Follow if you like

Nov 12, 2015

Pandan Gula Melaka Cup Cake dengan Italian Frosting yang sedap!


Dah lama ita berhajat nak membuat kek yang satu ini.. setelah melihat ramai rakan-rakan yang telah mencuba. Cuma.. macam biasalah bila dah hari-hari buat kek.. anak-anak dah tak mau makan kek lagi.. dah muak agaknya dengan bau kek setiap hari yang emaknya sediakan.

Bia ada customer minta buatkan kek pandan.. Ita terus teringatkan kek ini dan cadangkan pada customer untuk mencuba. Mujur customer ita ok! Alhamdulillah setakat ini ita mendapat customer yang tidak terlalu cerewet. Bisanya mereka serahkan semuanya pada ita.. mana yang terbaik ita rasakan.... mereka menerima dengan seadanya. Alhamdulillah...




Ok! hari ini ita nak bercerita pasal cup cake comel yang telah menjadi fenomena ni.. Kek ini hasil perkongsian Bitter Sweet Spicy. Terima kasih pada tuan empunya resepi aAlhamdulillah sedap resepinya harum wangi bau pandan dan sungguh enak di gandingkan dengan frosting gula Melaka dan limpah caremel gula Melaka yang yummy!

Cuma ita ada ubah suai sikit resepi mengikut selera ita. Ita masih lagi menggunakan resepi pandan kek yang sama, tapi ita rasa kek agak sedikit manis.. pada selera ita. Mungkin ita kena kurangkan sedikit sukatan gula bila ita buat lagi nanti.


Untuk frostingnya, jika resepi asal menggunakan swiss meringue buttercream, sebaliknya ita menggunakan Italian meringue buttercream. Ita lebih suka menggunakan Italian buttercream kerana ia lebih mudah di sediakan. Kalau swiss meringue menggunakan hanya putih telur sahaja.. jadi nanti sayang kuning telur tu kan.. terbuang begitu aje.. Lagi pula swiss meringue buttercream ita tak berapa suka kerana rasanya sedikit hanyir pada ita jika kita tak pandai mengendalikannya. Adunan juga kadang lembik dan jika terlebih pukul dia akan bergentel. Sebab tu ita lebih suka guna Italian buttercream yang tidak rumit di sediakan.

Jom kita mulakan !


PANDAN GULA MELAKA CUP CAKE

Pandan Cup Cake
Resepi Oleh : Bitter Sweet Spicy

200 gm tepung kek
1/2 sudu teh baking powder ~ double acting
125 gm unsalted butter ( butter tanpa garam ) ~ lembutkan
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh esen vanilla
200 gm gula halus atau gula caster ~ kurangkan 160 sahaja
2 biji telur saiz A ~ suhu bilik
75 gm santan KARA + 25 gm air
2 sudu besar jus pandan ~ 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya
sedikit pewarna hijau

Panaskan ketuhar 15 minit sebelum di masukkan kek pada suhu 180C
Sediakan muffin pan atau cup cake secukupnya
Satukan tepung dan baking powder kemudian ayak ~ ketepikan
Satukan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata ~ ketepikan

Dalam bekas pemutar, satukan butter, esen vanilla dan garam dan pukul sebentar
Masukkan gula halus dan putar 3 minit hingga lembut
Masukkan telur sebijik demi sebijik dan putar rata
Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan ( mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung ) putar atau kaup balik hingga adunan sebati
Tuang dalam cawan kek 3/4 cawan penuh sahaja
Susun dalam loyang muffin dan bakar selama 25 minit
Setelah masak, sejukkan atas redai


Gula Melaka Italian Meringue Buttercream

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter tanpa garam ~ di potong dadu
1 sudu besar caramel gula Melaka ( adunan gula Melaka yang di masak tadi )



Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat. ( rujuk gambar )
Kemudian tuangkan caramel gula Melaka tadi , gaul rata biarklan sekejap ia pekat.
Sementara anda lihat gula dah didih dan dah terbentuk kaki itik tadi, baru putar telur dan kuning telur dalam mesin pemutar hingga kembang, bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali ( ingat !! bukan mesin pemutar ya, hanya mangkuk dan alat pemutar sahaja )
Bila dah betul-  betul sejuk ( ita sejukkan 1 ~ 2 jam ) keluarkan
Putar semula dan masukkan esen vanilla, dan  butter satu persatu sambil putar hingga kembang dan halus.
Kemudian masukkan dalam piping bag dan paipkan atas cup cake tadi


Caramel Gula Melaka

50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1 sudu besar gula
1/2 cawan air

Satukan adunan dan masak hingga gula larut dan pekat
Jika kurang pekat campurkan 1 sudu teh tepung jagung yang di bancuh sedikit air
Masak semula hingga pekat
Sejukkan
Bila dah sejuk baru drizzle atas cup cake tadi

Peringatan

Adunan untuk kek padan tadi hanya dapat 12 cup cake sahaja
Adunan Italian meringue pula untuk 24 cup cake ~ 30 cup cake
Jadi untuk seimbangkan anda kena buat 2 atunan untuk cup cake
Untuk caramel gula Melaka .. kalau tak nak 2 kali kerja, masa buat caramel gula Melaka untuk frosting, anda boleh lebihkan sukatan buat terus 2 adunan.


yummy! selamat mencuba


15 comments:

Afdzan Fawaty said...

Yummy sgt cc Kak ita..
Cantik la bunga tu Kak..perfect

Faeez said...

Cantiknya cupcake yang Ita buat ni... Alhamdulillah... memang ramai yang dah cuba resepi ni, resepi yang memang hot dari blog Faeez. Betul kata Ita, Swiss Meringue frosting memang cerewet... InsyaAllah Faeez pun nak cuba buat Italian frosting pulak... Terima kasih kerana mencuba. :))

Red Dandelion said...

Sangat Cantik bunga yh K. Ita buat... boleh tahu tak nozzle no berapa..

Cas187 said...

wow cantik la blog ni..
mai la followblog saya lak.tukar tukar komen

fazianbatrisyia said...

dah lama berangan nak buat ni...belum buat lg.
kek2 kak ita kebanyakkannya mmg guna Italian buttercream ye?

Dee Nim said...

Sgt mencabar ....kene hand on jgk ni. Kalu ita dapat share step bt step dlm YouTube kan best..

Abu Bakar Mahmud said...

Cantiknye..pandai puan mendekonya.pasti sedap.

nina said...

Kak ita, sya try buat cupcake ni. Tp knp ye sya buat kek tu mase dah masak xnak melekat kat papercup.

nina said...

Kak ita sya try buat cupcake ni tp knp ye mase dah masak tu kek xnak melekat kat papercup

Siti Abidah said...

kak ita.sy nak tanya kalau buat sebiji kek,agak2 1adunan italian meringue ni cukup tak?

WayfarerOfLife said...

Salam kak ita. Nk tnya, kenapa resepi itailian buttercream tu letak kunig telur jugak? Nnti x jd la meringue kan?

MaryH said...

Kak ita, dah try. Memang terbaik! ��

Aarifa Packeer Mohamed said...

Comel je kak ita kate jgn masukkan mesin pemutar dlm peti sejuk..haha

nani ghaz said...

Ita,baking powder double acting tu klu takde blh pakai yg biasa ke? Confius jap

Mama Chempaka said...

nani ghaz = rasanya kalau double acting 1/2 sudu , baking powder biasa boleh lebihkan sikit ... dalam 1 sudu ke ? double acting mcm dia bertindak 2 kali ganda dari baking powder biasa :)

Powered by Blogger.