Follow if you like

Oct 21, 2015

Peria Katak Masak Lemak Udang


Ramai yang kurang gemar untuk makan peria kerana takut akan pahitnya. Bukankah pahit itu adalah penawar malah dapat menyembuhkan. Peria di katakan mempunyai banyak khasiat dan salah satunya adalah bagi mereka yang mempunyai gula yang tinggi dalam darah.

Peria katak ni sangat sedap bila sudah menjadi hidangan. Bila makan dah tak terasa dah pahitnya peria. Untuk mengetahui kaedah mengghilangkan pahit peria boleh rujuk di SINI

Selain masak lemak, macam-macam masakkan lagi kita boleh masak dengan peria ni.. boleh goreng mahupun di celup dengan tepung. tapi ita lebih suka masak lemak, sedap sangat makan pula dengan nasi panas, ada ikan goreng dan sambal belacan pergh.. memang terangkat!





PERIA KATAK MASAK LEMAK UDANG

5 biji peria katak ~ belah 2 , buang bijinya dan hiris 1/2 inc, gaul garam ketepikan
8 ekor udang ~ buang kepala kalau nak bunag kulit pun boleh
1 batang serai ~ di titik
1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
5 biji cili padi merah ~ untuk hiasan


Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inc halia
10 biji cili padi hijau ~ ikut kepedasan
1 inc kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Masukkan udang dan masak, jika kering tambah sedikit air
masukkan santan dan perasakan dengan garam
Akhir sekali peria yang kita dan gaul garam di cuci dengan air dan bilas bersih, toskan
Masukkan peria yang dah di cuci bersih
Masukkan juga cili padi untuk hiasan
Biar merenih sekejap tutup api dan hidangkan






3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

masak lemak???
sambal belacan??
ikan goreng????
kombinasi yang buat sy tambah nasi 3 kali Kak Ita... burpppp!!

Rizziela said...

sedapnya peria kata.. sy suka makan dengan goreng bersama udang...rendam dulu dgn air garam bg kurang sikit pahitnya..tp kalau pahit pun sedap

Mas Zull said...

assalamualaikum ita...wah sedapnya tengok..:)

Powered by Blogger.