Jan 27, 2015

Coklat Oh Coklat


Anda mencari sesuatu yang menarik sebagai buah tangan untuk mereka yang anda sayangi.. atau untuk hiasan di atas dulang hantaran..

Hari ini ita nak berkongsi satu ilham buat anda yang masih mencari-cari sesuatu yang menarik untuk merialisasikan impian anda. Biasa kita hanya bagi bunga untuk insan tersayang.. apa kata kali ni kita bagi coklat pula..
Sebenarnya macam-macam boleh di ilhamkan dari coklat tau! coklat kini boleh di gubah untuk menjadi satu jambangan bunga yang cantik! bukan sahaja cantik.. coklat juga enak untuk di nikmati bersama mereka yang kita sayangi..

Jan 26, 2015

Kambing Masak Lada Hitam


Terdapatnya manfaat dari memakan daging kambing biri-biri, misalnya menambah kuantiti darah, memperkuatkan sistem pencernaan, menaikkan suhu badan iaitu ketika tubuh dalam keadaan dingin, menguatkan sistem tubuh badan khususnya pada para olahragawan dan memperkuatkan daya ingatan.

Daging kambing biri-biri jantan (kulitnya yang berwarna hitam) mempunyai sifat daging yang lebih halus dan lazat. Mengikut kajian para Ilmuan Islam, bahagian sumsum tulang, daging rusuk kanan hadapan (berdekataan tulang rusuk/sangkar rusuk) kambing biri-biri mempunyai nilai kualiti daging yang lebih baik dan berkhasiat berbanding daging rusuk kirinya. Akan tetapi, daging punggung dan peha kaki kanan adalah lebih mengenyangkan dan lebih mudah dicerna oleh perut.

Sabda Rasulullah SAW,;
“Ambillah daging(kambing biri-biri itu) sebelah depan. Jauhilah daging kepala dan perut, kerana penyakit terletak disitu”.

Ramai antara masyarakat kita seringkali di momokkan dengan keburukkan memakan daging kambing hingga ramai antara kita semakin menjauhkan diri daripada makanan sunnah kerana momokan-momokan mereka itu.

Sebenarnya, daging kambing adalah makanan kegemaran Rasulullah. Setiap sunnah nabi mesti ada kelebihannya. 

Jan 20, 2015

Ke Kampung Engku Mohsin lah kita....


Ita baru sahaja balik dari mendapatkan rawatan di Pakar Urut Saraf dan Tulang di Kampung Engku Mohsin. Boleh di katakan di sini adalah rumah ke 2 ita selain klinik, hospital, pusat rawatan tradisional, mahupun rumah ustaz-ustaz yang telah ita pergi.

Pakar urut saraf dan tulang di kampung Engku Mohsin ni memang popular dan terkenal di kalangan penduduk Johor Bahru. Sesiapa yang kalau patah tulang ke.. salah urat ke.. semua akan ke mari untuk dapatkan rawatan. Berubat di sini tiada ubat ya.. dia hanya betulkan urat atau tulang-tulang yang patah.

Biasa ita pergi sebelah pagi.. tapi sebab Dalili sekolah petang, sekarang ita pergi pada sebelah petang lah pula.
Kalau nak berubat di sini, kena datang awal-awal pagi sebab kat sini kena ambil nombor. Kalau tak dapat nombor kena datang pada sebelah petang pula. Ramai orang yang datang berubat kat sini, tak kiralah bangsa Melayu, Cina, India, dan juga warga asing yang semuanya dengan tujuan yang sama untuk dapatkan rawatan.

Bila Dalili jatuh...


Maaf sebab semalam ita berhenti bercerita kerana mula rasa kurang selesa. Biasalah kan bila kita berada dalam situasi begini kita boleh rasa.. Bagi mereka yang tak pernah kena mereka tak rasa.. dan itu juga adalah satu anugerah dari Allah.. kenapa Allah pilih kita untuk mengalami peristiwa begini.

Ita hanya mengigatkan setiap apa yang ita ceritakan ini adalah perjalanan yang ita lalui.. mungkin ianya boleh menjadi panduan pada rakan-rakan yang lain.. Jadikan pengalaman ini sebagai satu pengajaran yang baik.. Jika kita fikirkan ianya ke arah positif.. maka positif lah jadinya dan jika kita fikir nagatif maka nagatif jugalah yang kita terima. Setiap yang baik jadikan ianya sebagai panduan dan yang buruk jadikan ianya sebagai pengajaran. Sesungguhnya kita hambanya yang lemah.. kita perlu bersyukur di atas setiap ujian Allah.. bukan ianya  membebankan tetapi ada rahmat di sebalik apa yang telah di tentukan.. Bukankah kita senantisa dah di ingatkan senantiasa bersangka baik padaNya.. kerana dia yang maha pemurah lagi maha mengasihani..

Jan 19, 2015

Kenapa saya kerap sakit sekarang..


Aku tanya apa khabar?..
Pasti semuanya sihat-sihat belaka..
Ita, macam ni lah.. kesihatan tak berapa baik sekarang.. tapi macam mana pun tugas mesti berjalan seperti biasa.. cuma agak perlahan sikit lah.. Tak boleh ligat macam selalu.. Tapi Alhamdulillah.. masih sihat.

Ramai juga yang bertanya khabar.. Ada yang tanya kenapa asyik tak sihat aje kan ita ni sekarang.. Nak buat macam mana Allah nak uji kita.. terima dengan redoh dan sabar..

