Follow if you like

Oct 16, 2015

Petua Ikan Bilis Goreng Lebih Rangup


Biasa kita berhadapan dengan masalah.. bila goreng ikan bilis ianya tak rangup. Kalau rangup pun sekejap aje.. bila sejuk ia dah lemau. Ada juga ikan bilis yang liat nak gigit pun payah. Ikan bilis kalau rangup makan dengan nasi letak kicap potong bawang dan cili pun dah terasa berselera sekali.

Pelbagai petua yang di kongsikan bagaimana nak dapatkan ikan bilis yang rangup!



Pertua Satu

Petua pertama yang ita kongsikan daripada kak Hanieliza. Petua dari kak liza sama juga dengan petua dari mak ita. Kalau kita membeli ikan bilis, pilihlah ikan bilis yang putih dan nipis. Jangan beli yang kehitaman dan tebal. Kalau yang hitam dan tebal tu.. memang liat lah ia.. bukan liat aje kematu terus.. dah macam makan kayu aje rasanya. Biasanya ikan bilis yang putih bersih ni harganya agak mahal berbanding ikan bilis yang lain.

Ita pula kalau beli ikan bilis ita beli yang dah kopek. huhu.. ita memang cukup malas nak kopek ikan bilis di samping ianya melambatkan proses ita memasak di dapur. Kalau mak ita pula ia tak akan beli yang dah kopek.. ia biasa lebih suka kopek ikan bilis sendiri. Katannya lebih jimat dan juga lebih rangup bila di goreng.

Seperti kak Liza, mak ita juga kata kalau nak ikan bilis rangup.. bila goreng tu kita panaskan minyak dahulu, bila minyak dah panas, lalukan aje ikan bilis dekat air, atau bilas-bilas kejap aje.. jangan lama.. kalau air serap kat ikan bilis tu.. nanti ia cepat lemau. Goreng ikan bilis sampai hilang letup-letup air.. maknanya dah tak bunyi letup-letup, bermakna ikan bilis tu dah cukup kering dan garing. Bila dah goreng angkat dan toskan minyaknya dengan kitchen towel.

Lagi satu yang utamnya, bila kita masak dan nak masukkan ikan bilis, kita tak boleh masukkan ikan bilis ketika masakkan kita masih panas. Kalau ia panas nanti ikan bilis tak rangup. Tunggu dia dah sejuk sikit baru masukkan ikan bils. Insyaallah ikan bilis tu akan rangup bila di nikmati. Ikan bilis yang kita dah goreng kalau ada lebih, simpan dalam bekas bertutup , insyaallah tak lemau.


Petua Dua

Petua yang ke dua ni ita dapat dari majalah RASA. Petua dan cara yang di kongsikan sama juga dengan cara dan petua yang di kongsikan oleh ibu mertua ita. Menurut ibu mertua ita, kalau nak dapatkan ikan bilis yang rangup dan tahan lama, mula kita bersikan ikan bilis dahulu, buang segala isi perutnya dan belah 2. Masukkan dalam bekas dan gaul rata bersama sedikit cuka makanan. Kemudian perap sebentar selama 5 minit. Kemudian bolehlah di goreng seperti biasa. Insyaallah ikan bilis anda akan lebih garing dan kerangupannya tahan lebih lama.

Macam mana ? Pasti lepas ni ikan bilis yang anda goreng dah takk lemau dan liat dah.. Kruk.. krak.. kruk.. karak.. bila di makan

Selamat mencuba!


BILIS GORENG BAWANG

1 bawang besar di hiris
1 batang cili merah ~ di hiris
1 batang cili hijau ~ dihiris
1 mangkuk ikan bilis yang telah di goreng

Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang hingga harum
Masukkan lada merah dan lada hijau dan masak hingga layur
Tutup api dan biarkan suam
gaulkan bersama ikan bilis yang telah di goreng tadi
Sedia di hidangkan bersama menu yang lain





4 comments:

Ummu 'Aisyah said...

Thank you. Happy sangat baca tips ni.

aswani saidi said...

salam kak ita :)...saya nak share juga 1 petua lagi....masa ikan bilis digoreng dalam kuali tu,tabur tepung gandum kat atas bilis yg sedang digoreng tu..Saya dah try and memang rangup walau dibiar lama:)

rapheydhillo said...

👍

AdanyaKauUntukku said...

As Salam Kak Azlita.....

Petua 1 tu mmg saya pun follow...cari yg putih cantikkk..tp utk menggoreng..utk pastikan ikan bilis dah garing sepenuhnyaa....goreng sampai tak dak buih...petua ni saya dpt dr abang saya yg dulu keje kat hotel..dia dpt tips dr chef di situ..alhamdulillah....setakat ni ..petua menggoreng ni tak pernah menghampakan...

Powered by Blogger.