Follow if you like

Nov 10, 2015

Ayam Parethal


Sebenarnya ita tak ada idea tau nak masak apa hari ni.. Ayam dari peti ais dah di keluarkan, dah berapa kali cuci sampai putih melepak ayam tu.. di bilas.. sambil memikirkan menu yang sesuai untuk anak-anak. Inilah cabaran yang paling besar.. bila nak masak tapi tak ada idea..

Sambil kepala yang masih ligat fikir nak masak apa.. sempat juga dok jengah fb kejap.. mana tau ada rakan-rakan kongsikan resepi yang best..best.

Bagi pucuk di cipta ulam mendatang.. nampak pula Seri Kandi sharekan resepi Ayam Parethal oleh Sue Suraya. Kebetulan hari ini pulak hari Depavali.. eemmm... selera Depavali lah kita ya..

Bila tengok bahan semua ada pulak tu.. apalagi cepat aje ita capai bahan-bahan yang di perlukan.. Gedebus terus perap sekejap ayam.. tu. masak dia mudah aje.. tu yang cepat aje ita siapkan. .

Sedap tau resepi ni.. ada kelainan lah kan.. kalau tak asing ayam masak mera.. kari.. anak-anak pun dah mula jemu.
Tapi ita punya ayam Parethal ni tak pulak merah macam Sue punya... tak tahu mana silap.. atau mungkin cili serbuk ita tak merah kot... tak apalah janji sedap!

Kalau ada yang nak merasa.. ita kongsikan di sini pula. Terima kasih Sue.. kongsikan resepi yang sedap ni.. dapatlagi satu koleksi resepi ayam.




AYAM PARETHAL
Resepi Oleh : Sue Suraya

Bahan-bahannya

1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji kentang ~ potong baji
1 batang lobak merah ~ potong baji
1 senduk besar serbuk cili
2 s/b rata rempah kari ayam

Rempah tumis 4 sekawan
~ 1 batang kayu manis, 
~ 2 kuntum bunga lawang,
~ 6 biji buah pelaga  
~ 5 kuntum bunga cengkih

1 s/t rata jintan kasar
1 s/t rata jintan halus
1 s/t biji sawi
2 tangkai daun kari ~ lurut ambil daunnya
2 keping asam gelugor
5 tangkai daun kerumbar ~ dihiris
Garam, serbuk perasa & gula
Sedikit minyak

Bahan kisar

3 labu bawang besar saiz sederhana saja
4 ulas bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas
2 batang serai 

Cara-caranya

Gaulkan hingga sebati ayam bersama bahan kisar, serbuk cili dan rempah kari ayam, perapkan kira-kira 1/2 jam, ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali besar, masukkan rempah tumis 4 sekawan, jintan kasar, jintan halus, biji sawi dan daun kari hingga naik bau, kemudian masukkan ayam yang telah diperap tadi, kacau rata kemudian masukkan kentang dan air sehingga menutupi paras ayam, tapi jangan terlalu cair.
Kacau sekali sekala dan masukkan lobak merah dan asam gelugor, kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih, gunakan api sederhana saja.
Apabila mendidih, perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa, kacau sebati.
Biarkan mendidih dan kacau sekali sekala sehingga ayam, kentang masak dan kuah agak pekat, taburkan daun kerumbar, kacau rata dan apabila kuah betul-betul pekat, bolehlah ditutup apinya.



Di kesempatan ini juga ita nak ucapkan Happy depavali kepada semua rakan-rakan yang beragama Hindu



5 comments:

insan biasa said...

Dalam xde idea tu bleh hasilkn hidangan yg nmpk menyelerakan..Good Job kak ita!!!;-)

faiizamohamad.blogspot.com said...

teringin plak nak buat..
yum yum.. faiiza follow akak yer..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Assalam Kak Ita.. ayam parethal ni feberet sy.. cuma tak pnah masak sndiri selalu mkn di kedai daun pisang jer.. sedap kan...

Rizkian Adi Putra said...

Aku ingin membuatnya di rumah, izin untuk menyalin resep !!

http://obatgondoktradisional.jellygamatluxor.biz/pengobatan-terbaik-untuk-sinusitis/

AgaricPro3 said...

Kelihatannya enak Sekali, Mantap.
Obat Paru-paru, Sesak Nafas dan Asma Paling Ampuh => http://obatsakitparuparu.agaricproku.web.id/

Powered by Blogger.