Semalam ita pergi klink lagi. Ubat yang doktor bagi hari tu dah habis. Tapi ita masih rasa tak berapa segar badan ni.. Lepas tu ita kena pula sakit pinggang. Susah nak bangun duduk. Ada macam satu urat yang tegang yang menjalar dari tengkuk ke betis sampailah ke hujung kaki. Ita juga dah tak boleh sembahyang berdiri.. ita sembahyang duduk aje.. sebab susah nak bangun duduk dan ita tak boleh nak rukuk sebab pinggang ita sakit sangat...


Beberapa hari yang lalu bila ita tidur malam kaki ita kerap di serang simpul biawak. Biasanya ita kena serang simpul biawak ni ketika ita mengandung. Tapi sejak dua menjak ni dia kerap benar menyerang ita ketika ita tidur. Kadang terjerit-jerit ita tengah malam bila kena simpul biawak ni. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu..

Nak kata sejuk, ita tidur sekarang memang tak bukak aircond, tapi masih lagi di serang simpul biawak. Mungkin ini adalah akibat ita kekurangan darah merah, ita pun tak berapa pasti.
Ita ni mengalami kurang darah bukanlah baru. Seingat ita ita kena tekanan darahh rendah atau kurang darah merah ni selepas ita melahirkan anak yang pertama. Lepas bersalin anak sulung ita memang kerap pitam. Pernah ita jatuh pitam sampai tempat sidai telekung ita patah dua, bila ita terjatuh ke atasnya. Mujur lah tak apa-apa masa tu..

Belum sihat betul ita dah mengandung anak yang ke dua pula. Lebih memburukkan lagi keadaan. Selalu lah ita kena marah dengan doktor sebab ita kurang darah. Tapi ita pun tak tahu nak buat macam mana.. Bila mengandung ita biasalah morning sickness, tak boleh makan apa.. semua habis di keluarkan.. sampai lembik badan di buatnya..

Lepas bersalin anak yang ke dua.. doktor pesan supaya ita tak mengandung lagi hingga tekanan darah ita betul-betul ok! Lama jugaklah kan 6 tahun ita tak mengandung. Bila ita nak hamil lagi, doktor bagi ita ubat supaya subur dan tambah darah. Habis sebotol ubat tu barulah ita mengandungkan Dalili.

Lepas, bersalin Dalili ita memang kerap sakit. Selalu nak pitam, gelap mata dan kadang bila ita bawa kereta tengahhari nak ambil anak sekolah, mata macam berpinar-pinar.. macam ada cahaya dalam mata ni yang buatkan ita sukar nak memandu waktu itu, kerana ia menganggu penglihatan. Bila ita rujuk pada doktor, mulah doktor scan kepala takut-takut kalau ada apa-apa ke kan kat kepala ita ke.. sebab ita kerap pening kepala, migrane dan kerap pitam. Tapi memang tak ada apa-apa pulak. Doktor cadangkan ita dapatkan rawatan perubatan tradisional atau rawatan secara Islam.

Ita ni dulu memanglah tak percaya sangat dengan perubatan tradisional atau kaedah rawatan Islam. Sebab ita tak nampak kaedah rawatan yang mujarab dan berkesan.. lagi pula ita bimbang jika tersasar.. Akhirnya ita buat rawatan akupuntur, namun rawatan akupuntur juga tidak berapa berkesan.. namun masih lagi ada kesan-kesan yang baik.

Tahu tak.. yang menghairan kan ita.. sewaktu ita menunaikan umrah, ita tak pula kena sakit kepala atau pitam waktu di sana, walaupun cuaca di sana pada waktu itu sangat panas. Ita rasa segar sangat di sana.. cuma masa tu ita batuk aje lahkan.. tapi batuk ita tu memang ita dah bawa dari Malaysia lagi..

Emm.. selain ita kerap sakit kepala, ita juga kerap sangat batuk.. Batuk ni memang macam payah nak baik.. rasanya macam batuk sepanjang tahun.. Sampai suatu masa , ketika ita berada di depan Kaabah, ketika nak solat.. mungkin melihatkan ita yang asyik batuk aje kan.. adalah seorang wanita Arap tegur ita dan dia berikan ita ubat.. dia suruh ita makan ubat tu.. dia ambilkan ita air zam-zam dan suruh ita minum.. Lepas tu memang kurang sikit batuk ita.. tapi hari terakhir sebelum pulang, ita kena demam dan batuk semula hinggalah ita balik Malaysia.

Sebenarnya masa di sana ita juga adalah mohon pada Allah supaya berikan ita kesihatan yang baik.. dan ita minta tunjukkan apalah permasalahan yang ita hadapi. Bila balik Malaysia.. ita mula lah dapatkan rawatan Islam. Ita ada jumpa beberapa ustaz untuk mendapatkan rawatan.. ada yang ok tapi ada juga yang macam mencurigakan. Tapi rata-rata jawapan permasalah adalah sama.. Ramai ustaz yang kata ita kena sihir.. Batuk yang ita kena ni pula katanya adalah santau angin..

Kata orang mimpi adalah mainan tidur.. Tapi kadang-kadang mimpi kita buatkan kita kerapa berfikir.. macam ada yang tersurat dan tersirat dalam setiap mimpi yang ita alami. Dulu ita memang tak ambil endah pasal mimpi..  Kerap ita bermimpi bermain dengan kanak-kanak kecil. Kadang ita mimpi menyusukan baby.. Mula ita rasa sebab ita ni teringin sangat nak baby lagi.. tu yang terbawa hingga ke dalam mimpi.. Tapi bila mimpi tu macam berulang-ulang dan boleh di katakan setiap malam ita rasa macam pelik pulak..

