Follow if you like

Oct 24, 2015

Sambal Kerang Bakar


Ita suka sangat makan kerang bakar. Biasanya dulu.. ita akan pergi makan semingu sekali di restoran Singgah Selalu di hadapan Danga Bay. Tapi sekarang dah lama ita tak pergi sana. Makanan di restoran tersebut semakin hari semakin mahal. Baru-baru ni ita pergilah makan kat sana setelah lama tak berkunjung ke sana. Seperti biasa kami akan oder makanan yang kami suka. Tapi kerang bakar yang ita pesan dah tak sama macam kerang bakar yang ita makan dahulu. Mungkin dah tukar tukang masak agaknya.



Kerana kecewa dengan makanan yang di pesan.. Ita pun berkira-kira nak buat sendiri kerang bakar. Bukan susah sangat kan nak buat dia.. Saja kadang  bila penyakit malas tu dah mula singgah.. tu yang mood nak masak semua ke laut..

Masak sendiri puas hati.. boleh makan banyak mana nak makan.. harga pun bukanlah mahal sangat seperti makan di restoran. Lebih afdal kerana makanan tu kita masak sendiri dengan penuh kasih sayang.. di iringi doa.. dan sentiasa pastikan kerbersihan terpelihara. Apa tunggu lagi.. Jom masak!


SAMBAL KERANG BAKAR

1 kg kerang
~ berus kulit kerang bersih-bersih, kemudian cuci
~ Rebus kerang dengan 1 batang serai di ketuk dan sedikit garam
~ rebus sampai kulitnya terbuka, tandanya dah masak lah kerang tu

Bahan Sambal ~ dikisar

15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut dan cuci bersih
7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inc belacan bakar

sedikit air asam jawa
garam dan gula zsecukup rasa
Daun pisang secukupnya

Panaskan minyak, dalam kuali dan tumiskan bahan kisar ~ lada kering, bawang merah, bawang putih dan belacan
Tumis hingga garing, harum dan terbit minyak
Kemudian masukkan air asam
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masak hingga sambal kering

Kemudian masukkan kerang yang telah di rebus, gaul rata-rata
Tutu api dan angkat

Sediakan dulang pembakar
lapik dulang dengan daun pisang
tuangkan kerang tadi di atas daun pisang
Masukan dalam oven dan bakar pada suhu 200 C selama 15 minit ~ 20 mint
Angkat dan hidangkan




5 comments:

Amanda Suria said...

alahai...fav SA jugak ni...sekarng susah nak dpat kerang besar22..anak kerang je diorang jual kat pasar...

Nooriah Abdullah said...

fav kaknoor juga kerang ni Ita
tunggu mood rajin nak try resepi ni lah
tqvm Ita :)

Mas Zull said...

assalamualaikum kak ita...sedap2 nak cuba nanti...:)

Ruzita Idias Ismail said...

sedapnya Ita..

fazian batrisyia said...

sedap ni. lama tak makan menu ni.

Powered by Blogger.