Follow if you like

Nov 3, 2015

Talam Pisang lembut dan sedap


Ita tertarik dengan kejadian talam pisang yang di sediakan oleh Lina Thomas. Tekstur talamnya yang nampak lembut membuatkan ita terpanggil untuk mencuba. Setiap kali menatap talam yang di hidangkan ianya seolah-olah berada di depan mata.. bau harum pisang membangkitkan lagi semangat ita untuk mencuba.

Menurut Lina resepi talam ini di ambil daripada Sakinah. Terima kasih pada tuan empunya resepi talam yang sangat sedap! talam yang tidak terlalu manis.. sepatah kata Iwan...  yang sedang.. sedang saja...

Menurut Lina lagi.. resepi asalnya lapisan atas talam di letakkan pewarna kuning. Lina tak meletakkan warna kuning di lapisan atas begitu juga ita. Ita rasa talam lina sudah cukup cun warnanya. Ita meletakkan sedikit pewarna kuning pada adunan bawah.

Cara penyediaannya talam ini cukup mudah. Tapi ita olah cara memasak mengikut cara ita. Ita bahagikan lapisan bawah kepada 3 bahagian, dan ita kukus selapis-selapis. Ini bertujuan supaya lapisan bawah masak dengan sempurna. Terpulang pada anda nak buat kaedah yang mana. Kalau nak lebih ringkas boleh ikut cara lina.




TALAM PISANG
Resepi Oleh : Sakinah
Rujukkan : Lina Thomas

Gunakan loyang 9 X 9 inci untuk resepi ini.

Bahan lapisan bawah

3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan pisang dilecek
Garam secukupnya
Sedikit pewarna kuning

Caranya:
Semua bahan kecuali pisang lecek disatukan dan ditapis. 
Masak diatas api perlahan, Masukkan pisang lecek.
Bila nampak naik wap atau sedikit pekat masukkan kedalam loyang.
Kukus dalam 15 minit.

*Ita bahagikan adunan ini kepada 3 bahagian.
Kemudian ita kukus 1 lapisan dahulu selama 7 minit. 
Selepas 7 minit angkat, cakar-cakar permukaannya dengan garfu dan tuang lapisan ke 2.
Kukus lagi 7 minit dan ulang yang sama untuk lapisan ke 3

Bahan lapisan atas

3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
Garam secukupnya

Cara-caranya:
Semua bahan disatukan dan ditapis. 
Masak diatas api perlahan.
Bila nampak wap naik masukkan keatas lapisan pisang tadi. 
Sebelum itu carik dengan garfu diatas lapisan pisang tadi.
Tuang adunan keatas lapisan pisang dan tutup.
Kukus lagi dalam 20 minit.

Tunggu talam benar-benar sejuk barulah di potong dengan pisau plastik yang di oles sedikit minyak.








3 comments:

Sharifah Aini said...

tengok rupapun dah tertarik... nanti nk buat jugalah....

Nisa-mom said...

Pisang apa yang bagus di pakai, dear Ita ?

Sizzling Spree said...

Salam sis, cantik warna & nampak lazar. Cuma saya nak tanya apa sukatan santan pekat untuk lapisan atas & bawah. Dan gunakan loyang brapa inch?

Powered by Blogger.