Selain mimpi bermain dengan budak kecik dan kerap menyusukan baby, ita pernah mimpi ular. Ada suatu ketika ita mimpi ita terpaksa berhadapan dengan 7 ekor ular. Ita memanglah sangat geli dengan ular.. tengok gambar ular pun ita dah lari.. inikan pula bila mimpi yang ita terpaksa berhadapan dengan 7 ekor ular. Dalam mimpi ita itu, ita dapat bantuan dari seorang tua, lelaki berserban putih dan berjubah putih, lelaki itu yang tolong ita tangkap ular-ular tersebut dan masukkan ke dalam guni. Cuma satu ekor ular yang besar dan agak ganas dia tak dapat tangkap.. dan ita terjaga dari tidur..

Selain mimpi binatang yang berbisa, ita juga kerap mimpi ita berada di tanah perkuburan.. ita berada dalam bilik air yang sangat kotor dengan najis.. Pernah mimpi di kejar oleh lembaga hitam hingga ita terjerit-jerit dalam tidur.. sampai suami ita kejutkan ita bila lihat ita tercungap-cungap ketika tidur.

Sebenarnya ita pernah juga mengalami masalah tidak boleh tidur malam. Pernah sampai 3 bulan ita tak boleh tidur malam. Sampai doktor bagi ita ubat tidur yang paling kuat pun ita tak boleh lena.. Kalau ita terlelap pun sekitar pukul 4 pagi.. dan lena ita pula penuh dengan mimpi-mimpi yang meletihkan..

Bila ita tidur pula ita kerap tersentap atau terkejut.. Terkejutnya ita terasa seakan ita terjatuh.. ita pun tak tahu kenapa kerap sangat.. ianya berlaku bila ita hampir nak terlelap.. lepas tu memang tak boleh lelap terus sampai pagi..

Memang banyak sangat perkara-perkara yang pelik-pelik berlaku..
Percaya atau tidak.. ita pernah lumpuh satu badan.. Pada suatu pagi tu bila ita terjaga nak bangun solat subuh.. tiba-tiba.. tubuh ita tak boleh bergerak dari leher hingga ke kaki.. Ita hanya mampu menangis menahan sakit.. pada masa itu ita terasa macam ita dah kena paralyzed. ya Allah memang ita rasa dunia ita dah gelap waktu itu.. dan ita rasa kehidupamn ita sudah pun berakhir..

Suami ita menangis melihat keadaan ita..
Dia cuba hubungi rakannya dan rakannya cadangkan supaya suami ita pergi ke rumah yang usang atau rumah yang dah lama di tinggalkan.. Pergi pada waktu malam hari.. Dia suruh suami ita cabut beberapa paku dalam rumah tersebut sambil membaca beberapa potong ayat Al Quran..
Malam itu suami ita pergi lah ke rumah lama yang dah bertahun di tinggalkan.. kalau lalu siang hari tengok rumah itu pun menyeramkan.. inikan pula bila kena pergi tengah malam.. Namun kerana kasihan melihatkan ita.. Suami ita buat juga..

Percaya atau tidak.. keesokkan harinya ita boleh bagun dengan sihat tanpa rasa sakit.. dan seolah ita pun tak perasan yang ita tak boleh bangun semalam.. hingga suami ita tegur.. eh! dah boleh bangun.. Ita rasa macam ita berada dalam mimpi aje waktu itu.. namun ita rasa syukur sangat bila ita sihat..


Tahu tak rumah ita pernah menjadi tempat lebah buat sarang. Jika ada yang perasan ita pernah kongsikan gambarnya pada tahun 2010 di FB. Biasa lebah buat sarang pada pokok yang tinggi, yang peliknya dia boleh buat sarang di pokok rumah ita yang rendah dan di kawasan kereta lalu lalang.. macam pelik aje kan..

Cuba anda lihat gambar lebah yang ita ambil dekat sikit..


Ini kedudukan lebah yang ita ambil gambarnya dari rumah ita.
Bila di terbalikkan gambar ini anda dapat lihat apa????.....


Nampak macam lembaga kan....?
Dan lembaga ini yang kerap ita nampak kelibatnya baik dalam mimpi mahupun alam realiti..
Nanti ita sambung lagi ya.. sebab ita dah terasa macam ada yang perhatikan ita sekarang....



Jan 18, 2015

Sambal tok tok benar-benar membuka selera..


Dah berapa hari ini selera ita semakin berkurang. Mungkin sebab tekak ni tak berapa sedap.. Hilang rasanya nikmat makan sekejap.. Makan apa pun rasa macam tak ngam aje dengan tekak ni.

Di sebabkan hari ini hari persekolahan di Johor. Sebagai ibu walaupun kurang sihat, ita kena juga sediakan makanan dekat anak ita. Dalili bersekolah sebelah petang tahun ini. Sebelum dia melangkah ke sekolah, ita kena pastikan Dalili dah mengambil makanan yang cukup supaya tidak tergangu pembelajarannya di sekolah. Bersekolah di sebelah petang adalah pengalaman pertama pada Dalili. Setiap kali balik dari sekolah, dia akan mengadu pening kepala. Mungkin cuaca yang terlampau panas sejak kebelakangan ini. Kerana itu ita kena pastikan dia makan dahulu sebelum ke sekolah, takut pula jika perut kosong masuk angin pula.. itu yang membuatkan dia berasa pening kepala.

Menurut Dalili lagi, dia selalu tak sempat nak makan di kantin pada waktru rehat. Masa rehat yang terlalu pendek dan harus pula berkejar ke surau untuk menunaikan solat, membuatkan dia selalu tak makan pada waktu rehat. Kesian Dalili, di suruh bawa bekal tak mahu pula. Berat bag katanya..

Hari ini ita masak yang ringkas sahaja untuk Dalili. Ita gorengkan ikan merah, daging ita masak kari dan ita juga buatkan sambal tok-tok yang power ni..

