Follow if you like

Oct 23, 2015

Pucuk Keledek Tumis Pedas


Entah mengapa minggu ni tekak kami sekeluarga sukakan makanan kampung. Suami pula sering menyebut antara masakkan kampung yang di sukainya. Masakkan kampung bukannya mudah nak dapat.. kadang ada, kadang tak ada.. Kalau ada pun kena cari di Pasar Besar Larkin atau pun kena tunggu hujung minggu di Pasar Tani.




Bila ita terjumpa pucuk keledek, masa singgah di Pasar Besar Larkin tempoh hari. Ita terus capai secekak. Tak pernah lagi ita masak pucuk keledek. Seingat ita masa kecik dulu pernahlah mak masak.. Masa tu di hadapan rumah ita ada pekebun cina yang menanam keledek. Jadi hari-hari mak masak pucuk keledek. Kadang di masak lemak, kadang di goreng.. ada masa di buat tumis air. Sesekali makan dengan ikan kering dan sambal belacan pun dah terasa cukup berselera sekali.

Anak-anak sekarang payah nak makan masakkan kampung. Mereka lagi gemar masakkan moden, semuanya adalah kerana para ibu tak biasakan anak-anak makan masakan kampung. Sebenarnya masakkan kampuglah sedap! kalau di beri pilihan, pastinya masakkan kampung yang menjadi idaman hati.


Ita cukup bertuah kerana anak-anak ita walaupun di besarkan di tengah bandar, bersekolah di kelilingi anak-anak metropolitan.. namun mereka masih lagi boleh menerima masakkan kampung. Malahan sambal belacan dan ulam-ulaman juga antara yang di minati anak-anak. Jadi tak sukar bagi ita untuk memperkenalkan masakkan kampung kepada anak-anak. kadang mereka pula yang lebih sudu daripada kuah..


PUCUK KELEDEK TUMIS PEDAS

1 ikat Pucuk keledek ~ di potong dan cuci bersih

Bahan Tumbuk

10 tangkai cili api
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc belacan

Panaskan minyak  dalam kuali
Tumiskan bahan tumbuk hingga harum
Tambahkan sedikit air dan biarkan merenih sebentar
Masukkan pucuk keledek
Masak hingga puyuk keledek layur
Perasakan dengan garam secukup rasa
Setelah masak angkat dan hidangkan



No comments:

Powered by Blogger.