Follow if you like

Nov 19, 2015

Puding Betik


Satu lagi yang menjadi keterujaan ita untuk mencuba... Puding betik hasil perkongsian adik-adik di group Masak Apa Hari Ni.  Rajin betul adik-adik kita ni mencuba pelbagai resepi. Macam-macam idea yang terlahir dan menjadikan dunia masakkan semakin ceria. Semakin ramai yang kini lebih suka memasak sendiri untuk keluarga. Di samping mencuba pelbagai resepi baru.. dapat juga bereksperimen dan mengolah bakat yang dah lama terpendam.

Rumah sekangkang kera... memang payah nak bercucuk tanam.. Kalau ada pokok yang tumbuh pun semuanya ibarat hidup segan mati tak mahu.. Terpaksalah merajinkan diri ke gerai buah-buahan untuk mencari buah betik yang masak ranum.




Tak mahal hanya RM 2.00 sekilo sahaja. Ita capailah 3 biji yang sedang-sedang dan dah menguning keemasan.
Tak sabar nak mencuba resepi yang adik-adik kita kongsikan.

Alhamdulillah sedap juga puding ni.. bagi mereka yang suka kelembutan buah betik pasti mengemarinya. Ita makan dengan sos karamel.. lagilah bertambah enak! makan dingin-dingin.. sejuk dan nyaman aje dia melunsur di anak tekak ni..


Betik merupakan tumbuhan yang banyak terdapat di ASEAN. Tumbuhan ini berasal dari Mexico Selatan, namun kini pokoknya ditanam di hampir semua negara beriklim tropika. 
Pokok betik menghasilkan buah yang boleh dimakan. Buah betik banyak dijual di pasar-pasar, termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Pucuk betik sering dicelur untuk dijadikan ulam dan dimakan bersama sambal belacan. Pucuk muda betik berasa pahit, manakala buah muda betik jika dibuat halwa berasa masam-masam manis.
Betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) juga kalium. Nutrien - nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin. Betik juga boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masaalah sembelit.
Kandungan papain dalam daun juga amat berkesan untuk melembutkan daging. Masyarakt Mexico menggunakan daun betik bukan sahaja untuk melembutkan daging, tetapi juga dijadikan ubat untuk asma dan masalah jantung. Bagaimanapun jika penggunaan daun terlalu banyak ia boleh jadi berbahaya kerana ia boleh menghasilkan toksik.
Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Ia juga di gunakan dalam pengubatan demam denggi.
Buah yang masak selalu dimakan segar sebagai pencuci mulut. Betik yang masak juga boleh dijadikan jem, jus ( untuk minuman ), perisa untuk aiskrim dan puding, halwa dan sos. Betik matang yang belum masak boleh juga dijeruk atau dimasak sebagai sayur. Betik juga mengeluarkan sejenis enzim yang dikenali sebagai enzim papain. Papain banyak digunakan dalam penyediaan makanan, khususnya untuk melembutkan daging dan penyediaan ‘chewing gum’. Walau bagaimanapun, di negara-negara ASEAN potensi industri papain masih belum diterokai sepenuhnya. Buat masa ini, pengeluar papain secara komersil hanya terdapat di Filipina.
Rujukkan : Wikipedia

PUDING BETIK
Resepi Oleh : Rozmah Jaafar
Rujukkan : Aini Zahid

2 biji buah betik yang masak ranum
150 gm mentega
1/2 tin susu cair
1 bungkus serbuk agar-agar ~ 12 gm
750 ml air
2 sudu makan tepung kastard
2 biji telur
200 gm gula ~ ikut kemanisan masing-masing
200 gm isi betik ~ di dadu
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Buah betik, di kupas kulitnya dan di belah 2

Buang bijinya dan korek sedikit isinya supaya lubang tengahnya sedikit besar untuk di letakkan puding. Lebihan isi yang di korek tadi di cincang atau di dadu kecil
Cuci bersih buah betik dan simpan dalam peti ais sebentar. Sementara itu kita sediakan pudingnya
Dalam periuk, satukan air , agar-agar dan gula.
Masak atas dapur api sederhana hingga gula larut.
Dalam bekas lain satukan telur, susu cair, esen vanilla, tepung kastard, dan secubit garam
Aduk rata dengan wisk atau senduk kayu.
Kemudian tapis
Bila agar-agar dah larut, masukkan butter dan kacau hingga butter larut
Tuangkan adunan yang kita tapis tadi ( adunan telur dan kastard) dan kacau rata
Bila dah didih tutup api dan masukkan isi betik yang kita cincang atau dadu tadi
Tuangkan adunan dalam betik yang telah kita belah tadi
Kemudian sejukkan dalam peti ais.


Ita buat 1/2 daripada adunan sahaja. Itupun ada lagi lebih ita letak dalam acuan. Sebab betik ita tak berapa besar. Jadi kalau betik tak berapa besar ita cadangkan buat 1/2 daripada adunan sahaja.
Untuk sukatan gula tu bergantung kemanisan ikut betik. Kalau betik tu manis, boleh lah kurangkan gula. kalau tak berapa manis bolehlah lebihkan sedikit gulanya.
Bila dah keras bolehlah di potong dan di hidangkan




6 comments:

Sheila Adziz said...

wow... tergaman sy tgk, cz tak pernah tgk n rasa... mesti sedap sgt....

Nor Dila said...

MashaAllah,,kreatifnya kak azlita,,tq share nak try ni.

Rizziela said...

wala,.. kena rajin ni..cantik

Merry Mulyanti said...

Cantik2 hasil kreasi nya kak.. teimakasih inspirasinya ☺

miss arisa said...

Memang serbuk agar2 tu guna 12g je ke? Mmg ade jual yg sebungkus 12g ke?

Mrs Izu Shanis said...

minta halalkan ilmu ye kak :)

Powered by Blogger.