah.. sebab ramai sangat.. pastu nama masing-masing pelik-pelik jadi ita memang susah nak ingat.. ita hanya ingat Choi Har aje.. itu pun sebab dulu ita suka tengok dia sebab muka dia cubby , pipi dia bulat macam nak picit-picit aje... dia ni tegas dan garang maklumlah ketua pengawas.. tapi dengan ita dia baik.... hihi

Seronok kan kita hidup di Malaysia yang pelbagai kaum. Kita bukan sahaja dapat mengetahui serba sedikit budaya mereka malahan kita juga dapat belajar beberapa bahasa ibunda masing-masing.

Yang sangat seronok bila tiba hari perayaan, cikgu ita Puan Chee selalu bagi kami limau mandrin dan ang pow.. seronok sangat masa tu.. kadang simpan angpow yang cikgu bagi bawah bantal.. kalau ada ong harap-harap dia bertambah.. hihi kalau tak ada ong dengan angpow-angpow sekali pun hilang..

Feb 6, 2015

Kari Kambing Tanpa Santan


Assalamualaikum...
Salam Jumaat kepada seluruh umat Islam tidak kira di mana sahaja anda berada..

Semalam ita masak lauk kambing lagi. Kali ini ita masak lauk kari kambing tanpa santan. Maklumlah bila umur dah masuk 4 series ni kenalah jaga kesihatan. Sekarang ni pun kesihatan tak berapa baik kan.. jadi kena jaga pemakanan supaya tidak menambah burukkan lagi masalah kesihatan yang di hadapi.

Sebenarnya ita sangat beruntung.. bila mempunyai ramai kenalan... baik di FB mauhupun di blog. Terima kasih yang tak terhingga kerana ramai yang mengambil berat tentang kesihatan ita.. sering bertanya khabar.. walaupun kita sebenarnya hanya bersahabat di alam maya sahaja..

Feb 4, 2015

Asam Pedas Untuk Dia...


Asam Pedas Untuk Dia satu lagi drama adaptasi daripada novel bertajuk 'Asam Pedas Untuk Dia' karya Nureen Mirza. Drama arahan Feroz Kader ini mengadingkan dua pasangan baru iaitu Syukri Yahya dan Dayana Roza sebagai pelakon utama. Drama Asam Pedas Untuk Dia disiarkan mulai 10 Januari 2015,  setiap hari  Sabtu dan Ahad jam 7.00 malam di slot baharu TV3 iaitu slot Dahlia.

Air tangan ku mengalir bersama sejuta rasa cinta... 

Feb 3, 2015

Penang Curry Mee yang sedap ! yang lazat !


Assalamualaikum..
Apa khabar semua rakan-rakan yang ita sayangi.. Doa ita agar semuanya dalam keadaan sihat dan di dalam lindungan Allah SWT

Minggu ni pasti ramai yang bercuti panjang, maklumlah banyak perayaan. Bila cuti hujung minggu bersambung pula dengan cuti am, anak-anak pastilah pulang ke rumah. Pasti riuh rumah dengan gelak tawa anak-anak. Macam-macam cerita, pengalaman yang ingin di kongsikan dengan keluarga.. dan banyak juga nasihat yang emak dan ayah berikan untuk bekalan bila mereka pulang nanti.

Para ibu pula pasti sibuk menyediakan menu istimewa untuk anak-anak yang pulang bercuti. Ita juga tidak ketinggalan untuk mencari resepi yang istimewa untuk anak-anak ita.
AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.