Follow if you like

Dec 14, 2015

Daim Cake


Lama dah anak-anak minta buatkan kek yang satu ni.. tapi tak berkesempatan lagi nak buat atas faktor kekangan masa akhir-akhir ini. Rakan-rakan fb juga ada minta ita tunjukkan bagaimana nak sediakan kek yang sangat sedap dan di minati ramai.

Kek Daim ni adalah kek yang popular dan di jual dengan larisnya di IKEA. Tapi yang ita punya ini bukanlah original resepi IKEA, ianya hanyalah ala-ala sahaja.. tapi ita pasti bila dah menikmati sepotong kek ni.. anda pasti takkan berhenti menikmatinya cebisan demi cebisan.. sunguh mengasyikkan...


Kek dalam kepingan yang nipis di lapisi kastard yang yummy dan limpahan coklat bersama croqun dan taburan Daim coklat yang mewah.. aduh! tak berketik kata orang... selagi tak licin dalam piring selagi tu tak nak bangun...

Memang sangat-sangat sedap! Ita boleh habiskan sebuku kek ini dalam masa beberapa mintit sahaja.. wahhhh.... manalah badan tak makin montok!

Resepi hasil pembelajaran ita dari sifu yang sangat ita hormati, kagumi.. dan di sayangi ramai.. Tapi ita olah ikut citarasa ita dan keluarga. Terima kasih atas tunjuk ajar mu sifu... semoga sifu senantiasa dalam rahmat Allah selalu.. dan beroleh kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah.
Kepada teman-teman ita juga.. ita minta panjatkan doa agar sifu ita ini senantiasa di berikan kesihatan yang baik .. agar beliau terus menaburkan ilmu yang beliau miliki.


Pada yang berminat nak belajar buat kek.. jangan segan.. jangan malu.. dari zero anda akan become a hero.. percayalah.. dengan ilmu beliau yang luas.. pengalaman yang bertahun dalam dunia masakan tidak hairan jika anda juga akan menjadi hebat selepas mendapat tunjuk ajar dari beliau.. Ita juga dulu zero.. tak tahu apa.. tapi bila menuntut ilmu dari beliau.. ita bangga dengan diri ita kini.. anak kampung yang tak tahu masak.. kini ita boleh membuat sendiri kek untuk keluarga.. cakap aje.. nak makan kek apa.. insyaallah segala permintaan anak-anak dan suami ita sedaya upaya cuba tunaikan..

Jangan lepaskan peluang anda berguru dengan beliau.. ruginya.. tak dapatkan ilmu terbaik dari beliau.. Untuk dapatkan info lanjut.. hubungi FB beliau di SINI


DAIM CAKE

KEK SPAN HAZELNUT

3 biji telur
60 gm gula halus
1/4 sudu teh esen vanilla
3 biji telur putih
1/4 sudu teh tartar
30 gm gula halus
30 gm tepung cake
75 gm Hazelnut Ground
30 gm butter


Butter di cairkan
Putar kuning telur , gula ( 60 gm ) dan esen vanilla hingga kembang
Dalam bekas lain, putar putih telur bersama tartar hingga berbuih.
Masukkan gula ( 30 gm )perlahan-lahan dan putar lagi hingga kembang dan kaku
campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur dan kaup balik perlahan hingga bergaul sempurna
Masukkan tepung dan hazelnut ground dan kaup balik rata
Akhir sekali tuangkan butter yang telah di cairkan

Sediakan loyang ukuran 8 inc dan lapik kertas pembakar dan oleskan minyak
Tuangkan adunan kek dalam loyang
Bakar pada suhu 170 C selama 25 minit ( oven perlu di panaskan 15 minit awal )
Bila dah masak angkat dan sejukkan atas redai
Bila dah sejuk kek, potong kepada 2 kepingan

Sekarang kita sediakan kastard pula



KRIM KASTARD

250 ml susu segar
50 gm gula halus
40 tepung jagung
4 biji kuning telur
40 gm gula
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla



Satukan kuning telur, tepung jagung, esen vanilla, secubit garam dan 40 gm gula halus hingga berkrim
Susu dan 50 gm gula di masak hingga mendidih
Bila dah didih tuangkan dalam adunan kuning telur dan terus putar hingga sebati
Masak sebentar atas dapur dengan api perlahan sambil senantiasa di kacau hingga sedikit pekat
Jangan guna api besar ya, nanti bergentel. Jika bergentel jangan panik, masukkan semula dalam mesen pemutar dan putar hingga lembut

Bila dah siap anda kena cepat-cepat sapu atas kek tadi, jika lambat kastard akan mula mengeras dan sukar nak layer pada kek nanti

Lewtakkan lapisan kek dan sapukan kastard
Lapik dengan satu kepingan lagi dan sapukan kastard pada keseluruhan kek
Sejukkan dalam peti ais sebentar
Sementara itu kita sediakan croqan

CROQAN

100 gm badam cincang
100 gm gula halus
20 gm butter

masukkan badam cincang, dan gula dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana hingga berkaramel
Kacau hingga karamel bersalut pada keseluruhan badam dan nampak kuning keemasan
Tutup api dan masukkan butter
Kacau rata hingga ia berderai
Sejukkan


GANACHE COKLAT

150 gm krim tenusu ~ dairy wipping cream
15 gm sirap glucos
250 gm coklat masakkan gelap
10 gm butter
10 keping coklat Daim ~ di cincang
Croqan

Didihkan krim dan sirap glucos
Tuangkan dalam bekas yang berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut
tambahkan butter
kacau hingga adunan licin dan berkilat
Akhir sekali campurkan croqan dan gaul rata ( ambil sedikit croqan larikan untuk tabur atas kek kemudian )


Salutkan kek dengan ganashe coklat tadi dan taburkan coklat daim yang telah di cincang di atasnya.
Ambil sedikit baki croqan dan taburkan atas kek
Sejukkan
Potong dan sedia di nikmati







10 comments:

Unknown said...

Salam kak ita..nk tny krim tenusu tu mcm mne..susu cair ke?..tq

ida said...

assalam.. sy share ye resepi ni

Azlita Aziz said...

wasalam, krim tenusu wipping cream yg dairy atau blh guna tick cream

Roziah Muhammad Nor said...

mengancam la kek nih. nak buat malas. tengok jela. hihih

Lee said...

Hello Azlita, this coming to you from Canada. I love that cake of yours, looks really good. Nice colour and texture too. Would love to have a piece, maybe two...ada kopi? Ha ha.
Have a nice day, simpan satu lagu dalam hati.
Lee.

norihan din said...

Terliuqnya Kak ita

abdul aziz said...

Kak ita,sy nak bertanya ttg. Resepi daim kek. Gula halus perlu dibahagi kpd. 2 bhgn ke utk kuning telur dan putih telur ke? Sbb resepi cuma sebut 60gm gula halus.terima kasih Kak sebab berkongsi resepi. Setakat ni semua resepi akk memang menjadi.

Azlita Aziz said...

oh ya , maaf akak tertinggal gula lagi satu, ok akak betulkan di atas semula, terima kasih kerana beritahu abdul aziz

adam aiman said...

salam akk..nk tya method utk kastard tu..ttg adunan telur,gula,tepung,garam..guna kaedah ap? double boiling/putar

zahirah ardy said...

Kak Azlita, I tried this recipe n my staff loved it! Thanks a lot!

Powered by Blogger.