Follow if you like

Dec 25, 2015

Kelas 23 Dec 2016


Alhamdulillah syukur... ke hadrat Allah swt bilamana kelas pertama ita pada hari Rabu 23 hb Dec 2015, berjalan lancar. 
Cuaca pagi yang cerah, dan mendamaikan menyambut kedatang kami di Bricks Cafe. Terima kasih kepada pihak pengurusan Bricks Cafe yang bersusah payah, menyediakan ita tempat dan kemudahan yang selesa untuk ita mencurahkan ilmu. 
Sekarang barulah ita tahu, bahawa bukan mudah nak mengadakan kelas, komitmen harus di berikan 200 % supaya hasilnya nanti dapat memberikan keseronokkan kepada para pelajar.
Dah lama sebenarnya ita di minta untuk adakan kelas.. Ita juga banyak kali pergi kelas sebelum ini, dari situ ita banyak belajar mana yang baik dan mana yang buruk. Insyaallah ita semakin cuba untuk memperbaiki lagi segala kelemahan, maklumlah ita baru pertama kali melangkah ke dunia luar. Kalau sebelum ini ita lebih selesa berkongsi di alam maya, kini ita muncul di alam nyata pula untuk memberikan tunjuk ajar. Ita harap ianya memberikan impak yang besar dan manfaat untuk anda semua.. Besar harapan ita agak mereka yang keluar dari keals ita nanti akan terus mahir untuk mendeco kek. Semoga berjaya di luar sana.. dan berjaya mengapai impian yang di harap-harapkan..



Terima kasih ita yang tak terhingga  kepada adik-adik ita yang datang dari jauh.. Endang dari Indonesia, Maisara dari Kajang, Kula Lumpur, Azlin dari Putra Jaya, Adiba dari  Batu Pahat, Reen dari Semencu Kota Tinggi dan yang dekat.. Yati dari Bandar Dato Onn dan Normah dari Pasir Gudang terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bagi. Semoga ukhwah ini berkekalan dan berpanjangan hendaknya. Anda semua pelajar yang baik, yang tekun, sabar dan tak putus asa. Teruskan praktis dan praktis lagi, insyaallah pasti boleh hasilkan yang lebih baik lagi.. 
Semoga ilmu yang sedikit dari kak ita menjadi satu impak yang besar kepada kalian dan di maanfaatkan sebaik-baiknya. Akak doakan semoga semua adik-adik akak terus maju jaya walau dalam bidang apa pun yang di minati. Harus terus berusaha tanpa jemu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.


Sebelum kelas bermula, ita pastikan semua kelengkapan pelajar mencukupi. Oleh kerana itu ita sediakan semua kelengkapan kerana ita tahu, pelajar ita ramai yang datang dari jauh.. Ita tak nak susahkan mereka untuk membawa peralatan mendeco. Kesian nanti.. serondoh serandah dengan beg dan barang-barang deco. Ita nak mereka datang kelas ita mereka happy dan semua mencukupi untuk mereka dan mereka betul-betul selesa. 


Pembelajar kali ini lebih tertumpu kepada deco kek sahaja dan ita panggil ianya sebagai modul 1. Dalam modul 1 ita akan mengajar mereka untuk mendeco bunga Korea Flower yang cukup popular dewasa ini. Modul pertama ita akan mengajar cara mendeco bunga ros kembang, ros kuncup, bunga kekwa, hydrenga, baby breath, kudup bunga dan 2 jenis daun. Ita akan pastiakn cara mereka memeggang piping bag dengan betul, bagaimana nak bancuh warna, bagaimana nak dapatkan tone warna supaya bunga nampak lebih menonjol. Ita juga akan mengajar cara susunan bunga atas kek dengan 3 susunan pilihan masing-masing. Buku ita berikan sebagai panduan pelajar untuk mendeco dan mereka boleh praktikkan lagi di rumah nanti. Bila pulang taklah mereka lupa apa yang di ajar di dalam kelas kerana ada buku sebagai penganti kak ita di sisi mereka.

Nozel dan kelengkapan deco yang lain juga ita sediakan supa bila balik terus boleh praktis, tak payah susah-susah cari nozel untuk deco.


Sebenarnya kelas ita lebih kepada cabaran, ita meletakkan kepercayaan 100% kepada pelajar untuk memilih warna dan mendeco. Deco kek 100%  di buat oleh pelajar sendiri, dari pemilihan warna, susunan dan dasar kek adalah atas kebolehan pelajar. 
Dan ita cukup bangga dengan mereka, kerana berjaya dengan cabaran yang ita berikan. Boleh kata 70 % telah berjaya dan 30 % lagi hanya perlukan praktis yang berterusan.


