Follow if you like

Nov 23, 2015

Churros


Satu lagi resepi yang sedang hangat di perkatakan dan sedang menjadi viral di media sosial. Resepi yang di katakan berasal dari Spanyol yang merupakan kudapan ringan untuk minum petang atau waktu bersantai.

Sekali pandang ianya kelihatan seperti cakoi, tetapi ternyata ia berbeza sama sekali. Mungkin rupanya sahaja yang agak mirip. Pada ita rasanya lebih kepada cream puff, kaedah penyediaannya dan resepinya hampir serupa,  cuma cara memasaknya sedikit berbeza. Jika cream puff di bakar sebaliknya pula bagi churros kerana ianya di goreng seperti donut.

Tapi rasanya pula tidak seperti donut ya.. donut dan cakoi hampir sama rasanya dan kaedah penyediaannya.
Jika donut di salut dengan gula, churros juga sama cuma gulanya di berikan rasa aroma cinimon yang membuatkan ianya lebih harum bila di nikmati.




Churros di hidangkan bersama coklat panas, ianya rangup di luar dan lembut di dalam. Walaupun di biarkan seharian ianya tidak liat atau keras. Pada selera ita pula ianya lebih sedap jika di cicah bersama sos caramel macam pretzel.. ya Allah yummynya..

Anak-anak pula lebih suka makan begitu sahaja bersama gula cinamon.

Cara membuatnya cukup mudah dan cukup ringkas sekali. Ada versi yang menggunakan minyak dan ada yang menggunakan butter. Resepi yang akan ita kongsikan ini menggunakan butter. Resepi ni dapat tak banyak ya, cukup untuk sekali makan sahaja untuk 2 orang rasanya. Kalau ramai sila buat lebih dan gandakan sukatannya.
Jom kita lihat bagaimana penyediaan churros yang mudah dan ringkas


CHURROS

1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
15 gm butter
1 sudu besar gula halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla

Untuk salutan

sedikit gula halus
1 sudu teh serbuk cinimon ( kayu manis )



Mula-mula kita satukan air, gula halus, garam dan butter dalam periuk dan masak hingga ia mendidih.


Tepung gandum di ayak bersama baking powder.
Bila air dah didih, tutup api dan terus masukkan bahan tepung sedikit-sedikit sambil sebelah tangan lagi terus mengacau supaya tepung tidak bergentel-gentel.


Adunan akan menjadi lembut dan tidak bergentel macam gambar atas.
Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan terus kacau sampai adunan likat.
Biarkan sebentar
Sementara itu bolehlah panaskan minyak


Sediakan nozel bintang macam dalam gambar
Letakkan dalam piping bag.
Jika tak ada nozel dan tak ada piping bag, tak apa.. anda boleh letak dalam plastik bag bahagian bucu tu potong sedikit untuk keluarkan doh nanti.

Sementara itu tunggu hingga minyak panas. Minyak jangan terlalu panas ya, nanti churros tu bentuknya tak cantik, ada letup-letup. Minyak sederhana sahaja macam kita nak goreng donut. tapi jangan pula api perlahan sangat nanti ia serap minyak pulak dah tak sedap!

Paipkan doh tadi dalam kuali, dan gunting panjang mana kita nak.
Masak dan goreng sambil di balik-balikkan supaya masak keseluruhannya hingga kuning keemasan.
Angkat setelah masak dan letakkan dalam bekas yang berlapik kertas tisu, supa serap minyaknya

Sediakan gula yang di gaulkan bersama serbuk cinimon ( kayu manis )
Gaulkan churros dalam gula tadi semasa ia masih hangat, sebab bila dah sejuk gula tu dah tak lekat dah kat churros tu.

Sekarang bolehlah di hidangkan bersama coklat panas, ganache coklat, caramel, nutella atau strawberry compot.
Sedapnya...!



COKLAT SOS

60 ml heavy cream atau tick cream ~ kalau nak lagi cair lebihkan 100 ml
10 gm syrup glucos ~ optional
100 gm dark choc
1 sudu besar Hazelnut paste atau Nutella

Coklat masakkan di cincang kecil
Satuan heavy cream dan glucos dan masak hingga timbul buih kecil tepi periuk
Angkat dan tuangkan atas coklat cincang tadi
Tambahkan Hazelnut paste atau nutela dan gaul rata
Sedia di hidangkan bersama Churros



42 comments:

Arina said...

Salam kak ita. Heavy whipping cream, thick cream dan whipping cream.adakah sama?

Azlita Aziz said...

wasalam, lebih kurang sama tapi yg dairy tau! bukan non dairy. Klu non dairy tak sama

miss eimanhikmah said...

sedap nye lahai...tp nk wat tu takde masa

wirna said...

Salam syrup glucos tu beli dimana dan brand apa?

Aqilah Azmi said...

ok sumpah terliurrrrrrrrrr huhuhu thanks kak ita <3333

atie @ ejay said...

salam kak ita...cantik kejadian churros tu...nanti nak try buat jgk lah

Rizziela said...

sodapnya

Hasniza Hasan said...