Jan 17, 2015

Kek Upin Ipin dan rakan-rakan





Bunga Carnation


Assalamualaikum..
Apa khabar rakan-rakan ita petang-petang minggu ni.. Doa ita agar semuanya sihat..
Alhamdulillah kesihatan ita semakin baik.. walaupun tidak sepenuhnya namun ita bersyukur kerana ianya lebih baik dari har-hari semalam..

Ita tak boleh lama-lama depan pc ni.. pening kepala nanti.. kita terus sahaja pada topik yang ita nak kongsikan hari ini. Jika sebelum ini ita pernah kongsikan bagaimana kaedah nak membuat bunga ros yang kembang dan yang kuncup di SINI. Alhamdulillah ramai yang ita lihat dah boleh pun buat bunga ros yang kembang dan kuncup dengan cantik! ada yang sampai buat kelas lagi.. Alhamdulillah rezeki masing-masing.. cuma nasihat ita kalau buat kelas tu jangan lah caj mahal-mahal sangat.. sebab kaedah membuat bunga dengan buttercream ni tak lah sukar mana sangat kan.. bahan pun taklah mahal sangat.. kesian kat kawan-kawan yang baru mula-mula nak berjinak belajar membuat kek..

Sausage Mix Vegetable Buns


Bun ini ita sediakan untuk sarapan anak-anak. Dalili cukup suka bun dengan sosej ini . Biasanya kalau ita pergi shopping mesti dia minta belikan bun sosej yang di jual di suppermarket. Kadang ita risau juga nak belikan dia bun sosej yang di jual di bakery. Pertamanya ita risau kerana tidak tahu siapa yang membuatnya dan yang kedua, di sebab kan ia menggunakan sosej yang kita tahu berasaskan daging atau ayam ita cukup risau akan sumbernya ialah takut halal atau sebaliknya.

Jan 15, 2015

Lontong dan sambal kerang


Alhamdulillah.. setelah beberapa hari berhadapan dengan komplikasi tekanan darah yang merudum, hari ini ita rasa sihat sikit.. walaupun tidak sepenuhnya..
Terima kasih pada rakan-rakan yang mendoakan kesihatan ita. Terima kasih juga buat suami yang banyak membantu ita.. di saat ita tak boleh berjalan.. terpaksa di papah ke bilik air.. Ita juga tak boleh menjalankan kewajipan ita sebagai ibu.. tak boleh nak masak.. nak mengemas rumah.. badan memang longlai sangat.. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati ita rasa sangat sedih bila ita tak dapat jalankan kewajipan ita pada keluarga seperti biasa.

Beberapa hari hanya berbaring di atas katil.. memang sesuatu yang amat-amat meletihkan. Maklumlah ita dah biasa renyah dengan aktiviti ita sehari-hari.. tiba-tiba tidak boleh bergerak, tangan dan kaki menjadi kebas memang cukup-cukup mencabar. Ubat yang doktor berikan membuatkan ita mengantuk dan hanya makan tidur.. makan tidur sahaja rutin ita beberapa hari ini.. Ita terpaksa akur atas nasihat doktor supaya ita tak bergerak banyak, kerana doktor bimbang badan ita yang lemah akan membuatkan ita jatuh yang akan memburukkan lagi keadaan.

Jan 13, 2015

Anemia Oh Anemia


Sejak akhir-akhir ini kesihatan ita kerap kali terganggu. Pada mulanya ita hanya beranggapan ianya adalah di sebabkan oleh faktor cuaca yang tak menentu sejak kebelakangan ini. Seminggu ita berhadapan dengan demam yang agak teruk.. batuk yang kronik yang membuatkan tubuh badan semakin hari semakin lesu. Hingga ada ketikanya ita terasa seakan macam nak pitam bila duduk lama atau berdiri. Badan menjadi terlalu lesu, tangan mula terasa kebas. Dada sering kali bedebar dan kerap kali berpeluh sejuk. Kaki dan tangan sudah mula terasa sejuk dan kadang-kala terasa lenguh pada seluruh sendi.

Melihatkan kesihatan ita yang semakin kritikal.. Sekali lagi ita ke klinik untuk mendapatkan pengesahan dari doktor sekali lagi. Ita bawa sekali hasil ujian darah dan air kencing yang doktor berikan tempoh hari. Kali ini ita ke kelinik Asia pula. Ita suka sikit pergi klinik Asia, kerana pada ita doktornya sangat profesional, dan mereka melayan setiap pesakitnya dengan baik.

Alhamdulillah kali ini ita tidak perlu tunggu lama, kerana tidak ramai pesakit, mungkin sebab hari dah petang. Ita berjumpa dengan seorang doktor muda yang sangat lembut tutur bicaranya. Seorang doktor India, beliau tanyakan masalah yang ita hadapi dan mendengarnya dengan berhati-hati. Ita berikan laporan kesihatan dan ujian darah dari klinik sebelum ini. Setelah mengamati hasil laporan beliau menerangkan dengan ita setiap apa permasalahan kesihatan yang ita hadapi hingga membawa kepada simtom-simtom yang ita alamai kini.

Jan 12, 2015

Ayam Phat Phet



Bila anak-anak dah mula bersekolah, ita pasti mencari menu yang mudah, ringkas di sediakan dan yang penting enak dan menyelerakan. Hari persekolahan menuntut para ibu lebih kuat lagi bekerja.. kena lebih cekap dan bijak. Ibu-ibu kena bijak merancang masa supaya tidak kelang kabut dengan tugasan harian dan perhatian terhadap keluarga.