Minum teh pagi dengan kuih muih sebagai mengalas perut sebelum memulakan kelas, dengan makan tengahari kami sediakan untuk pelajar. Ita harap mereka berpuas hati dengan hidangan yang kami sedikan. Menu untuk pelajar kelas pertama ini , pihak kami sedikan Ayam Penyet sebagai hidangan makan tengahari.  



Semakin hari berangkat ke petang, pelajar semakin galak dan bersemangat, seronok melihat komitmen yang mereka berikan, rata-rata yang datang dengan semangat yang benar-benar ingin tahu dan ingin lebih mahir. 
Begitu tekun mereka menimba ilmu dan ita tak dengar pun mereka mengeluh penat. Itu yang ita harapkan dari mereka sebenarnya.. tak putus asa dan sabar.. Semangat adik-adik ita ini lah yang membuatkan ita lebih bersemangat untuk mencurah ilmu.. 


Terasa masa seakan mencemburui keseronokkan ini, walau macam mana pun.. setiap permulaan pasti ada pengakhiran.. setiap pertemua pasti ada perpisahan.. Begitu berat untuk berpisah rasanya.. seakan banyak lagi yang ingin ita kongsikan.. 

Melihatkan hasil mereka.. penat ita terasa sangat-sangat berbaloi. Walaupun mungkin tidak 100 % perfect! tapi ita bangga dengan hasil kerjatangan mereka kerana mereka melakukannya 100 % dengan kesungguhan. 

Kerana adik-adik ni ingin kak ita komen hasil usaha mereka, di sini kak ita berikan sedikit ulasan, untuk kebaikan mereka dan untuk mereka belajar ke arah yang lebih baik lagi. Walaupun rata-ratanya kak ita cukup puas hati dengan hasil mereka, cara pemilihan warna dan susunan bunga yang betul, kak ita bangga, kerana merea sebenarnya tak pernah deco bunga, tapi lihat hasil anda memang membanggakan kak ita.. syabas!

Kek pertama hasil sentuhan Normah Pasir Gudang
Walaupun kedatangan Normah penuh dengan kerisauan, dari riak wajah tergambar seribu kerisauan memikirkan ibunya yang sedang menjalani operation di hospital, terpaksa meninggalkan sebentar ibu dan berlari sebentar untuk mendapatkan ilmu. Sungguh akak benar-benar terharu. akak doakan semoga ibu Normah selamat menjalani pembenadahan dan akan pulih dan sihat sediakala.
Normah pelajar yang cekap, cepat tangkap apa yang kak ita ajar, tekun dan berbakat besar. Apa yang Normah hasilkan dah cukup terbaik! Pemilihan warna juga seimbang dan bunga nampak hidup dan segar dengan warna pilihan. Norma ada cafe di Pasir Gudang, sesiapa yang singgah Pasir gudang bolehlah singgah ke cafe beliau. Beliau juga menerima tempahan untuk birthday cake dan kek perkhawinan.

Kek ke 2 hasil sentuhan Yati bandar Dato Onn.
Yati ibu kepada 5 orang cahaya mata, katanya membuat kek untuk anak-anak sahaja..
Seperti Normah, Yati juga pelajar yang tekun, cepat belajar, pemilihan warna juga menarik, cuma Yati kena banyak lagi praktikkan kemahiran membuat bunga kekwa. Tapi akak suka dengan bunga hydrenga yati, cantik kejadiannya.

Kek ke 3 hasil sentuhan pelajar paling jauh dari Indonesia, Endang
Walaupun Endang lewat sampai kerana sesat.. tak jumpa tempat maklumlah baru pertama kali ke sini, tapi Endang cepat mengejar dan cepat belajar. Pemilihan warna cukup menarik, kemahiran membuat bunga semua dah hebat! akak suka bunga kekwanya dan rose. Cuma kena praktis lagi untuk bunga hydrenga.
Ita dapat sesuatu dari Endang, ilmu baru yang akan praktikkan dan dah pun akak praktikkan.. terima kasih Endang kerana bagi akak idea yang cukup bagus! Kelas ni bukan sahaja ita mengajar.. tapi kami juga berkongsi ilmu dan pengalaman.. 
Terima kasih juga atas oleh-oleh dari Indonesia... ^_^

Kek ke 4 sentuhan Maisara dari kajang
Akak suka sangat warna purple tu.. Tone bunga rose purple tu cantik, warna yang sejuk mata memandang. Tak pernah buat bunga katanya dan seakan tak percaya dengan hasil sendiri.. Pada akak dah cukup hebat bagi mereka yang baru pertama kali pegang piping bag. Apa yang akak suka tentang Maisara, dia tak pernah putus asa, cuba dan cuba lagi.. 

