Follow if you like

Nov 18, 2015

5 SOS Cake


Bila ita di minta buatkan kek untuk group 5 SOS, ita pun mula pening.. group apa pulak lah ni.. maklumlah dah lama ita tinggalkan dunia hiburan lebih lagi hiburan antara bangsa sejak meninggalkan bangku sekolah. Ita pun bukan minat sangat group-group muzik ni.. tak masuk dalam kepala ita.. mungkin bukan minat ita rasanya..





Seingat ita sewaktu remaja.. atau di bangku sekolah menengah.. ramailah kawan-kawan sebaya yang terlalu memuja kumpulamn muzik. Rasanya masa tu kalau kat Malaysia ni yang popular KRU, Feminin, NICO, 4U2C, Gersang dan beberapa kumpulan lain lah.. ita pun dah tak ingat..

Kalau yang antarabangsa dan menjadi kegilaan remaja masa itu adalah kumpulan Duran Duran, New Kid's on The Block, Backstreet Boys dan beberapa group lagi yang entah apa-apa lah namnya.

Dulu-dulu kalau minta dengan artis tu.. maka penuhlah muka buku di tampal dengan gambar artis pujaan.. Tapi sekarang ita tak nampak pulak anak-anak remaja sekarang buat sama peel macam zaman mak-maknya dulu.. maklumlah sekarang zaman dunia tanpa sempadan.. semua boleh dapat di hujung jari.. kalau dulu kita terpaksa kumpul duit untuk beli majalah yang ada group kumpulan atau artis kesayangan.. semata-mata nak potong gambar dan tampal kat buku.. haha kelako pulak bila ingat zaman itu..

Tapi agak menghairan ita.. bila anak-anak ita tak pula mengikut dan memuja artis.. macam remaja zaman mak ayahnya dulu.. Anak-anak ita pun macam maknya jugak agaknya.. tak minat. tapi mujur ada Dalili boleh juga maknya buat rujukkan untuk dapatkan sedikit info. Kalau anak lelaki tanya pasal muzik ni.. mmg tak minat.. kalau game no 1 haha.

Ita banyak merujuk pada anak dara ita tentang group ni.. Walaupun Dalili bukanlah peminat kumpulan muzik ni.. tapi bila ada kawan-kawan kat sekolah yang minat.. ada jugaklah sedikit info yang boleh di jadikan rujukkan.

Ita cubalah sedaya mungkin mengikut karektor artis tersebut. Walaupun mungkin ita hanya hentam aje.. sebab ita pun bukan mahir sangat.. masih banyak yang perlu ita pelajari untuk mendapatkan bentuk figurine yang menepati tema dan kemas hasilnya.





Ita harap sangat birthday girl puas hati dengan apa yang ita hasilkan.. Mohon maaf jika ada sebarang kekurangan.. maklumlah tak berapa mengenali group kumpulan yang menjadi kesukaan Fatin Amirah.


Selamat ulang tahu buat Fatin. Semoga berjaya dalam apa sahaja bidang yang di ceburi..







Untuk tempahan sila wassap 017 7279179




7 comments:

Roziah Muhammad Nor said...

wow menarik kek nih sayang nak makan nih. hihih

Julie Mangsor said...

Kagumnya! Memang cantik sangat kak Ita. Saya memang dah lama admire kak Ita punyer hasil tangan. Good job!

zila norazila said...

Nampk comel pulak diorang tue.😁😁

maksu jatt said...

Cantiknya. Memang kreatif bakat yang Allah berikan untuk ita. Kipidap

Azura Aziz said...

alahai kak ita, comeynya kek..

Norhafizah Mohamed Ali said...
This comment has been removed by the author.
Norhafizah Mohamed Ali said...

Cantiknya kek..akak mmg talented...salam kenal..jemput ke blog saya yang tak seberapa ni.

fizamohdali.blogspot.my

Powered by Blogger.