Oleh kerana itu bila tidak punya masa yang cukup, ita suka memasak yang ringkas-ringkas sahaja. Janji perut anak-anak terisi dengan makanan sebelum mereka melangkah keluar ke sekolah.
Hari ini ita sediakan satu resepi yang bukan sahaja mudah dan ringkas tapi ianya juga sangat enak di makan. Resepi hasil perkongsian dari Widad di My Resepi. Terima kasih Widad. Menurut Widad resepi ini adalah resepi air tangan neneknya yang berasal dar Siam.  Memang sedap! anda pun boleh cuba..

Jan 11, 2015

Akukah superheroes itu..


Hari ini merupakan hari pertama anak-anak melangkah ke sekolah. Rutin para ibu kembali berulang seperti biasa. Mungkin ada yang masih lagi menyesuaikan diri dengan rutin baru.. ialah kalau dahulu anak sekolah sebelah pagi.. tahun ini pindah pula ke sebelah petang.. ada pula yang dahulu petang sekarang pula ke sekolah pagi.. Tugas ibu sebagai superheroes pun bermula...

Sayur Campur


Ita memang suka masak menu yang mudah dan ringkas. Sebab utamanya dapat menjimatkan masa ita di dapur selain ita dapat menghidangkan dengan kadar yang segera.
Sayur adalah menu yang mesti ada setiap kali ita sediakan hidangan untuk keluarga. Mujur anak-anak ita tiada masalah dengan sayur dan mereka dah di latih dari kecil supaya suka makan sayur.

Ita selalu sangat berjumpa dengan kawan-kawan yang tak suka makan sayur. Ada juga kawan-kawan ita yang sering mengeluh kerana anak-anak tak suka makan sayur. Pada ita untuk menggalakkan anak-anak makan sayur kita kena mulakan dari mereka kecil.. ibarat melentur buluh.. sebaiknya biarlah dari rebungnya..

Jan 10, 2015

Roti Sarang Lebah.. lembut, gebu dan sedapnyaaa...




Alhamdulillah... tertunailah hutang kak ita dengan adik-adik akak yang dok kerap kali bertanya bilalah kak ita nak buat Roti Sarang Lebah yang popular dan meletup-letup tu kan..

Hihi... belum sampai seru lagilah dik nak buat.. Mood meroti tak mari-mari..
Tapi hari ini semua penantian dah pun berakhir kan.. maka selesailah satu hutang akak pada adik-adik akak ya..

Emm... tak sangka sedap rupanya roti ni.. padanlah semua kemaruk nak buat roti ni.. sampai ada yang dah jadi pendapatan sampingan lagi.. Alhamdulillah rezeki kan.. kalau kita rajin macam-macam boleh kita jadikan duit ya tak..

Chef.. mu tunggu ku datang...

Assalamualaikum..

Lama rasanya ita tak bercerita berkenaan bengkel Chef Amer. Rata-rata siapalah yang tak kenal dengan chef yang satu ini. Chef yang menjadi kegilaan para ibu-ibu di luar sana yang gemarkan dunia masakkan. Pada ita beliau bukan sahaja seorang Chef, tapi beliau adalah guru, sifu dan idola ita sejak ita meminati dunia masakkan. Seorang yang cukup humble, tidak lokek berkongsi ilmu.. suka berkongsi pengalaman... tidak lokek dengan senyuman dan seorang yang suka melawak.

Pagi tadi buka aja tab, ita dapat pm dari Chef. Dah berapa kali chef menjemput ita ke bengkel masakkannya. Tahun lalu semua kelas Chef ita tak dapat turut serta atas sebab-sebab yang tak dapat ita elakkan. Ada tarikh yang ita tak berapa sihat.. ita ada rawatan dan ada yang bertindih dengan jadual tempahan kek. Maklumlah tarikh kelas chef biasanya pada hujung minggu dan hujung minggu juga merupakan hari ita bertungkus lumus menyiapkan tempahan customer. Rugi.. memang terasa rugi sangat bila terpaksa melepaskan peluang mengikuti kelas chef.. Bukan mudah nak dapatkan ilmu dari Chef. Jika beliau sanggup datang dari jauh semata-mata nak curahkan ilmu.. kenapa kita juga tidak sebegitu..

Jan 9, 2015

Birthday Cake Upin Ipin dan rakan-rakan


Angin sejuk yang berhembus sepoi-sepoi bahasa benar-benar nenusuk hingga ke tulang sum-sum ini.. Sejuknya lah aiii... dah berapa hari cuaca mendung aje.. sesekali hujan turun menambahkan lagi kesejukkan malam..

Dah empat hari ita tak dapat tidur lena. Demam yang menyerang ita kali ini terasa berlainan sekali sakit dan bisanya. Kepala senoneng.. mata berpinar-pinar.. sendi-sendi terasa amat bisa hingga nak pijak lantai pun terasa bisa hingga ke tulang. Pagi tadi ita terasa pula tangan dah mula terasa kebas.. Ya Allah demam apa pula yang menyerang ku kali ini..

Dalam kepala tak ada ingat lain.. tempahan dari customer macam manalah nak di siapkan jika keadaan ita terus-terusan begini.. Ya Allah sembukanlah sakitku ini.. agar dapat aku melangsaikan amanah yang ku pikul.

Pagi ni, ita mengadap doktor.. tak tertahan lagi sakit yang di tanggung. Doktor ambil darah dan buat ujian air kencing.. Dengan debaran ita menunggu agar tiadalah apa-apa penyakit yang berat.. Sekali lagi nama di panggil.. Doktor kata tak ada apa-apa jangkitan kuman dalam darah.. demam biasa sahaja.. tapi kalau dua hari ni tak baik lagi harus datang semula untuk ujian yang lain pula.. Lega rasanya.. tapi masih lagi tak puas hati.. kenapa teruk sangat demam ni.. kata demam biasa aje.. Mungkin ujian dari Allah.. nak hapuskan dosa kecil.. ita cuba memujuk hari yang masih ragu-ragu..

