Follow if you like

Oct 19, 2015

Petua menghilang pahit peria


Umum ramai yang mengetahui bahawa peria itu pahit. Rasa pahit peria membuatkan ramai antara kita yang tidak mengemarinya. Kata orang pahit itulah penawar , dan sememangnya peria mempunyai banyak khasiat bukan sahaja sebagai bahan untuk kesihatan malahan peria juga boleh di jadikan hidangan yang cukup enak untuk di nikmati.

Kebiasannya sayur peria enak di masak lemak cili api di gandingkan bersama udang atau ikan. Ada juga yang mengoreng peria bersama cili dan telur hancur dan sangat enak di makan bersama nasi hangat-hangat. Tak kurang juga yang kreatif , mengoreng peria bersama bancuhan tepung dan di goreng rangup. Ianya boleh di makan begitu sahaja atau di jadikan snack untuk minum petang.

Namun di sebabkan rasa peria yang pahit, ramai yang mula menghindarinya walaupun tahu khasiat buah peria yang sangat baik untuk kesihatan.



Di sini ita kongsikan beberapa petua untuk menghilangkan rasa pahit peria yang boleh di cuba.


Petua 1

Sayur peria di belah 2, buang biji tengahnya dan di hiris. Taburkan garam dan gaul rata. Biarkan peria bergaul dengan garam selama 5 minit. Sementara itu bolehlah kita siapkan gulai kita. Bila nak masukkan peria, ambil peria yang kita dah gaul garam tadi, cuci bersih dan bilas dengan air. Toskan dan masukkan dalam gulai lemak tadi. Insyaallah hasilnya peria yang di masak tadi tidak akan terasa pahit bila di makan.

Petua 2

Untuk menghilangkan rasa pahit peria, anda boleh juga rendamkan peria dalam air kapur makan atau kapur sireh. Rendamkan peria yang telah di potong dalam air kapur selama 5 minit. Setelah itu cuci dan bilas bersih dengn air, insyaallah peria yang di masak tidak akan pahit.






1 comment:

Rozita said...

wah...ini sangat bagus..terima kasih kak...

Powered by Blogger.