Follow if you like

Dec 11, 2015

Hummingbird Cake


Hummingbird cake merupakan kek yang cukup popular di US. Kek yang cukup di minati dan cukup mudah cara penyediannya.
Kek ini di katakan berasal dari Jamaica lewat tahun 60 an. Pada asalnya namanya ialah Doctor Bird Cake mengambil sempena nama burung yang popular di sana. Ianya kemudian di namakan Hummingbird bersesuaian dengan burung tersebut yang kerjanya menghisap madu..

Oleh kerana itu.. kek ini dikatakan manis dan penggunaan buah-buahan dan kekacang dalam bahan yang di gunakan untuk menghasilkan kek ini yang menjadikan rasanya sangat enak.. bila di nikmati.

Tahukah anda untuk menghasilkan kek ini anda tidak memerlukan mesi pemutar. Bahan-bahan hanya perlu di adun sebati sahaja.. tapi hasil kejadian kek cukup hebat dan lazat tak terkata.. Sepatah kata suami ita seakan terawang-awang bila dapat menikmati sepotong kek yang enak ini.




Pada ita pula penyediaan kek ini lebih mirip kepada carrot cake. Cuma kita tak menggunakan carrot atau lobak merah ,  sebaliknya mengantikan dengan pisang. Badam pula di gantikan dengan kacang pecan atau kekacang lain yang di rasakan bersesuaian.

Hari ini ita kongsikan bagaimana cara penyediaan kek Hummingbird yang mudah dan ringkas. Resepi asal ita ambil di Joyo Baking. Tapi ita olah beberapa bahan dan sukatan agar ianya menepati selera kami sekeluarga. Tidak terlalu manis dan sedang-sedang sahaja.

Jika anda ingikan resepi asal boleh dapatkan di Joyo Baking, ada tutorial sekali bagaimana menyediakan resepi hebat ini.


HUMMINGBIRD CAKE

100 gm kacang pecan ~ ita campur 50 gm pecan dan 50 gm walnut
390 gm tepung gandum
300 gm gula halus ~ resepi asal 400 gm
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk cinamon
3 biji telur ~ saiz A
180 ml minyak jagung
1 1/2 sudu teh esen vanilla
227 gm nenas dalam tin ~ tak perlu toskan
400 gm pisang masak ranum



Kacang pecang di bakar dahulu dalam oven pada suhu 170 selama 8 minit.
Ita guna dua kacang iaitu pecan dan walnut
Bila dah bakar sejukkan sebentar kemudian di cincang kasar




Pisang pula ita guna pisang montel , pisang ni dah masak ranum. Kemudian kita lenyek halus.
Nenas pula ita tak ambil semua airnya , ita cuma ambil 2 sudu besar sahaja , tapi nenas tu ita tak perah ya. Kemudian nenas tu pun di cincang, dan campurkan dengan 2 sudu besar air nenas dari tin.



Untuk mudah kita nak sediakan kek ini, kita asingkan bahan kering iaitu, tepung, gula, garam, soda dan serbuk cinamon. Tepung, serbuk cinamon, soda dan garam kita satukan dan ayak.

Bahan basah pula seperti telur, minyak jagung dan esen kita satukan dalam satu bekas yang lain.


Satukan telur, minyak jagung dan esen vanila dalam satu bekas dan pukul dengan wisk hingga sebati sahaja.
Kemudian kita masukkan nenas cincang, dan pisang lenyek tadi, gaul rata.
Bila dah rata masukkan gula dan gaul lagi
Kemudian masukkan bahan kering ( tepung , serbuk cinamon, garam dan soda ) yang telah di ayak tadi.
Gaul rata
Akhir sekali masukkan kekacang pecan dan walnut yang kita telah cincang.

Sediakan 2 loyang 8 inc
Lapik loyang dengan kertas minyak dan oleskan dengan butter
Tuangkan adunan ke dalam kedua-dua loyang tersebut sama banyak
bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal pada suhu 180 C selama 30 ~ 45 minit bergantung pada kepanasan ketuhar masing-masing

Bila dah masak, cucuk dengan lidi pada bahagian tengah kek, jika lidi kering , ini bermakna kek telah masak sepenuhnya
Angkat dan letakan kek atas redai hingga sejuk sepenuhnya.