Jan 8, 2015

Lala Pedas




Assalamualaikum..
Dan salam sejahtera buat semua..
Dah bersedia nak berperang di dapur hari ini..?
Pasti para ibu masing-masing dah mula buka peti ais mencari apalah yang hendak di masakkan untuk hari ini.

Hari ini ita masak lala.
Lala adalah kesukaan anak-anak ita. Suka sangat lah mereka meratah lala ni. Kerap kali juga ita sediakan lala untuk keluarga. Dah bermacam-macam juga resepi lala yang ita cuba.. semua enak dan sedap-sedap belaka. Mana tahu sedap..? emmm.. kalau dah licin pinggan tak bersisa maknanya sedap sangat lah tu... ^_^

Hari ini sekali lagi ita sediakan lala untuk keluarga tersayang. Tapi kali ini ita cuba resepi dari Dapurku Sayang yang dah lama sunyi sepi. Mana lah Dayang menghilang.. sihat ke dia...? merajuk ke dia...? letih ke dia melayan kerenah dunia blog yang bermacam ragam..
Walauapa pun.. ita doakan semoga Dayang dan juga rakan-rakan bloger yang dah lama sunyi.. agar tahun 2015 ini dapat membuka semangat baru buat mereka untuk bangkit semula dan terus berblog..
Rindu rasanya dengan rakan-rakan yang dahulu sama-sama memasak, berkongsi resepi dan berkongsi rasa....

Jan 7, 2015

Kek Pisang Lembut


Tekak ni bila tak berapa sihat, macam-macam dia nak makan..
Tiba-tiba teringin pulak nak makan kek pisang. Rasa macam lamanya dah tak buat kek pisang.
Pisang yang suami ita beli untuk anak-anak ada lagi berbaki.. diam-diam ita godek jugak sebiji kek pisang.. hihi

Kan tak sihat pergilah berehat..
Rasa macam tak boleh nak dok diam.. tekak ni mengidam macam-macam pulak.. Tapi bila dah buat bukannya makan sangat.. ambil bau pun jadilah..

Ita memang suka makan kek pisang. Baunya yang harum dan teksturnya yang lembut memang membuatkan ita tak pernah jemu menikmatinya..
Anak-anak tak berapa suka.. masing-masing menolak dengan alasan dah jemu hari-hari bau kek dekat rumah.. tak pe..lah biar mak habiskan..

Ayam Masak Halia mudah , ringkas dan sedap!


Dah tiga hari demam tak kebah-kebah jugak. Tekak ni terasa semakin perit dan gatal. Bangun pagi hari ni kepala dah mula rasa senoneng.. tak boleh berdiri lama rasa nak rebah aje.. teruskan juga solat walaupun terasa badan seakan melayang-layang..

Walaupun badan tak berapa sihat.. tugas memasak harus di teruskan, kerana ada mulut yang menanti untuk di suap. Tapi masak yang ringkas-ringkas aje.. sebab tak larat nak berdiri lama-lama.. takut pulak pitam nanti.

Ok hari ni ita masak ayam masak halia. Resepi dari Chef Hanieliza dan di kongsikan oleh Yatie. Dah banyak kali nampak Yatie masak lauk ni.. pada fikiran ita mesti sedap sebab Yatie ni kalau sedap dia akan masak berulang kali. Ia menguatkan lagi semangat ita untuk mencuba memandangkan cara memasaknya yang cukup mudah dan simple dan bahan yang minima.

Jan 6, 2015

Jus Kedondong Asam Boi


Kedondong adalah merupakan sejenis tumbuhan berbuah yang banyak terdapat di hutan Malaysia dan negara-negara Asia. Kedondong berasal dari Asia Tenggara dan Asia Selatan. Pokoknya yang cepat membesar dan boleh mencecah ketinggian 45 meter.
Di hilir Perak, masyarakat setempat memanggilnya dengan nama Amrah.
Buah kendondong sangat enak di makan . Ianya boleh di makan mentah. Kedondong yang hijau sesuai dibuat rojak, masak kari, acar, pengganti mangga dan limau nipis dalam sambal belacan, dibuat kerabu dan jeruk. Kedondong yang sudah masak boleh dibuat jem, jeli, jus dan sup.

Kedondong mempunyai biji yang bersabut. Menurut kepercayaan masyarakat setempat, kedondong tidak sesuai untuk wanita hamil kerana tumbesaran bayi akan terbantut. Namun tidak terdapat bukti saintifik mengenai hal ini hingga kini.

Sambal Telur Pindang


Assalamualaikum..
Selamat pagi dan salam sejahtera buat semua pengunjung yang sudi menjengah dapur maya ita ni..
Terima kasih juga bagi mereka-mereka yang sudi dan telah mencuba resepi yang ita kongsikan. Gunalah resepi ini untuk hidangan dan santapan keluarga tersayang.. Semoga ilmu yang baik ini dapat memberikan maanfaat buat semua..

Jika semalam ita dah kongsikan resepi yang popular dari negeri Johor, hari ini ita kongsikan satu lagi resepi yang juga popular di Johor, sangat unik dan sangat eksklusif.
Kenapa ita katakan resepi ini cukup eksklusif kerana cara pembuatannya yang cukup rumit dan ianya jarang di sediakan dan hanya di sediakan untuk majlis perkhawinan sahaja.

Jan 5, 2015

Rojak Asma



Assalamualaikum
Apa khabar sahabat-sahabat ita di luar sana hari ini?
Doa dan harapan ita agar semunya berada dalam keadaan sihat.. senantiasa kekal bahagia dan ceria-ceria selalu..

