Follow if you like

Dec 7, 2015

Red Velvet Cheese Brownies


Lama tak bersiaran, maaflah ita sibuk sikit kebelakangan ni.. Sibuk dengan tempahan kek dan sibuk juga siapkan barang-barang untuk kelas pertama ita bersama Kementeria Belia dan Sukan Johor. Banyak barang nak kena beli.. maklumlah baru pertama kali nak anjurkan kelas.. Ita pun bedebar-debar jugak ni.. Bedebar nak menanti hari yang di tunggu-tunggu tu.. risau jugak bila nak mengajar ni.. ita pun bukannya pandai sangat.. masih lagi bertatih dan banyak lagi yang ita kena belajar.. Ita harap semuanya berjalan dengan lancar dan sebagaimana yang telah di rancang.

Ok bila dah lama tak bersiaran.. hari ini ita kongsikan resepi brownies. Dah lama tak buat brownies kan.. Red Velvet Cheese Brownies ni dah lama meletup dulu... cuma ita aje yang tak berkesempatan lagi nak mencuba. Tak banyak beza dengan rasa kek red velvet yang lain.. cuma ia di buat untuk brownies yang mudah di nikmati dan di hidangkan. tak perlu deco bagai... dan sesuai untuk hidangan minum petang atau jamuan ringan.


Keknya simple dan cara penyediaannya juga mudah dan ringkas.
Resepi dari Sheila tapi ita ikut cara ita dan mana yang mudah aje.
Ramai yang sukakan red velvet kan..? tapi ramai juga yang kata bila buat kek red velvet rasanya pahit.
Sebenarnya red velvet ni rasanya memang sedikit pahit, oleh kerana itulah ianya di gandingkan dengan lemon cheese supaya dapat seimbangkan rasanya. Itulah sebenarnya keistimewaan red velvet. tapi macam biasa lidah kita orang Melayu ni.. dia kadang tak berapa biasa.. sama juga macam ita lah kan.. Oleh itu bila ita buat red velvet ita tak letak cuka atau soda, kerana dua bahan ini yang membuatkan rasanya sedikit pahit. Tapi terpulang pada masing-masing punya selera nak letak boleh tak letak pun boleh tapi rasanya akan berubahlah...



Jom kita intai resepi dari Sheila


RED VELVET CHEESE BROWNIES
Resepi Oleh : Spices Journey

250 gm butter ( unsalted )
1/2 cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml natural yougurt
1 1/4 cawan gula caster
2 biji telur gred A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh cuka atau lemon jus
1 sudu teh pewarna merah

Sediakan loyang 10 x 10 inc, lapik kertas pembakar dan oleskan sedikit butter, ketepikan
Panaskan oven pada suhu 175 C

Cairkan mentega dan minyak jagung dengan kaedah double boiler hingga larut, kemudian sejukkan
Ayak tepung kek bersama serbuk koko, ketepikan
Yogurt di campurkan pewarna merah, kacau sebati dan ketepikan
Dalam mixer, pukul telur dan gula hingga sebati
Kemudian masukkan minyak jagung dan butter yang telah di cairkan dan gaul sebati
Kemudian masukkan yogurt yang telah di campur pewarna merah dan pukul sebentar
Kemudian masukkan tepung dan koko sedikit-sedikit sambil di adun hingga rata
Tuangkan esen vanilla dan gaul rata
Ambil 2 atau 3 sudu asingkan ~ untuk lorekkan atas kek
Satukan soda dan cuka atau lemon jus dan tuang cepat-cepat dalam adunan dan gaul rata

Tuangkan dalam loyang dan bakar pada suhu 175 C selama 40 ~ 50 minit bergantung kepanasan oven masing-masing
Api atas dan bawah

Sementara menunggu brownies kita masak kita sediakan cream cheesenya pula.

LAPISAN CHEESE

350 gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 biji telur A
1 sudu besar lemon jus atau lemon paste

Putarkan cream cheese hingga berkrim
Masukkan gula icing dan pukul sebati
Masukkan telur dan pukul sebati
Masukkan jus lemon dan putar lagi
Ita larikan 2 sudu besar untuk lorek atas kek ( ita tak gunakan adunan kek tadi sebaliknya untuk lorekkan ita gunakan adunan cheese juga, ita campurkan 2 sudu cheese dengan warna merah  )

Bila brownies dah masak, tak perlu tunggu sejuk, terus tuang cream cheese atasnya.
Lorekkan dengan warna merah ( tak kiralah jika guna adunan tepung atau adunan cheese ) dan lorekkan atas kek mengikut kreativiti anda.
Masukkan semula dalam oven dan bakar selama 30 minit ( ita kurangkan suhunya 150 C )

Bila dah masak sejukkan hingga betul-betul sejuk barulah di potong dan di hidangkan.

* Ada 2 kaedah yang boleh anda gunakan untuk membakar selepas di tuangkan cheese.
1. Anda boleh gunakan kaedah steam bath, letak tray atau loyang tu dalam bekas yang ada air dan masak dalam oven selama 30 minit
2. Boleh tutup api bawah dan buka api atas sahaja
Ita pula kurangkan sahaja suhunya kepada 150 C dan bakar macam biasa.












12 comments:

Jujue Ahmad said...

salam sis azlita.. Jue nak tanya bakar api atas bawah ke utk lapisan kek tu? utk cheese tu pulak bakar suhu atas sahaja ke atau api atas bawah?

Rizziela said...

Cantik & nampak sedapnya

Unknown said...

Masha Allah..cantiknya kejadian...hasil tangan Kak ita slalu meletop!

Ar Toone said...

Sangat cantik, rv pun nampak berlemak. thumbs up. best!

izahdaut said...

assalamualaikum kak ita.. salam kerinduan.. semoga akak sihat dan kelas akak nanti semuanya dipermudahkan allah dan dilancarkan perjalnananya. cheese brownies.. siapa mahu menolak nya? hehehe

insan biasa said...

Saban ari duk terjah blog kak ita..tertunggu2 nape la empunya blog menyepi..rupa2nya ngah bz wt psiapan yer..alhamdulillah..semoga rezeki akk melimpah ruah..arini dpt lg resepi baru..thanx a lot sis..will try it soon..;-)

Amy Hilmirda Daud said...

nampak sedap...

Shiela said...

tq ita.. :)

Bai Zura said...

semoga dipermudahkan kak Ita nak buka kelas dengan Jabatan Belia dan Sukan Johor..saya pun bertugas under kementerian yang sama jugak tapi sya di Perak.. Insya Allah saya nak cuba red velvet ni nanti.

Sha Darwisyah said...

Sedap nya...

Unknown said...

sis boleh tak gantikan yogurt dgn susu segar?

Nurul Amalina Abu Bakar said...

Salam Sis Azlita Aziz,
Minyak dan butter yang dah di double boilkan tu, kena tunggu sejuk dulu ke baru masukkan dalam adunan lagi satu? terima kasih

Powered by Blogger.