Follow if you like

Nov 15, 2015

Bila suami ke dapur


Setiap kali ita sibuk dengan tempahan kek... tugas memasak di dapur di ambil oleh oleh suami dan anak-anak. Alhamdulillah kerana ita di kurniakan oleh Allah dengan insan-insan yang cukup memahami dan sangat bertolak ansur dalam setiap urusan.

Suami ita sememangnya pandai memasak. Kebolehan dan kecekapan suami memasak membuatkan ita terasa sangat tercabar dan membuatkan ita terus menerus mengali kemahiran memasak di dapur. Suami ita yang merupakan anak sulung bukan sahaja pandai memasak tapi beliau juga tahu semua bahan untuk memasak. cakap aje nak masak apa, beliau boleh membeli bahan yang di perlukan tanpa di berikan senarai barang yang di kehendaki.



Sebagai anak sulung beliau kerap mengikut ibunya ke pasar, membeli bahan untuk di masak. Sikap suami yang sangat ringan tulang membuatkan ia di sayangi bukan sahaja oleh keluarganya malah juga di sayangi emak dan bapa ita.

Permulaan perkhawinan, ita rasa sangat malu.. kerana ita tak pandai masak. Suami yang banyak membantu dan mengajar di samping memberikan galakkan dengan membelikan beberapa buku masakkan sebagai rujukkan. Dia juga menjadi perasa masakkan ita yang cukup setia. Setiap komen di berikan dengan cukup berhati-hati supaya tidak ada hati yang terguris dan membuatkan semangat memasak ita terbatut.

Sekarang ini , perangai suka kedapurnya telah berjangkit pula pada anak ita Azrul yang juga cukup suka memasak. Pantang nampak maknya sibuk.. kelentang-kelentung lah dia berpencak silat di dapur..



Hari ini ita kongsikan menu yang suami ita sediakan untuk kami sekeluarga di saat ita sibuk dengan tempahan kek. Suami ita sediakan lauk sawi goreng sos tiram dan ayam masak merah kesukaan anak-anak. Suami ita ni kalau masak dia rajin sangat.. ita pun tak serajin itu. Kalau masak lauk ayam.. dia rebus dahulu ayam dengan kunyit, halia, serai, dan bawang sampai empuk. Kemudian ayam tu di goreng pula. Barulah di masak lauk pilihan anak-anak. Kalau ita selau goreng aje dengan garam kunyit, pas tu baru masak lauk atau gulai... kata suami kalau rebus dulu.. ayam lebih enak kerana rempah dah meresap dalam ayam dan rangup sampai ke tulang bila di goreng nanti. Ini adalah ilmu yang di turunkan oleh ibunya. Ianya bukan sahaja di sediakan untuk ayam, tetapi juga untuk ikan. Ikan juga di rebus dahulu sebelum di goreng, cuma kalau ikan tu letak asam keping semasa merebus.

Jom lihat menu sedap air tangan buah hati pengarang jantung saya


SAWI GORENG SOS TIRAM

2 ikat Sawi kecil ~ di potong dan cuci bersih
3 ulas bawang putih ~ di hiris atau cincang
5 ulas bawang merah ~ di hiris
3 sudu besar sos tiram
Minyak bijan secukupnya
Garama secukup rasa
air jika perlu

Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga harum
Masukkan sos tiram dan kacau rata
Jika terlau kering tambahkan sedikit air
Masukkan sawi dan perasakan dengan garam secukup rasa
Tuangkan minyak bijang gaul rata dan hidangkan


AYAM MASAK MERAH SUAMI MITHALI

1 ekor ayam ~ potong ikut suka dan cuci bersih
5 ulas bawang merah ~ hiris
3 ulas bawang putih  ~ hiris
1 batang serai ~ di titik
1 inc halia ~ hiris
1 inc kunyit ~ hiris
air untuk merebus ayam
garam secukup rasa

Satukan semuanya dalam periuk dan rebus hingga ayam empuk
Kemudian goreng ayam dalam minyak panas secara terendam hingga kuning keemasan
Angkat dan ketepikan

Bahan A
1 labu bawang besar ~ potong gelang atau potong baji
2 sudu makan sos tomato
1 pokok daun ketumbar ~ di hiris
Minyak masak secukupnya
garam dan gula secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
Rempah Tumis ~ kulit kayu manis, bunga lawang , cengkit dan biji pelaga

Bahan B
15 tangkai cili kering Kisar
2 inc halia ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 labu bawang besar ~ kisar
2 batang serai ~ titik
4 biji tomato ~ potong baji

Panaskan minyak dalam kuali
Tumiskan rempah tumis dan bahan yang dikisar hingga garing dan harum
Masukkan ayam goreng, sos tomato, bawang besar, garam dan gula secukup rasa
Gaulkan sehingga sebati
Akhir sekali masukkan daun ketumbar gaul rata
Angkat dan hidangkan






1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya senyum lebo nampak sawi goreng tu.. macam lauk sy malam tadi.. hihi

Powered by Blogger.