Salam kak.. Klo xde sebuk kayu manis mcm mane ye?? Kikis kt kulit kayu manis tu bole ke

Gee® said...

Waaa...boleh buat minum petang nanti... angkut resepinya ye Ita cayang...

♥cikredjambu♥ said...

Assalamualaikum, sis nak tanya...sukatan garam brp sudu? sebab tengok tak bahan tak de plak sis mention garam tp kat gambar ada garam.

Mazhidayah Razak said...

salam.. kak azlita, saya minta izin pinjam gambar2. Cantik sgt presentation kak.

Siti Maisarah said...

Mcm sedap je...mntk izin copy ye kak..hehe

Hendrawati Ariffin said...

wah....berbunga hati nak buat pulak nie

Echa H. said...

sedappppp!

eve fsyahirah said...

Akak, churros ni mcm kuih belimbing. Tp kuih belimbing pendek dn gemuk. Hehee saje kongsi

Suriya Majid said...

menggoda betul churros kak ita. nanti nak try letak baking powder plak, mungkin lagi munggil cik churros bila dibakar.

Azura adan said...

Waaah ptg ni nk try laaa

Azura adan said...

Waaah ptg ni nk try laaa

wan aida said...

Assalmualaikum
Kak ita telur nak bubuh masa adunan tepung tu masih panas atau semasa adunan tu dah sejuk sikit.

Linda Rahim said...

Salam kak, nampak jek churros akk terus buat.. mula² mcm tak bape jadi adunan mgkin sebab air kurang, bila adjust balik alhamdulillah jadi. Cara masak mmg bagus tak serap minyak.
Nak tanya kak, 1 cmn air bersamaan bape ml

Ani Suzana Abdul Sanad said...

Guna telur gred A ke.... Klu gred b atau c telurnya brp biji

M-Kay said...

1cawan air bersamaan brp ml?

Nur Adelina said...

Tried, tested, indulged. Sedap! Mmg tiap kali nak cari resepi mesti cari azlita masam manis. Semuanya 99.9% jadi ๐Ÿ˜

Nur Adelina said...

Kalau kak ita tak kisah saya jawabkan soalan m-kay dgn linda rahim, saya tak expert sangat, tapi pernah cari kat internet, 1 cawan sama dgn 200ml air, kalau salah tlg betulkn ya kak ita, tapi setakat ini saya masak mmg menjadi.

Urafiqah.N said...

Kalau 1cwn tepung sma dgn brpe gram ya ?

yusri said...

Waaa...tk...sebenarnya anak sedara sy mahu belajar buat churros...utk cover..terpaksa bapak sedara belajar2 dulu... resepi dan pendekatan yg berbeza...tahniah dan terima kasih..... gambar2 mmg hebat l love it..

akmal barizah said...

Tq Sis . nak cuba churos dgn resepi sis. terima kasih. Harap menjadi :)

Akma
ig : kabinetsaya

akmal barizah said...

Dah buat pagi tadi. Alhamdulillah menjadi.. Tq sis :)

Hus Fie said...

Nak tanya knp churros nye susah nk press bile masuk dlm paper beg. Pastu klu terkurang air mcm mne nk adjust gune air panas gak ke?

feerony kitchen said...

Kak ita ni...buat resepi apa pun nmpk sedap sangat...insyaaAllah sy akm cuba buat jgak (",)

Syazwani Izzati said...

Assalammualaikum kak ita, Alhamdulillah resepi kak ita ni menjadi churros saya. best gile menjadi. cume nk tahu, gula + cinamon tu pakai gula icing boleh x? then nk gaul tu mase panas or sejukkan dlu

Unknown said...

Thanks for the recipe...sy dh buat..memang menjadi.sedap!

Hartini Zahlischamin said...

Thanks for the recipe...sy dh buat..memang menjadi.sedap!

Shaizatulsiha By Rizyan said...

tq ita for sharing all the recipes with us...the pictures are awesome!๐Ÿ‘

Ms Amalina said...

Kak ita dah try sedap gile! Thanks for the recipe๐Ÿ˜Ž

Sara Ishak said...

Salam kak Ita, garam tu berapa banyak ya? Kak Ita takde masukkan kat bahan hehe

Che Siti MK said...

Salam dear... rasanya resepi churros u paling lengkap yg penah i tgk. Pic yg u attach pn sangat jelas... izinkan i share resepi u yea. Tq

AbgJanggut said...

tq share... terbaik

ayu 85 said...

Alhamdulillah..menjadi churros sy buat..tysm K.Ita๐Ÿ˜

ayu 85 said...

Alhamdulillah..menjadi gak churros yg sy buat..memang sedap! Tysm K.Ita๐Ÿ˜

salwani wani said...

blh tak share cara buat sos caramel pulak :)

Salmah Othman said...

Salam sis. Kalau saya adun bahan churros mlm ni dan goreng dia esok pagi boleh ke.

Powered by Blogger.