Sementara kita tunggu kek kita sejuk, kita sediakan Krim kejunya pula


KRIM KEJU

Untuk resepi krim keju ni, terpulang pada citarasa masing-masing. Jika nak letak croqan pun boleh tak nak letak pun tak apa.  

Ita tak letak croqan dalam resepi ita. Kalau ada yang nak letak ita letakkan sekali resepinya.

Pecan Croqan

100 gm pecan di cincang
100 gm gula
20 gm butter

Masukkan pecan, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel. kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan pecan dan nampak kuning keemasan. 
Tutup api dan masukkan butter
Kacau rata hingga ia berderai
Sejukkan

KRIM KEJU PECAN

* gandakan adunan ini untuk layer dalam dan sapu keseluruhan kek

150 gm cream cheese
30 gm butter tanpa garam
60 gm gula icing ~ di ayak
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh lemon paste
Pecan Croqan

Pukul cheese dan gula icing hingga kembang
Tambahkan butter. esen vanilla dan lemon paste
Pukul adunan sebati
Akhir sekali masukkan pecan croqan yang telah sejuk
Kalau tak nak gaul sekali , tabur semasa layer atas kek pun boleh


KARAMEL SOS

113 gm butter
120 gm wipping cream Dairy
3 sudu besar air
60 ml corn syrup
200 gm gula halus

Masak gula dan air hingga perang
Tambahkan corn syrup dan masak lagi
Kemudian masukkan wipping cream dan gaul rata
Bila dah pekat, tutup api dan masukkan butter


Cara melayerkan kek

Kek yang telah sejuk sepenuhnya kita potong setiap kek kepada 2 keping. jadi semuanya akan ada 4 keping kek
Letakkan kek atas lapik kek
Sapukan krim keju yang telah kita sediakan tadi rata
Ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan krim 
Simpan kek dalam peti ais hingga keras sebelum di deco
Deco ikut kesesuaian anda
Hiaskan dengan  karamel sos
Sedia di hidangkan





16 comments:

Wan Norazila said...

Cantik kek akak, macam biasa. Saya pernah dengar tentang kek ni...daripada steps yg akak bagi taklah rumit penyediaannya. In Shaa Allah saya nak mencuba nanti. Terima kasih kak berkongsi resepi serta steps nya

Marina Yaacob said...

Sedapnya...akak share ya..tqvm

mar_alhusna warisan gift said...

Insyallah nk cuba

mar_alhusna warisan gift said...

Insyallah nk cuba

Umairah Husna said...

Nampak sodap....nanti nk cuba

nursayyida syida said...

Terang lagi jelas penerangan dari akak Azlita...terima kasih sudi kongsikan resepi..insha allah saya pun nak try kek burung nie hihi..

sweetypinky said...

Cantik sgt kek.ita ni...kemas jer n opkos nampak sedap tuuuu...nak try la nanti....tq ita susah payah tunjukkan step by step penyediaan kek ni..besar jasa tu..Semoga Allah membalas segala kebaikan ita.amin

hannahsarah said...

Boleh tak kalau gantikan nenas tin dengan nenas biasa?

Nadya Aqilah said...

assalamualaikum kak ita.. resepi kek ni memang tak guna baking powder ye?

Azlita Aziz said...

rasa nenas tin dan nenas buah tak sama hanna. Sebaiknya guna nenas tin

Azlita Aziz said...

Wasalam, ya tak letak dia guna soda sahaja. Sbb kek ni mmg tak naik tinggi

dear anies said...

kek ni mesti ada karamel ya kek? boleh ganti dgn yg lain?

Suriya Majid said...

salam kak ita, huhu dari awal tahun duk usha kek ni. Nak habis tahun tak buat lagi. sedap sangat nampaknya.

nyda said...

blh tau tak mcm mana akak buat frosting tu x cpt cair?

Zulaikha Zainuddin said...

akak... selalu teruja tgk posting...
kita minta resepi utk diuji ya... :)

KU WAN said...

Sedapnyaa.. Tgh trending org jual. So teringin nk mkn.. Tp nk buat sndiri. Huhuuu..


>>>>>Luka Kencing Manis Pulih Dalam Masa Tiga Hari!<<<<<

Powered by Blogger.