Follow if you like

Nov 11, 2015

Kubis Panjang Masak Lemak Putih


Hari ni masak yang simple jugak.. Ita masak sayur lemak kubis panjang. Sayur kubis ni kesukaan anak-anak. Tak kiralah nak goreng, tumis air atau masak lemak semuanya suka.
Kubis ni boleh di katogerikan sebagai sayur yang paling mudah di masak, tahan lama di simpan dan banyak khasiatnya.

Kebiasannya sayur ini cukup di gemari oleh orang cina. Kalau orang Melayu kita lebih suka kobis bulat. Kubis ni dia ada banyak jenis tau, ada kubis bulat yang berat dan ada kubis bulat yang ringan. Biasanya kubis bulat yang ringan tu lebih mahal dari yang berat. Satu lagi kubis panjang yang macam ita masak ni.. ada anak kubis atau baby kubis dia kecil-kecil dan lebih hijau. Dan bunga kubis yang sering di masak bersama tomyum.




Sayur kubis biasanya di tanam di kawasan yang suhunya lebih rendah. Kalau di Malaysian banyak di tanam di Tanah Rata Cameron Highland. Ia lebih sesuai dengan iklim yang sederhana.

Sayur kubis ni banyak khasiatnya tau! selain khasiatnya untuk kesihatan ia juga mempunyai banyak maanfaat untuk rambut dan kecantikkan kulit. Kalau nak tahu apa khasiat kubis anda boleh baca di SINI


KUBIS PANJANG MASAK LEMAK PUTIH

1/2 kubis panjang ~ di potong asingkan batang dengan daun
1/2 batang lobak ~ potong mancis
1 batang lada merah ~ di hiris
1 batang lada hijau ~ di hiris
1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat
garam secukup rasa
perasa makanan ~ jika suka

Bahan Tumbuk
1 sudu besar udang ~ di rendam hingga lembut
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih

Tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan santan cair dan kacau hingga didih
Bila didih masukkan batang sawi dan lobak merah
Biar lembut masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa
Akhir sekali masukkan saur kubis dan lada merah dan hijau
Bila lembut sayur angkat dan hidangkan



2 comments:

Mas Zull said...

assalamualaikum kak ita..sedap ni lawan dgn sambal belacan n ikan masin...:)

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sy suka kubis.. masak apapun sy suka. kubis ringan tu slice2 campak dalam burger.. kubis berat tu slice2 campak dalam nasi goreng.. heheheh

Powered by Blogger.