Kek ke 5 sentuhan Reen dari Semencu Kota Tinggi
Pemilihan warna dah ok Reen, cuma sedikit kesilapan bila bungga kekwa terlalu biru, kena lembutkan sedikit warna birunya. Bunga kekwa pun dah cantik kejadiannya, kena belajar lagi cara pegang piping bag, Reen bakers dari semencu, tapi katanya biasa buat kek continental biasa aje.. tapi dengan hasil sebegini.. lepas ni Reen dan boleh terima tempahan kek bunga untuk pengantin pula. Kepada mereka yang tinggal di semencu yang nak oder kek boleh hubungi Reen, kak ita yakin , lepas ni kek Reen pasti meletup-letup.. insyaallah

Kek ke 6 sentuhan Adiba dari Bartu Pahat
Seorang usahawanita dan seorang bakers juga. Pelajar comel yang senantiasa tersenyum.. Pelajar yang tak boleh di dekati kerana tangannya mengigil bila kak ita dekat dengan dia.. sampai ketar-ketar tak boleh buat.. tapi dalam ketar-ketar pun.. hasilnya terbaik! akak suka warna pilihan, kombinasi warna pilihan yang pada akak cukup terbaik. sejuk maata memandang dan nampak segar. Adiba bijak memilih kombinasi colour, Diba kena banyak praktis untuk bunga kekwa dan untuk seimbangkan struktur kek, Kek tak nampak balance, bawah besar dan atas sedikit kecil. cuba lagi ya!

Kek terakhir sentuhan Azlin dari Putra Jaya
Cabaran buat Azlin cukup besar, memiliki tangan yang panas, agak sukar untuk Azlin bermain dengan buttercream. Kesian Azlin, buttercream semua habis cair bila di sentuh oleh tangannya yang agak panas. Namun akak banga dengan Azlin, walaupun dengan cabaran yang pada akak cukup hebat Azlin dapat juga menyiapkan kek Azlin.. Akak rasa jika tangan tak panas, hasil Azlin lagi terbaik! Azlin ada seni di situ.. akak suka bunga Yang Azlin hasilkan.. cuma sayang strukturnya dah cantik, tapi bila di angkat dia lembik .. Akak cadangkan bila Azlin nak buat nanti, lapis piping bag tu buat banyak lapis dan guna sarung tangan, untuk elakkan buttercream cepat cair.. Azlin kena praktis lagi untuk bunga hydrenga dan kekwa.



Semoga ilmu yang sedikit dari kak ita menjadi satu impak yang besar kepada kalian dan di maanfaatkan sebaik-baiknya. Akak doakan semoga semua adik-adik akak terus maju jaya walau dalam bidang apa pun yang di minati. Harus terus berusaha tanpa jemu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Terima kasih juga yang tak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan yang senantiasa meniupkan semangat untuk ita terus ke hadapan. Terima kasih buat keluarga tercinta yang senantiasa menjadi tulang belakang dan senantiasa tiupkan semangat untuk ita terus melangkah. Terima kasih juga kepada Bricks Cafe yang support ita dan sangup bersusah payah membantu merialisasikan impian ita. Terima kasih juga buat rakan-rakan Fb yang selalu memberikan galakkan. Sayang anda semua heart emoticon
Kepada adik-adik akak semua, teruskan usaha.. jangan putus asa! halalkan setiap wang ringgit yang telah anda berikan.. semoga menjadi kerberkatan buat semua...

Salam sayang daripada kak ita dan keluarga Masam Manis, semoga kita berjumpa lagi



11 comments:

Mat Gebu said...

Tahniah kak dan tahniah pada semua penuntut2 ilmu...moga anda semua berjaya di masak2 akan datang...

YB Shehan said...

Tahniah kak dan pelajar. Bestnya

Mar Sweetgurlz said...

Best'y tengok hasil peserta... sangat2 cun... terbaik kak. Harap 1day dpt brguru dgn kak ita...

AZIAH ROSLI said...

wah bestnya konsep macam ni.. terinspirasi saya kak..

Suhaila said...

kak ita.. bila pula kelas seterusnya?.. nak join.. :')

Norhafizah Binti Othman said...

proud of you dear.

nana said...

Macam mana nak join class kak ita! Ade buat di johor tak kak?

Nurul Norshafiqah said...

Mcm mana nak join kelas kak ita..??

siti nurafida noh said...

Wahhhh cantik sangat keknya...Saya mmg minat buat kek, tapi belum juga mula.. :)

Sarina Seman said...

Tahniah kak ita!

leela man said...

Kak ita mcm MNA nk belajar kelas akak

Powered by Blogger.