Follow if you like

Oct 19, 2015

Sambal Cencaluk


Bila ingat cencaluk pasti teringat bumi Hang Tuah. Orang Melaka dan cencaluk bagai irama dan lagu.. tak boleh di pisahkan.

Cencaluk ialah sejenis hidangan tradisional Melaka yang popular. Kalau kat Kelantan ada budu, di Perak ada tempoyak di Johor ada belacan. Di Melaka tak kurang hebat dengan cencaluk yang kini bukan sahaja di gemari penduduk tempatan malahan turut di gemari oleh semua lapisan masyarakat.



Cencaluk di perbuat daripada udang halus yang lebih di kenali sebagai udang geragau atau udang pepai di sesetengah tempat. Udang geragau yang sangat sukar di perolehi ini hanya boleh di dapati pada musim-musim tertentu sahaja. Tumpuan utamanya pula di sekitar Pantai Klebang, Limbongan, Tanjung Kling dan juga di beberapa kawasan pesisiran pantai Selat Melaka yang lain

Proses membuat cencaluk pula adalah proses penapaian. Udang geragau yang telah di cuci bersih di gaulkan bersama garam yang banyak dan sedikit nasi lalu di peram selama 3 hingga 4 hari, sebelum boleh di makan. Cencaluk bianya di jadikan penyedap menu makan tengahari.
Oleh kerana ianya di perbuat daripada udang, maka cencaluk di katakan mengandungi kandungan protien yang sangat tinggi.


Bila ke Melaka tak sah kalau tak capai sebotol dua cencaluk. Kalau tak makan pun.. sekadar buah tangan untuk jiran tetangga.

Ita memang tak pernah makan cencaluk. Kerana mak ita pun tak pernah menyediakan cencaluk sebagai hidangan kami. Mungkin payah dahulu nak dapat cencaluk kat Johor ni.. tu yang mak tak pernah pun menyediakan untuk kami.

Hari ini ita sediakan sambal cencaluk untuk suami. Teringin katanya nak makan sambal cencaluk. Inilah juga peluang ita untuk merasa makanan ikon orang Melaka ni. Alhamdulillah masih boleh terima lah tekak ita ni.. tapi tak boleh makan banyak kerana rasanya yang agak masin. tapi bila kena dengan cili dan perasan limau tu.. memang sedap.. pulak tu bila di makan bersama nasi hangat.


SAMBAL CENCALUK

1/2 botol cencaluk
7 ulas bawang merah ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
10 tangkai cili padi hijau ~ di hiris
5 biji limau kasturi ~ perah jusnya dan hiris kulitnya nipis-nipis
sedikit nenas ~ di cincang halus
1 biji limau nipis ~ ambil jusnya

Satukan semua bahan dan gaul rata
Perahan limau nipis dapat menghilangkan bau hamis cencaluk







8 comments:

Rozita said...

huwaaaa...akak...sampainya hati..feveret ni...ok petang ni cari...

julia jamaludin said...

aaaa....lapo la......

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

saya tak berapa makan cencalok ni.. tapi orang kata kalau masuk dalam sambal ikan bakar sedap.. cer Kak Ita try

Nooriah Abdullah said...

sedapnya sambal cencalok Ita, kat umah kaknoor ada cencalok macam teringin je nak buat lah tapi tkde nenas la pulak..

Amanda Suria said...

sedapnya cencaluk..dalam esbok ada sebotol lagi...balik nanti nak buat la...

nisa hussin said...

Sedapnya...biasa sy x letak nenas & jus limau nipis...esok nk buat versi kak ita la..mesti berpinggan2 mkn nnti...tq kak ita...

nisa hussin said...

Sedapnya...biasa sy x letak nenas & jus limau nipis...esok nk buat versi kak ita la..mesti berpinggan2 mkn nnti...tq kak ita...

kOTaK HaTI said...

Lapa terus..mkn mlm ni nk godek..br blk kg hrtu borong 2btl..

Powered by Blogger.