Cuaca di Johor Bahru nampaknya semakin baik. Kalau beberapa hari yang lalu.. sejuk dan dingin dengan angin yang kuat berhembus.. semalam nampaknya sang mentari dah mula mengeluarkan sinarnya.. hangat membara..  Alhamdulillah kering kain di jemuran..

Dah sarapan?
Kita ni sebagai suri rumah.. memang tak ada kerja lain.. kepala ligat nak fikirkan apalah menu yang nak di hidangkan pada keluarga.
Hari ini ita nak bercerita tentang satu lagi menu masakkan yang cukup popular di Johor iaitu Rojak Asma. Ada yang panggil rojak asma dan ada yang panggil asma rojak.. mana-mana pun sama aje.. hihi.

Jan 4, 2015

Ikan Selar Masak Kicap Pedas


Assalamualaikum

Masak yang mudah dan ringkas lagi untuk keluarga. Semalam ita dah terlalu kepenatan menyiapkan tempahan kek. Bila dah penat sangat ita masak yang ringkas-ringkas aje..
Kebetulan ada ikan selar dalam peti ais.. ita goreng dan buatkan masak kicap pedas. Ikan selar ni ita suka kalau buat masak kicap atau masak yang kering-kering. 

Ikan selar isinya agak keras berbanding ikan kembung. Biasa kalau goreng gitu aje ianya kurang mendapat sambutan kalau kat rumah ita ni.. Oleh kerana itu ita lebih suka jadikan ianya lauk yang enak di nikmati oleh keluarga. Bila dah masuk dalam lauk macam ni.. berselera pulak anak-anak meratah ikan ni.. 

Bila memasak ni kita harus bijak memadan suaikan gandingan hidangan supaya ianya menjadi gandingan yang ideal dan di sukai seisi keluarga. Barulah tak berlaku pembaziran..
Jan 3, 2015

Bunga Emas


Assalamualaikum..

Hari ini memang sangat meletihkan..
Dari malam tadi tak dapat tidur yang cukup kerana nak kena siapkan tempahan kek customer. Ini adalah kek terakhir yang sempat ita siapkan untuk minggu pertama di tahun baru ni..

Lepas hantar kek-kek ini ita pun apalagi tidur lah.. adoiii... sedapnya lah dapat tidur.. dapat regang-regangkan otot-otot yang dah ketat dan tegang ni..

Ada satu lagi kek Rusian Black and white yang tak sempat ita ambil gambar akibat dah terlalu letih..
Berbicara berkenaan kek bunga emas ni.. masuk ni ita rasa dah 3 kali ita sediakan kek ini dengan deco yang sama.. Ramai pula yang sukkan deco ni.. Alhamdulillah...

Sebenarnya pada mulanya ita ni ingin membuat kek dengan ' satu deco untuk satu customer sahaja' tapi... ramai yang suka deco yang pernah ita buat untuk customer yang lain..
Bila mereka kata" kak saya nak deco sebijik macam ni.."  Ita dah tak boleh nak kata apa dah... terpaksa lah turut apa yang customer inginkan..

Salam Maulidur Rasul 1436h bersamaan 3 Jan 2015m


Maulidur Rasul  adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin (Dari hadith riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal soleh.

Jan 2, 2015

Jambatan Asmara


Assalamualaikum.. dan selamat malam semua.. Ada yang dah nak tidur ke? Ita masih lagi belum boleh lelapkan mata, nak kena siapakn kek khawin untuk esok hari pulak.
Ok malam ni ita nak kongsikan kek yang pada ita cukup istimewa dan unik.

Sebenarnya boleh ita katakan kek ni kek last minute.. Pada mulanya customer dah booked date.. tapi senyap aje.. jadi ita ingat tak jadilah kot.. Ita dah ambil kek lain.. tiba-tiba customer call dan kata onn pulak..! alamak... ita rasa macam tak sempat nak buat memandangkan keknya 2 biji kek 2 tier.  Ita pun cakkaplah pada customer yang ita tak boleh ambil sebab dah suntuk sangat masanya.. lagi pula kalau nak buat patung pengantin tu perlukan masa paling kurang 3 hari untuk ia betul-betul keras.

Taugeh Goreng Ikan Masin


Taugeh adalah hidangan yang kerap kali menjadi pilihan kami sekeluarga sebagai hidangan sampingan. Anak-anak dan suami ita cukup suka kalau ita masak sayur taugeh. Sayur taugeh juga boleh di kategorikan sebagai sayur yang paling murah untuk di jadikan hidangan. RM 1 taugeh boleh menjadi hidangan yang cukup enak dan di makan untuk seisi keluarga.

Jika tadi ita dah masak Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas, untuk sajian sampingan ita masakkan taugeh goreng ikan masin. Memang cukup berselera kami menikmati hidangan makan tengahari kami sekeluarga. Di lawankan pula dengan sambal belacan dan ikan kerisi goreng memang buatkan suami dan anak-anak makan bertambah-tambah.

Keluarga ita lebih sukakan makanan yang simple, yang mudah di masak dan cepat di sediakan. Ita rasa cukup bertuah kerana mereka tak cerewet bab makan.. tak kiralah baik anak-anak mahupun suami. Apa sahaja yang ita hidangkan kami sekeluiarga menikmatinya dengan penuh rasa kesyukuran.

Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas



Assalamualaikum dan salam Jumaat buat semua yang sudi lagi singgah di dapur maya ita ni..
Hari Jumaat pertama dalam tahun 2015. Bagi negeri Johor hari Jumaat adalah hari cuti, maka ramailah yang merebut peluang untuk menyiapkan dan melengkapkan lagi keperluan anak sekolah. Hari Jumaat juga pada ita adalah hari yang cukup pendek masanya.. Terkejar-kejar nak masak dan mengemas rumah kerana sekejap lagi orang lelaki dah nak ke masjid menunaikan solat Jumaat.
Oleh kerana itu kena masak awal-awal.. sebab ada yang nak makan dahulu sebelum ke masjid dan ada juga yang nak makan bila selesai menunaikan solat.

Hari ni masak yang mudah dan ringkas aje..
Masakkan kesukaan orang selatan tanah air iaitu asam pedas.
Asam pedas ni kan bagi orang Johor, tak ada istilah jemu.. ianya macam dah sebati.. kalau seminggu tak kena asam pedas boleh meracau di buatnya.. macam terasa tak cukup energy aje...

Jan 1, 2015

Harapan 2015



Assalamualaikum
Satu lagi kek yang sempat ita siapakan sempena tahun baru 2015
Kek ni ita berikan namanya harapan..
Harapan dari seorang ibu untuk melihat kejayaan anaknya..

Tak lama lagi anak-anak kita akan kembali semula ke sekolah. Pasti ramai yang akan menduduki peperiksaan yang besar tahun ini. Maka ramailah anak-anak dan ibu bapa yang mengharapkan anak-anak akan menjulang kejayaan..

Bagi anak-anak pula pasti azam dan semangat untuk kesekolah berkobar-kobar..
tak sabar nak jumpa kawan-kawan.. tak sabar nak jumpa cikgu dan tak sabar nak mulakan sesi persekolahan..

Jongkong Emas Menyambut Tahun Baru 2015


Assalamualaikum..
Permulaan tahun baru dengan jongkongan emas yang berkilauan...
Nampaknya satu permulaan yang baik untuk tahun 2015
Alhamdulillah semoga tahun baru ini kita di limpahi rezeki yang barakah dari Allah SWT.

Kalaulah jongkongan emas ini real.. menyanyi lagu Kalau Aku Kaya lah jawabnya....

2015 ku harapkan sebuah keajaiban


Tahun baru datang lagi..
Kali ini kedatangannya yang amat di nanti-nantikan.. Dengan satu harapan agar ianya memberikan sinar kebahagiaan.. di penuhi dengan seribu rahmat.. di limpahi dengan seribu keberkatan.. dan di sudahi dengan beribu-ribu kejayaan dan kegembiraan...

Ya Allah..
Tahun 2014 telahpun melabuhkan tirainya..
Tirai yang penuhi dengan cabaran dan dugaan.. dengan ranjau dan liku-liku kehidupan.. dengan onak dan duri yang perlu di tangkis dan di tepis.. dengan seribu kepayahan dan kesabaraan...
Akhirnya Engkau tutup tirai 2014 dengan deraian tangisan yang tak berkesudahan... dengan limpahan air mata kesyahduan...

Ya Allah..
Aku hanya mengharap dan berharap..
Agar kau bangkitkan kami semua dengan semangat dan kecekalaan..
Agar dapat terus bernafas walaupun dengan seribu kepayahaan..

Ya Allah..
Gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan.. balaslah kesedihan dengan seribu kegembiraan.. dan hilangkanlah perasaan takut ini dengan kenteteramaan..

Ya Allah..
Sejukkanlah  gelora di hati ini dengan salju keyakinan.. padamkanlah bara api di jiwa ini dengan air keimanan...

Ya Allah..
Lenyapkanlah segala keraguaan dengan sinar mentari Mu..
Hancurkanlah segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan ini dengan cahaya kebenaran..
Hapuskanlah segala tipu daya dengan pertolongan bala tentera mu...
Bangkitkan kami dengan semangat perjuangan para anbia..
Tiupkanlah kesabaran dan kecekalaan kekasihMu...

Ya Allah..
hanya pada Mu ku panjatkan seribu harapan..
Ku titipkan doa di setiap sujudku...
Agar kau berikan kebahagian.. kesenangan.. dan keimanan.. di dunia dan di akhirat..
Dan peliharalah kami dan lindungi kami dari siksaan api nerakaMu..

Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Saw bersabda: Allah berfirman:

“Aku menurut sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingat-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik dari kelompok mereka. Jika dia mendekati-Ku satu jengkal, maka Aku mendekatinya satu hasta. Jika dia mendekati-Ku satu hasta, maka Aku mendekatinya satu lengan. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari”.

Sahih al-Bukhari, Kitab: at-Tauhid, Bab: Qaul Allah Ta’ala wa Yuhadzdzirukumullah Nafsah. Juz: 6, halaman: 2694, no: 6970.
Penerbit: Dar Ibni Katsir. Al-Yamamah, Beirut, Lubnan. Cetakan ke-3, tahun: 1407H/1987M

Hidup ibarat roda..
ada masa kita berada di atas.. ada kala kita berada di bawah..
Hidup tidak selalunya indah.. lautan tidak selalunya tenang dan hari tidak selalunya cerah...
Namun susahnya kehidupan.. geloranya lautan.. dan mendungnya hari.. bukanlah penentu kepada sebuah diari kehidupan..
Setiap apa yang berlaku... apa yang kita lalui dan tempuhi adalah satu pengalaman yang semakin mematangkan... ada hikmah yang menanti di penghujungnya..
Setiap jalan cerita dalam kehidupan kita harus bersedia menghadapinya dan mencari kesimpulannya... agar kita senantiasa ingat kepada Dia yang Maha Kuasa..

Kepada sahabat yang di kasihi...
Selamat tahun baru.. dan selamat mulakan farsa kehidupan yang baru..

Salam sayang buat semua...






AzlitaMasamManis. Powered by Blogger.